BAB 47

131 15 0
                                    

         Aku menyiapkan diri. Dress yang dipilih Jihyo aku pakai. Lupa pula aku nak cakap bahawa Jihyo yang sediakan semuanya untukku. Dari petang tadi terpacak di dalam bilikku. Katanya nak makeover aku untuk majlis malam ini. Ingin aku tolak kerana itu bukan kebiasaanku namun setelah beberapa kali dipujuk Jihyo, aku akhirnya setuju sahaja dengan cadangannya. Apa kata orang ' terpaksa dalam tak rela'.

        Lepas je aku bersetuju, terus Jihyo terlebih hyper happy. Melihatkan gelagatnya, aku tercuit sedikit. Jihyo! Jihyo!. 'Iu, dah siap belum tu? Keluar la saya nak tengok ok ke tak dress tu. Kalau tak ok boleh tukar nanti', laung Jihyo dari luar.

     Mendengarkan suara Jihyo, tahulah bahawa aku duduk mengelamun dari tadi. Aku terus keluar dari bilik persalinanku dan menapak ke arah Jihyo. Aku melihat Jihyo tergamam memandangku. Aku terus menilik pakaian yang tersarung di tubuhku sambil memusingkan badanku di depan cermin untuk melihat penampilanku.

    'Pelik sangat ke aku pakai? Ada yang terkoyak ke atau ada yang tak kena mana-mana bahagian?' bagiku dress ni dah lawa dah. Warna putih dan kilauanmanik-manik halus dari bahagian atas sampai bawah dan corak berbentuk daun di bahagian pinggang. Mungkin aku kurang mahir dalam berfesyen semua baju aku rasa ok.

     Aku menggaru-garukan kepalaku sebelum tersenyum kekok ke arah Jihyo. 'Pelik sangat ke saya pakai ni awak atau nak saya tukar dress lain je? Tanyaku kepadanya.

      Disebabkan Jihyo masih tidak bersuara dan tak lepas memandangku, aku assume dress ni tak sesuai dengan aku. Jadi, lebih baik aku tukar pakaian lain. Belum sempat aku melangkah Jihyo memegang tanganku dan memeluk tubuhku erat.

      Aku yang masih kehairanan hanya membiarkannya. ' Iu, awak cantik sangat dalam dress ni. Simple tapi elegan. Saya suka tengok awak cakap macam ni. Hehe. Now, jom saya makeupkan awak pula' tambahnya lagi namun tangannya belum lepas dari lenganku.

     'Eh! Eh! Jihyo, kalau saya tak make up tak apa kan?' kataku sambil cuba untuk memujuk dia agar cancelkan plannya untuk makeover aku. Jihyo kemudian menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan sebagai tanda tidak. 'No! No! Awak kena nampak lawa malam ni tau' kata Jihyo.

        'Ala, tapi ni bukan majlis saya nak makeup bagai. Saya just nak buat persembahan je' kataku sambil mengeluh.

     'Ah! Takde! Takde! Jom ikut saya sekarang. Mesti budak bertiga tu terkejut tengok awak malam ni. Hahaha' tambahnya lagi sambil mendudukkan aku di atas kerusi di meja makeup yang tak pernah aku guna. 'Ok! Mula-mula buang cermin mata ni' Jihyo membebel dan kemudian aku tak dengar dah apa dia cakap.

     Setelah siap, aku turun ke bawah dan aku terserempak dengan oppa-oppaku yang sedang bersiap untuk ke majlis mereka. Awalnya aku nak ikut mereka namun aku tahu jawapan yang akan aku dapat nanti apa. Jadi, aku decide gerak je sekali dengan Jihyo. Apabila terasa diperhatikan, mereka terus memandang ke arah tempatku berdiri dan kelihatan mereka tergamam saat terpandangkan aku.

       'Aku tahulah aku ni tak lawa, buruk, tapi janganlah pandang macam tu' monologku sendirian saat pandangan mereka masih memaku ke arahku. Dalam diam aku memuji kesemua oppaku kerana mereka amat tampan malam ini. Kemudian, aku mengalihkan pandangan ke arah lain saat mendengar deheman dari salah seorang oppaku dan kemudian mereka terus bergerak keluar meninggalkan ruang tamu. Aku hanya mengangkat kedua-dua bahuku dan turut bergerak ke kereta Jihyo.

       Sampai sahaja di tempat yang dituju, aku terus mencari kelibat 3 chingguku lagi di belakang pentas dan aku memasuki bilik yang disediakan khas untuk kami. Reaksi sama turut ditunjukkan mereka membuatkan aku terus memuncung dan bergerak ke arah mereka.

      'Asal buat muka macam tu! Teruk sangat ke pakaian princess malam ni. Tadi Jihyo, oppa-oppa dan sekarang korang pula' aku terus duduk di kerusi yang ada di situ sambil menyilangkan kedua belah tanganku. Kemudian, Jihyo datang ke arahku sambil menahan gelak.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now