BAB 22

122 20 2
                                    

    Melihatkan oppa-oppaku yang duduk di meja makan, aku dengan cepat-cepat menyediakan makanan di atas meja untuk dihidangkan kepada mereka. Selalunya Jennie unnie merangkap pembantu rumahku yang membuat kerja itu. Namun, hari ini dia cuti. Aku cuba menahan kesakitan yang menjalar di seluruh badanku. Setelah siap menghidang, aku terus bergerak ke bilikku memandangkan kakiku semakin tidak dapat bertahan.

   Oppa-oppaku pula terus makan tanpa menghiraukan aku. Aku naik perlahan-lahan ke arah tangga. Namun, tiba-tiba aku tidak dapat berpijak dengan baik dan aku hampir tergelincir. Nasib baik ada orang yang memegangku di belakang menyebabkan aku tidak jatuh. Bila aku memandang ke belakang, aku melihat Kihyun oppa yang menyelamatkanku tadi dan tanpa sempat aku membuka mulut untuk mengucapkan terima kasih, badanku terasa melayang.

   Rupa-rupanya Kihyun oppa mengangkatku dan saat tiba di bilikku, dia meletakkan aku perlahan-lahan ke atas katil sambil tangannya membelek-belek lututku. Tanpa berkata apa-apa, dia terus bangun mencari peti kecemasan yang ada di dalam bilikku dan mengambil ubat,kapas dan pembalut. Dengan lincah, dia mencuci lukaku. Dalam diam, aku memerhatikan dia yang tengah khusyuk mengubatiku dan tidak semena-mena air mataku menitis lagi.

    Aku sangat terharu dengan tingkahnya. 'Ah! Iu. Kau memang manja'. Kataku kepada diri sendiri. Siap sahaja mengubatiku, dia terus menyimpan semula peti tersebut ke tempat asal dan kembali semula ke tempat tadi. Dia terus merenungku dan suasana sepi sekejap. Aku hanya bermain dengan jari-jariku sambil menunduk manakala Kihyun oppa ku rasakan merenungku dengan tajam.

    Seketika, terdengar keluhan terbit daipada mulutnya." Lain kali hati-hati sikit. Nasib tak jatuh. Dah tahu sakit bukan nak rehat. Duduk lepak kat luar kenapa.".Katanya hari ini agak lain macam sikit aku rasakan. Namun aku masih tak berano bersuara. "Dah. Sekarang rehat dulu. Luka kau tu agak teruk juga aku tengok. Asal boleh jadi teruk macam tu? Ada apa-apa jadi kat sekolah tadi ke? Tambahnya lagi. Serius aku rasakan perangainya agak pelik.

   Setahu aku, Kihyun oppa jenis yang tak banyak cakap. Tapi apasal hari ni dia lain ea. Aku yang massih takut dengannya hanya menggeleng-gelengkan kepalaku sebagai tanda menjawab pertanyaannya. Dan dalam tidak sedar, aku menggigit kuat bibirku. Itu adalah salah satu cara aku menenangkan diri.

    "Eh! Bibir kau berdarah. Stop gigit bibir tu. Dah luka dah". Katanya lagi sambil menyapu darah di bibirku. " Dah! Sekarang kau dah boleh rehat-rehat dulu. Kau penat sangat tu. Aku pun nak turun bawah dah. Jangan buat benda lain ok. Sekarang pejamkan mata kau". Aku hanya mengikut arahannya. Setelah beberapa saat, mataku terlelap dan aku merasakan dahiku dicium lembut namun aku menganggap itu hanya perasaanku yang terlalu mengantuk. Dan kedengaran pintu bilikku ditutup.

Kihyun p.o.v

   Aku melihat ke arah perempuan itu. Entah kenapa aku merasa sangat simpati melihat keadaannya. Yelah Sungjae pun agak melampau tadi, budak tu bukan buat apa-apa pun, boleh pula dia menolak budak tu macam tak ada apa-apa. Siap dengan pakej mengarah lagi. Budak tu pula aku tengok hanya akur menurut arahan Sungjae.

   Namun, aku perasan langkahnya agak pincang sedikit. Melihatkan itu aku hanya mampu mengeluarkan keluhan berat sambil ekor mataku memerhati kelibatnya ssehingga hilang ke dalam rumah. Masuk ke dalam rumah, aku lihat mukanya terlalu penat, namun dia tidak menyuarakan kepada kami. Ye, maybe dia takut kami naik angin.

    Dalam pada itu, aku perasan dia sedang cuba menahan kesakitan.'Dia sakit', kataku sendirian namun Jungkook seakan-akan terdengar aku bersuara. 'Kau cakap apa tadi', kata Jungkook. Aku hanya menggelengkan kepalaku dan dia terus menyambung makan.

    Aku memerhatikan budak tu sedang susah payah menaiki tangga. Aku risau pula, jadi tanpa aku sedar aku sudah berada di belakang dia. Dan tidak semena-mena, aku melihat dia tergelincir dan secara automatik aku menyambut badannya. Tiba-tiba lamunanku terhadap kejadian tadi mati, aku memandang satu persatu wajah yang memandang hairan ke arahku. Dan tanpa berkata apa-apa aku hanya menghiraukan mereka dan menyambung semula aktiviti makanku yang tergendala tadi.


Hai guys. Alang2 sis dah tulis, sis publish la terus apa yang dah ada.At first, fikir nak keep dulu tapi fikir balik better publish je terus. Hope enjoy your reading even story tak berapa sgt. Peace

our lonely cutie, lee ji eun @iuМесто, где живут истории. Откройте их для себя