BAB 32

119 20 4
                                    

          Hari ini merupakan hari minggu. Jadi, aku hanya duduk di rumah. Lagipun bukannya ada tempat lain yang boleh aku pergi. Sejak peristiwa itu, oppa-oppaku semakin membenciku. Aku hanya mampu mengeluh sahaja kerana tiada apa lagi yang boleh aku lakukan.

         Aku turun ke bawah sambil membawa buku dan mp3 ku bergerak ke buaian yang tersedia di laman belakang rumah. Tanganku bergerak-gerak di atas kertas menulis bait lirik yang mana idea hanya muncul saat suasana tenang sahaja. Lagu ini yang akan aku nyanyikan ketika audition nanti. Sudah hampir separuh lirik ini siap ditulis olehku.

        Ketika aku sedang khusyuk menulis lagu, terasa earphone di telingaku dicabut dan automatik aku tersedar. Aku memandang ke belakang dan melihat Kihyun oppa dibelakangku. Dan tanpa sempat aku bertanya apa-apa, tanganku diheret olehnya. Aku mengatur langkahku dan cuba bergerak seiring dengannya.

          Saat tiba di ruang tamu, tanganku dilepaskan dan badanku terjelopok jatuh namun tiada siapa kisah. Jadi, aku dengan usaha sendiri bangun dan menstabilkan diriku.' Ha! Adapun kau. Puas kami cari dalam bilik tadi. Tak jumpa-jumpa. Mana kau jumpa budak ni Kihyun? Tanya Sungjae oppa kepada Kihyun sambil tangannya menunjuk ke arahku.

         'Aku jumpa dia kat belakang tu hah. Paling best boleh pula dia rileks-rileks dengar lagu pakai benda ni' kata Kihyun sambil menarik earphone yang ada di tanganku. Aku menggenggam kemas bukuku kerana takut. Aku pandang sekeliling dan baru aku perasan, bukan hanya kami sahaja berada di sini tetapi juga beberapa orang chinggu oppaku dan yang paling aku tak sangka Yerim.

          Aku tertanya juga apa hubungan Yerim dengan kelima-lima oppaku. Dan aku teringat yang Jihyo pernah bagitahu aku bahawa Yerim merupakan classmates oppa-oppaku. Jadi, tak hairanlah jika dia turut ada di sini. ' Kenapa oppa bawa Iu kat sini. Oppa ada benda nak cakap dengan Iu ke? Kataku tanpa memandang ke arah mereka.

        'Hahahaha. Kau tanya kenapa kami bawa kau kat sini. Apa lagi, aku nak kau sediakan masakan untuk kami dan buat apa yang kami suruh. Faham tak?' tanya mereka lagi. 'Tapi.. Iu.', tanpa sempat aku menyambung kataku, rambutku ditarik dari belakang menyebabkan aku terdongak ke atas.

          'Lain kali, kalau kami suruh jangan bagi excuse! Now aku nak kau pergi ke dapur dan siapkan makanan sekarang' tambahnya lagi membuatkan aku hanya akur akan arahan tersebut. Dan aku tanpa banyak soal terus masuk ke dapur dan menyediakan apa yang patut.

         Bunyi riuh-rendah di luar tidak aku endahkan. Aku tetap meneruskan kerjaku untuk membuat dessert. Selesai sahaja buat semua ini, aku ingin masuk ke bilikku. Dalam aku leka mengadun tepung dengan bahan-bahan yang diperlukan, terasa aku diperhatikan. Aku terus memandang ke sebelah. Apa yang aku nampak wajah Yerim dan seorang lagi chinggunya sedang tersenyum sinis ke arahku.

           Aku tak tahu mengapa aku berasa tidak sedap hati apabila berada berdekatan mereka. Aku ingin menguntumkan senyuman tetapi aku tidak mampu. Aku tidak dapat menggambarkan perasaanku di saat ini.



New update. Ye la kot. Huhu, sebenarnya sis dah kekeringan idea. Tapi tu la. Disebabkan sis nak habiskan bab dalam ff ni cpt2, sis tulis la jugak. Maaf kalau jalan cerita semakin hambar.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now