BAB 48

142 14 7
                                    

            Usai sahaja majlis kami berempat bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Kali pertama aku menghadiri majlis macam ni aku rasa sangat happy. Dalam kami sedang berjalan, aku mendengar suara bising di tempat letak kereta di bahagian belakang berdekatan kereta kami.

       Awalnya aku ingin berbuat tidak tahu sahaja sebab malas nak masuk campur. Namun, apabila melihat dengan lebih dekat, aku merasakan beberapa orang namja yang terlibat dalam pertengkaran itu adalah oppa-oppaku terus rasa panikku timbul.

       Seorang namja cuba untuk memukul salah seorang oppaku dengan kayu besbol tanpa disedarinya kerana perhatiannya lebih tertumpu kepada orang di hadapannya. Tanpa isyarat aku terus menuju ke arah namja tersebut untuk melindungi oppa-oppaku. Laungan chinggu-chingguku tidak ku endahkan.

      'Princess! Nak pergi mana tu? Bahaya kat situ. Lebih baik kita panggil pengawal uruskan semua' kata chinggu-chingguku namun aku terus melangkah selepas memberi jawapan kepada mereka. 'Tak boleh, princess minta tolong sangat-sangat korang pergi panggilkan pak guard biar princess pergi selamatkan oppa-oppa dulu. Mereka dalam bahaya', kataku cemas sambil langkah kaki dilajukan ke arah mereka.

      Sampai sahaja di situ, aku terus menarik namja tersebut sebelum sempat dia menghayunkan kayu besbol ke arah oppaku. Namja tersebut kelihatannya sangat marah atas tindakanku ke atasnya sebentar tadi. Oppa-oppaku pula ku lihat seakan-akan terkejut dengan apa yang berlaku dan bila tersedar akan serang hendap yang cuba dilakukan oleh namja-namja tersebut mereka terus melawan.

     Aku turut menghalang serangan beberapa orang daripada mereka yang cuba memukulku. Nasib baik aku ada belajar seni mempertahankan diri. Setidak-tidaknya dapatlah aku gunakan pada waktu-waktu begini. Oppa-oppaku turut mengerling sekilas ke arahku sambil melawan musuh untuk memastikan aku tidak dicederakan.

      Kami yang asyik melawan musuh tidak perasan bahawa seorang daripada mereka cuba untuk menikam Sunjae oppa dan aku tanpa teragak-agak menolak Sungjae oppa ke tepi sehingga akhirnya pisau itu terkena di perutku. Pada waktu yang sama chinggu-chingguku yang lain tiba bersama beberapa orang pengawal dan akhirnya namja-namja tadi ditangkap.

   Belum sempat aku mengucapkan terima kasih, badanku melorot jatuh ke bawah dan disambut oleh oppa-oppaku dan akhirnya pandanganku menjadi gelap. Damn! Pengsan.

Di hospital,

    Aku membuka mataku perlahan-lahan dan aku melihat sekeliling, tahulah aku bahawa sekarang aku berada di hospital. Aku cuba untuk menyandar di kepala katil, namun pedih di bahagian perutku membuatkan tanganku secara refleks memegang di situ dan automatik bunyi berdesis keluar dari mulutku. Tiba-tiba, pintu bilik yang menempatkanku dikuak dari luar dan wajah yang menerpa pandanganku membuatkan aku terus menunduk. Chinggu-chingguku dan oppa-oppaku.

      Omma dan appa mungkin tidak sampai lagi kerana mereka outstation. Tapi, aku tahu mereka sudah mendengar tentang berita ini dan mungkin juga sekarang mereka sedang dalam perjalanan ke sini.

    Chinggu-chingguku terus menerpa ke arahku saat melihat aku telah sedar. Aku hanya tersenyum kecil ke arah mereka. Tempat tikaman masih lagi berdenyut-denyut menyukarkan aku untuk bergerak sedikit malah senyum yang biasa sahaja aku mampu lontarkan kepada mereka.

     Aku cuba untuk tidak melihat ke arah oppa-oppaku kerana masih terasa gerun dengan pandangan mereka. Setelah beberapa lama berborak, chinggu-chingguku meminta diri untuk pulang kerana ada hal yang perlu mereka uruskan. Mereka agak keberatan untuk meninggalkanku kerana tahu akan apa yang terjadi antara aku dan oppa-oppaku namun aku meyakinkan mereka sehingga mereka akur.

     Mereka satu persatu meninggalkan bilikku. Sekarang keadaan menjadi kekok kerana hanya ada aku dan oppa-oppaku. Suasana bilik yang agak sunyi terasa begitu janggal bagiku. Mendengar derapan kaki oppa-oppaku yang mendekati katil yang aku duduki membuatkan aku terus menunduk sambil tanganku kuat menggenggam cadar.


Ayokk..apa yang akan jadi pada Iu. Hehe. Idea sis yang mengarut dah datang balik. Anyway, enjoy this chapter. And tqsm kepada readers yang still membaca this ff..

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now