BAB 38

118 17 2
                                    

           Waktu rehat, aku bersama-sama dengan ketiga-tiga chingguku di salah sebuah pondok yang berdekatan.Jihyo pula tiada katanya Sir Nickhun panggil. Tapi aku tahu yang Jihyo bagi alasan itu kerana ingin memberi kami berempat ruang untuk berbicara. Kami masing-masing mendiamkan diri selama beberapa minit.

            'Kalau korang tak nak explain or cakap apa-apa, Iu nak masuk kelas dulu.' Biar diorang tahu yang aku sedang marah bilamana aku menggunakan panggilan 'Iu' bukan 'princess'. Belum sempat aku bangun, tanganku ditarik oleh mereka bertiga sehingga membuatkan aku terduduk semula di tempatku tadi.

               Kemudian, Minjae mengangkat wajahku sambil memandang mataku membuatkan pipiku menjadi merah. Aku ingin menunduk semula tapi tidak berhasil.

                ' Look! Princess . Bukan Min, Woo dengan Young nak sembunyikan benda ni dengan princess. Kami nak kasi surprise je. Tapi tak sangka princess marah dengan tindakan kami'. Kemudian, tanganku pula dipegang oleh Woo

                Kalau dah macam ni memang diorang nak memujuk akulah tu. Jadi aku hanya mengeluh berat dan berdiri. Tanpa sempat mereka bertanya, aku terus menumbuk lembut bahu mereka bertiga sebelum memeluk mereka. Mereka dah macam guardian aku, mustahil untuk aku merasa marah dengan mereka cuma geram tu adalah.

           Aku melihat mereka menghembus nafas lega dan kembali mengukirkan senyuman.'Princess mana boleh marah lama-lama dengan korang bertiga. Lagipun, korang semua selalu ada dengan princess' kataku sambil memandang ke arah mereka. Akhirnya, kami dihiasi dengan gelak ketawa dan kebetulan Jihyo pun turut join sekali.

                        Aku memandang kesemua wajah mereka satu persatu tanpa mereka sedari. Aku bersyukur sangat kerana dikurniakan chinggu-chinggu yang tersangat baik. Bunyi sahaja loceng menandakan waktu rehat telah tamat, kami bergerak masuk ke dalam kelas.

                      Masuk sahaja ke dalam kelas, kami duduk di tempat masing-masing iaitu aku sebelah tingkap, Jihyo pula di sebelahku dan tidak lupa juga aku sudah tidak duduk di belakang kerana Min, Woo dan Young yang berada di belakang kami berdua. Mereka sendiri yang membuat keputusan untuk duduk disitu.

                Teacher Hana masuk ke dalam kelas dan memulakan pengajaran sasteranya. Kami tekun mendengar dan mencatit apa yang penting di dalam buku. Sedang kami khusyuk mendengarkan penerangan dari Teacher Hana, kedengaran pintu kelas diketuk dari luar dan kami hanya memandang untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu tadi.

                        Teacher Hana membuka pintu dan mengangguk sebelum membenarkan Sir Nickhun masuk. Entah kenapa aku berasa berdebar-debar dengan kehadiran Sir. 'Oh annyeonghaseyo dan mianhaeyo sebab Sir menganggu pembelajaran kamu. Tapi Sir cuma nak ambil masa kamu sekejap je. Boleh kan?' Tanya Sir Nickhun.

                Kami hanya menganggu dan salah seorang classmatesku bertanya, 'Pasal apa tu Sir. Boleh je tiada masalah'.

                  Sir Nickhun terus menyambung kata-katanya setelah melihat kami mengangguk.' Oh! Sir sebenarnya nak ingatkan kembali kamu pasal audition tu. Esok kita akan audition di dalam kelas dahulu sebelum audition yang akan diadakan di dewan nanti. So Sir nak setiap orang betul-betul prepare dengan setiap lagu yang dipilih kerana markah kamu akan dinilai dari situ'.

                 Setelah beberapa minit, Sir Nickhun terus keluar ke kelas dan pembelajaran diteruskan. Namun, aku sudah tidak dapat fokus sampai akhir. Tiba waktu pulang, kami mengemas barang yang ada di atas meja sebelum bergerak pulang ke rumah masing-masing.



New update done. Hope enjoy.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now