BAB 42

133 13 9
                                    

Sebulan kemudian,

          Hari ini aku ke sekolah seperti biasa. Aku masuk ke dalam kelas dan meletakkan beg di atas kerusi sebelum melabuhkan dudukku di situ. Aku memandang ke belakang dan ke sisiku. Sunyi!! itu yang mampu aku gambarkan. Kesemua chinggu-chingguku tidak hadir dalam beberapa hari ni kerana mereka ada tournament.

            Ye! Aku lupa nak cakap kesemua chinggu-chingguku adalah atlet. Jadi, tak hairanlah kalau mereka kejap ada, kejap tiada kat sekolah. Aku tiba-tiba teringat pesanan mereka sebelum mereka pergi.

FLASHBACK

         Dalam sibuk aku menulis, bunyi orang memanggil membuatkan aku memandang satu persatu wajah mereka. Wajah mereka kelihatan agak risau dan berat hati. Aku faham, mereka susah hati nak tinggalkan aku untuk ke tournament tapi aku faham tu dah tugas mereka.

         Bagi tidak merisaukan mereka, aku terus menguntum senyuman yang paling manis buat mereka. 'Iu tak apa-apalah. Jangan risau la. Lagipun korang tak payah risau dah ea. Classmates kita semua pun dah layan Iu dengan baik',kataku.

         'Tapi..kami risau nak tinggalkan princess di sini. Nanti siapa nak tengok-tengokkan princess kami ni. Nanti Min rindu princess', kata Minjae namun ayat belakangnya tidak dapat ku tangkap.

        'Min ada cakap apa-apa lagi ke. Ayat belakang tu princess tak berapa nak dengar' tanyaku.

    'Eh tak ada apa-apa. Princess salah dengar tu'. nafinya lagi membuatkan aku hanya mengangguk.

       'Nanti apa-apa princess report kat kami tau. Jangan lupa untuk call dan angkat call kami semua nanti tau' tambah Jae dan Young pula.

      'Haah, siaplah awak kalau tak angkat call kami. Nanti balik saya tarik pipi awak sampai merah' kata Jihyo sambil bercekak pinggang. Mendengarkan itu, kami semua tergelak...(End flashback)

         Bunyi loceng menyentakkan aku. Aku terus bangun dan menuju ke kantin. Sampai sahaja di kantin, aku melilaukan pandanganku untuk mencari temoat duduk. Namun, apa yang aku lihat sangat membuatkan hati aku sedih dan sakit. Di satu sudut, aku melihat oppa-oppaku sedang duduk semeja dengan Yerim dan Seola sambil bergelak ketawa.

       Aku tak pernah dilayan begitu oleh oppa-oppaku. Aku cuba mengendahkan mereka dan terus berjalan. Dalam pada masa yang sama, aku melihat Seola mengatakan sesuatu kepada oppa-oppaku dan Yerim membuatkan mereka terus menjadi tegang. Aku cuba untuk berpura-pura tidak tahu.

        Saat melalui meja mereka, tanganku ditarik membuatkan aku terus berpaling ke belakang dan dalam sekelip mata aku melihat pakaian seragamku sudah basah. Aku memandang ke arah mereka, namun mereka hanya ketawa terbahak-bahak melihatkan keadaanku.

      Aku menjadi kelu secara tiba-tiba. Aku tidak ingin melawan sebab aku tahu kalaupun aku melawan, lagi teruk aku akan kena. Jadi better aku senyap. Pandangan orang sekeliling juga tidak ku endahkan. Ada salah seorang classmatesku ingin datang dan membantuku namun, aku menghalangnya membuatkan dia kembali duduk. Aku tak nak dia pula yang kena so baik aku relakan je.

    Tidak semena-mena tubuhku ditolak kasar membuatkan aku terus terjatuh. Aku terus mengangkat muka memandang ke arah oppa-oppaku di sebelah namun mereka hanya memandang sinis ke arahku manakala Jungkook dan Kihyun memandang ke tempat lain tanpa melihatku. Aku terkilan sangat-sangat melihatkan reaksi mereka.

       Aku memegang sisi bajuku erat tanpa ku sedar. Patutlah dari tadi aku berasa tidak sedap hati. Rupanya benda ni yang berlaku. Aku menjerit sedikit kuat saat kakiku dipijak kuat oleh Yerim. Aku cuba untuk menolak kakinya dari terus berbuat demikian, namun pijakannya pada kakiku semakin kuat dan aku melihat warna merah mengalir keluar dari celahan jari kakiku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.

      Bunyi tolakan kerusi membuatkan tunak mataku memandang ke arah itu. Aku lihat oppa-oppaku semua berdiri dan Jimin datang ke arahku. Aku sangat gembira kerana oppa-oppaku masih mengambil berat tentangku.

        Aku melihat dia berjalan mendekatiku dan kemudian tunduk melihatku. Apabila mata kami bertembung dia terus menunjukkan muka prihatinnya sebelum melontarkan suaranya bertanya keadaanku'

      'Iu sakit?Iu tak apa-apa? Iu nak oppa tolong?'Aku terus mengangguk-ngangguk kerana aku sudah tidak tahan. Dan setelah mendapat responku, tangannya terus menarik rambutku secara kasar sehingga aku terdongak ke arahnya. Sungguh! Aku tidak sangka, sampai hati dia layan aku begini.

     'Tu lah makan dia. Kau ingat kau siapa hah! Padan muka perempuan. Memang kau layak dapat ini semua' tambahnya lagi sambil tangannya di angkat ingin menampar pipiku.

         Belum sempat tangannya menyinggah, bunyi suara beberapa orang namja membuatkan dia terhenti. Dan baru aku perasan, itu Daniel, Baekhyun dan Jb. Air mataku mengalir laju melihatkan mereka yang datang menolongku Tiba sahaja di tempat kami, mereka menolak Jimin, Yerim dan Seola yang berada dekat denganku sebelum membantuku bangun dan menarik lembut aku ke belakang mereka.

          'Korang memang tak guna! Sekali lagi aku nampak kau buat budak ni. Siap sedia lah korang nanti'. Jb menghamburkan kemarahannya.

           'Yang kau nak bela budak tak guna ni sangat kenapa? Dia tak ada kena mengena dengan kau pun kan?' Kihyun mara ke depan Jb dan masing-masing menunjukkan pandangan tidak puas hati.

      'Kau...' belum sempat Jb membalas kata-kata Kihyun, dia terus menerpaku saat badanku sudah melorot jatuh sebelum pandangan bertukar gelap. 'Jomlah kita bawa adik pulang ke rumah dulu. Mummy boleh rawat dia' kata Baekhyun sambil mengangkatku. Oppa-oppaku hanya memandang kepergian kami dengan muka yang jelas tergamam mendengarkan kata-kata Jb, Daniel dan Baekhyun.


Happy new year  guys adn welcome back to school kepada mereka yang akan atau dah start sekolah. Anyway, hari ni sis takde exam n sis penat dok hadap nota dari tadi. Sis gunakan peluang siapkan new chapter. Hope enjoy.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now