BAB 7

205 28 2
                                    

Bunyi kekecohan di kantin membuatkan aku memandang ke arah yang dipandang oleh pelajar-pelajar lain. Saat terpandang ke arah tersebut aku terus mengukirkan senyuman gembira melihat oppa-oppaku yang dikerumuni oleh pelajar-pelajar lain. Namun, senyumanku mati saat mereka hanya menghadiahkan pandangan yang amat tajam ke arahku. Aku terus menundukkan kepala saat mereka mendekati mejaku dan Jihyo. Tiba-tiba, aku merasakan kepalaku diangkat oleh Kihyun oppa untuk memandang mereka.

" Woi!! perempuan apa kau buat kat sini ha. Ni meja kami. Takde tempat lain ke ha kau nak duduk. Berambus kau dari sini". Kata Kihyun oppa sambil mencengkam kedua-dua belah pipiku.

" Maafkan Iu, oppa . Iu tak tahu. T-t-tapi... boleh tak Iu makan dengan oppa semua sekali" Kataku dengan tergagap-gagap kerana takut. Tiba-tiba aku mendengarkan ketawa yang begitu kuat daripada oppa-oppaku begitu juga pelajar lain.

" Hahaha.... apa? cuba kau cakap sekali lagi. Kami nak dengar". Kata oppa-oppaku serentak.

" B-b-boleh tak.... Iu n-nak mak-" belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, aku merasakan tubuhku telah basah dan kulihat Jihyo tergamam manakala pelajar-pelajar lain mengetawakanku. Rupanya, Sungjae oppa telah menyimbah air ke arahku.

" Hei perempuan...kami tak nak dan tak sanggup nak makan dengan kau apatah lagi nak tengok muka kau yang tak semenggah tu. Kami nak kau blah dari sini sekarang sebelum kami buat lagi teruk daripada ni. Kau nak kena lagi ke ha..." .

Sejurus mendengarkan itu, Jihyo terus menarikku berdiri dan memimpinku ke luar dari kantin untuk membersihkan bajuku di tandas.. Tiba-tiba aku merasakan lenganku ditarik kasar dan dicengkam. " Satu lagi kau kena ingat jangan panggil kami oppa.. sebab kau bukan adik kami. Dan kami takde adik macam kau. Jadi jangan suka-suka panggil kami oppa ..Faham tak perempuan!".

Belum sempat aku menjawab, Jihyo telah menarikku ke tandas. Dia membantu aku membersihkan tempat yang terkena air tadi. Melihatkan aku hanya mendiamkan diri dia terus membuka mulutnyauntuk mendapatkan kepastian tentang apa yang didengar tadi.

" Iu.. betulkah apa yang saya dengar tadi? Betulkah diorang tu oppa-oppa awak?"

Mendengarkan soalannya aku hanya mengangguk. " t-t-tapi... kenapa saya nampak mcm diorang...diorang tu" . Belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku terus mencelah.

" Benci dengan saya? macam tu?" Dia mengangguk.

" Entahlah... mungkin diorang benci sebab saya ni bukan adik kandung diorang dan hanya anak angkat. Lagipun awak tengoklah penampilan saya. Awak rasa diorang nak ke mengaku yang saya ni adik diorang. Hahaha. Aku berpura-pura ketawa dan aku tahu Jihyo pun tahu yang ketawaku berbunyi hambar.

Jihyo terus memelukku membuatkan aku terus menangis. " Iu.. walaupun diorang benci pada Iu. Saya akan tetap ada di sisi Iu sampai bila-bila. Mungkin lambat-laun mereka akan dapat terima Iu sebagai adik diorang nanti. Iu jangan mengalah dan perlu sabar. Kalau niat Iu ikhlas ... Iu akan dapat apa yang Iu nak". Dalam diam aku amat bersyukur mempunyai kawan yang macam Jihyo dan tidak aku lupa kepada 3 sahabatku di sekolah lama kerana telah menjadi kekuatanku.

Tepat jam 3:00 petang,

aku terus mengemas barangku dan keluar kelas. Ini kerana Omma dan appa telah berpesan agar aku pulang dengan oppa-oppaku yang lain. Tetapi... aku melihat tempat parking kereta yang menempatkan kereta oppa-oppaku telah meninggalkanku. Aku hanya menahan air mataku dan terus mengangkat kakiku berjalan pulang ke rumah walaupun ianya mengambil masa sejam untuk sampai di rumahku. Namun, aku tiada pilihan lain kerana aku taknak menghubungi Yonghyun oppa iaitu driver keluargaku untuk datang mengambil aku pulang ke rumah kerana takut oppa-oppaku akan dimarahi kedua-dua ibu bapaku.

Sedang aku berjalan, hon kereta berbunyi dan aku turut mendengar namaku dipanggil oleh seseorang dan saat aku melihat disebelahku ,aku melihat Jihyo memanggilku untuk naik kereta bersamanya.

" Iu, kenapa awak balik jalan kaki.. Mana oppa-oppa awak" .Melihatkan aku hanya tunduk did terus dapat meneka apa yang sebenarnya berlaku.

" Takkanlah.. oppa-oppa awak.. Takpe lah . iu jom ..biar kami hantar awak. Lagipun jauh tahu awak nak berjalan. Satu hal lagi awak tak payah risau, kita tinggal di kawasan perumahan yang sama." Melihatkan aku yang tidak bergerak... Dia terus mengheretku masuk ke dalam kereta sambil menghadiahkan senyuman comelnya.

Setelah sampai di rumah , aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan terus masuk ke dalam perkarangan rumah dan tepat perkiraanku melihatkan kereta oppaku terpakir elok di dalam kawasan rumah. Dan aku pasti bahawa omma dan appa pun belum pulang lagi ke rumah. Apabila masuk ke dalam rumah aku melihat oppa-oppaku tidak menghiraukan ku. Aku terus mendekati mereka.

" Oppa... kenapa t-t-tinggal iu tadi" kataku kepada mereka. Mendengarkan itu, mereka terus mengahadiahkan senyuman sinis kepadaku.

" Kau siapa? Perlukah kami tunggu kau? Hei... Layak ke kau naik dengan kami ha.. Ni lagi satu.. kau jangan pandai-pandai mengadu kat omma dan appa. Kalau tak siap kau kami kerjakan nanti. Faham.. Kata Jimin Oppa pula.

Aku terus berlari menaiki tangga kerana tidak mahu lagi mendengarkan kata-kata tajam yang menyakiti hatiku. Aku tak boleh menahan lagi air mataku. Jadi kubiarkan sahaja ia mengalir laju.




Harap enjoy baca bab ni. Harap readers dapat komen dan vote. Peace


our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now