BAB 33

115 16 0
                                    

I don't know how long this pain will always comes to me

I just hope I cant keep endure it

Even its hurts so bad

I hope it will end soon

      Aku meneruskan kerjaku tanpa mengendahkan mereka. Pandangan mereka kepadaku juga aku endahkan. Aku terus menuju ke singki untuk mencuci perkakas memasakku tadi. Belum sempat aku bergerak, rambutku ditarik kasar sehingga membuatkan aku terseret ke belakang.

     Aku cuba menahan dari mengeluarkan suara. Hari ini dah berapa kali aku diperlakukan sedemikian. Aku rindukan layanan Kihyun dan Jungkook. Walaupun layanan baik mereka amat sekejap, at least aku terasa disayangi. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya terhadap perubahan mereka.

       Lamunanku terhenti digantikan dengan bunyi mengaduhku. Mulutku ditekup kuat agar tidak mengeluarkan bunyi yang mampu menarik perhatian orang yang ada di luar terutama sekali oppa-oppaku. Tidak lama kemudian, mereka melepaskan rambutku dan sebelum keluar, sempat mereka berpesan untuk sediakan minuman kepada mereka. Aku pula menggeleng tidak, mengangguk pun tidak.

      Tanpa kata, aku hanya melangkah ke kabinet yang menempatkan pelbagai jenis minuman. Aku memilih teh sahaja kerana mereka hanya menyuruh aku menyediakan air tapi tidak pula mengatakan air apa yang hendak dibuat. So, aku ikut rasa je lah. Lagipun oppa-oppa semua memang minat akan teh. Dengan cuaca sekarang, teh panas memang tersangat ok.

      Setelah minuman siap disediakan, aku menyusunnya di dalam dulang. Sementara makanan belum lagi siap, lebih baik aku hidangkan air dahulu. Lagipun, eomma selalu berpesan untuk memastikan tetamu selesa adalah paling penting. So, aku ikutkan jelah apa yang eomma pesan walaupun perangai mereka tidak semenggah mana.

      Aku melangkah keluar perlahan-lahan ke ruang tamu sambil menatang dulang yang berisi teh panas. Sampai sahaja di depan mereka, aku menghidangkan satu persatu kepada mereka. Dan tanpa aku sedar, Yerim sengaja melanggar cawan yang ku hulur kepadanya sehingga menyebabkan cawan yang terisi teh panas itu tertumpah dan terkena tanganku.

     Aku terus menjerit dan jeritanku turut menarik pandangan semua orang yang ada di ruang tamu. Namun, tiada siapa yang sudi membantuku malah mereka hanya mengetawakanku. Air mataku hampir sahaja jatuh bukan sahaja kerana malu tetapi juga pedih.

      'Opps!! tak sengaja. Lagipun kau yang cuai sangat. Tu la makan dia' kata Yerim diikuti ketawa chinggu-chinggunya yang lain. Aku mencari wajah oppa-oppaku, namun apa yang aku dapat lihat senyuman sinis tersungging di bibir mereka sebelum mereka bangun dan mara ke arahku.

     Aku ingin mengukirkan senyuman kerana aku sangkakan mereka risaukan aku. Tetapi, telahanku salah sama sekali. Mereka berdiri di depanku sambil memerhatikan perlakuanku. Belum sempat aku ingin membuka mulut, terasa salah seorang oppaku mencengkam kuat tanganku sehingga menyebabkan jeritanku semakin kuat.

      Aku menggunakan sebelah lagi tanganku untuk menekup mulutku agar aku dapat menahan jeritanku dan rasa sakitku namun semakin kuat aku cuba, semakin kuat tanganku berada di dalam cengkamannya.

    'Op..opp.oppa.. t..o..tolong lepaskan Iu. Tangan Iu...s..a..sakit..pedih oppa', kataku cuba merayu sedikit belas kasihan daripadanya. Tiba-tiba, terasa cengkamannya makin perlahan 'La...sakit ea. Oh sorry. Katanya sebelum sekali lagi tanganku dicengkam.

     Keadaan itu membuatkan tangisanku pecah dan disaksikan oleh mereka semua. 'Kenapa mereka terlalu kejam. Apa salah aku' kataku sendirian dan dalam pada masa yang sama, aku hanya membiarkan air mataku berterusan mengalir.

    'Oh! Kau tahu sakit. Tadi, kalau Yerim tak elak, dia yang cedera nanti. Kau tahu tak weyhh.. Nah! Padan muka kau, rasakan la. Kau sengaja kan sebenarnya nak tumpahkan air ni dekat Yerim tapi nasib kau tak baik bila diri kau sendiri kena' tambahnya lagi sambil merentap tanganku kasar sambil menyuruh aku pergi dari situ.

    Aku dalam keadaan sakit, bangun dan menuju ke bilikku. 'Mesti melecur tangan aku kali ini' monologku lagi sambil berjalan memegang lembut tanganku yang terkena air panas.

    Sampai sahaja di bilikku, aku menyelak lengan bajuku dan seperti yang disangka tanganku melecur teruk ditambah lagi warna merah dan biru ditanganku timbul hasil daripada cengkaman tadi.

      Aku mengambil ubat dan menyapu di tempat yang melecur sambil menangis teresak-esak. "Sampai bila aku harus hadap benda ni. Aku tak tahu berapa lama lagi aku mampu hadap benda ni'.

     Aku menyimpan ubat tersebut dan terus duduk di atas katilku sambil memeluk lututku. Tanganku yang pedih tidak aku endahkan kerana hatiku lagi sakit sekarang. Namun, tiada apa yang mampu aku lakukan kecuali hanya menangis dan menangis.


     Nah!! new chapter for today. Serius sebab terlalu asyik siapkan esaimen, sis terlupa nak update.  Ingatkan tadi dah update maklumlah kadang-kadang ptg tu sis dh siapkan chapter but siyes tadi ingt dh update dh.  Mmg niat nak habiskan criter ni cpt2 tapi tu la tgh usaha ni.Hihi. Tgk2 bru nk msuk klimaks .. Pergh.. So thats all sis merapu untuk hari ni. Hope enjoy reading.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now