Bab 10

146 17 0
                                    

   Setelah tangisanku reda, Jihyo membawaku ke bilik rawatan untuk merawat lukaku tadi. Puas aku menolak, akhirnya terpaksa mengalah lepas dibebel oleh Jihyo. Aku pun terpaksa la ikut sebab aku tahu dia bebel pun sebab risaukan aku. Perangai dia sama dengan kawan-kawanku di sekolah lamaku dulu. Siapa lagi kalau bukan teman baikku iaitu Minwoo, Minjae dan Youngdoo.

FLASHBACK

   Aku tengah bermain bola jaring bersama rakan-rakan kelasku yang lain. Tetiba salah seorang daripada mereka, melontarkan bola ke arahku dengan laju. Bola itu terkena di kepalaku dan aku yang berhampiran dengan batu terus terjatuh sehingga menyebabkan kedua belah kakiku luka. Minjae yang kebetulan melihat ke arah tempatku bermain terus menjerit memanggil namaku sehingga menarik perhatian dua lagi kawan baikku yang lain iaitu Minwoo dan Youngdoo.

   Mereka terus berlari ke arahkan dengan riak wajah yang risau. Sampai sahaja ditempatku, Minwoo terus memandang classmatesku yang lain dengan tajam smbil tangannya sibuk membelek-belek lukaku. Manakala Youngdoo dan Minjae mengangkatku bangun dengan perlahan-lahan kerana lukaku kelihatannya agak teruk.

   " Siapa yang lontarkan bola tadi, keluar sekarang!" tiba-tiba Minwoo suara kedengaran begitu marah. Aku lihat ketiga-tiga sahabatku menggenggam tangan mereka membentuk penumbuk. Menahan marah barangkali. " Aku cakap siapa yang buat Iu tadi keluar. Korang tak dengar ke? Atau korang sendiri nak aku heret korang keluar". Mendengarkan itu, semua orang kelihatan takut dan pelakunya terus keluar dalam keadaan yang agak gugup. Well, siapa je tak kenal Minwoo yang mana saat marah memang susah nak kawal begitu juga dengan Minjae dan Youngdoo.

   " Well, well, well. Aku nak tanya kenapa kau lukakan kawan aku. Kau takda kerja sangat ke nak buat hah! Apa yang kau tak puas hati ha. Nasib kau yeoja, kalau kau namja, dah lama makan penumbuk aku tahu tak." T...ta..tapi..." perempuan itu kelihatan hampir menangis mendengarkan itu. "Apa tapi..tapi!" .Kata-kata Minwoo terhenti dan dia terus melihatku. Aku menggelengkan kepalaku tanda menyuruh dia untuk berhenti kerana aku kasihan melihat yeoja tersebut. Minwoo terus pasrah dan terus mengangkatku gaya " bridal syle" kerana aku tak boleh berjalan.

   Perbuatannya menyebabkan aku, Minjae dan Youndoo terkejut. Berkali-kali aku memintanya untuk menurukanku tapi dia hanya buat tak tahu je. Ku lihat 2 rakanku yang lain turut mendiamkan diri. Ketika berdekatan bilik rawatan, aku berkali-kali memujuknya agar tidak membawa aku ke sana namun apa yang aku dapat hanyalah bebelan dia. Last-last, di sinilah aku sekarang.

*END OF FLASHBACK*

   " Jom Iu, pergi makan". kata-kata Jihyo menyedarkan aku semula. Aku hanya mengangguk dan mengikuti langkahnya ke arah kantin. Saat sampai di kantin dan melintasi oppa-oppaku, mereka hanya memandangku sinis dan terus menghiraukan aku. Terasa. Ye, aku memang terasa. Tapi siapalah aku kat mata mereka. Mata-mata yang memandangku pun tidak ku endahkan kerana aku tahu mereka hanya memperlekehkan aku. Jihyo yang melihat aku sedikit kebelakang, terus menarik aku mengikutinya.

   Setelah sesi pembelajaran tamat, aku bergegas menunggu di depan kelas oppa-oppaku kerana aku ingin menumpang mereka. Ketika melihat mereka, aku dalam keadaan terhincut-hincut berlari ke arah mereka bagi mengejar langkah mereka. Apabila dah dekat aku menarik tangan Sungjae oppa kerana dia yang berada paling dekat denganku. Langkahnya terus terhenti dan dia memandangku tajam.

   " Apa lagi kau nak, lembap. Lepaskan tangan aku sekarang". Dengan sekali rentapan, pegangan aku padanya terus terlepas dan kulihat Sungjae oppa terus mengeluarkan sapu tangan kononnya mengesat kesan jijiknya padaku. Aku buat-buat tak nampak dan menghadiahkan senyuman yang agak janggal kepada mereka. " Oppa, boleh tak Iu nak tumpang sekali. Ka..kaki Iu cedera. Kali ni je oppa. La..la..lain kali Iu janji tak naik dah". Selesai aku berkata-kata, kedengaran tawa kelima-lima oppaku yang agak menyentap tangkai hatiku.

   " Hei! Kau ingat kau siapa ea. Banyak kali dah aku pesan jangan panggil kitorang oppa. Kitorang bukan oppa kau. Kau sakit ke, kau cedera ke. Jangan menyusahkan kitorang boleh tak. And satu lagi, jangan pernah sentuh aku. Jijik tahu tak. Jijik."dah jom blah. Kata Sungjae oppa dan mereka berlima terus bergerak meninggalkanku. Dan ku lihat Jungkook oppa dan Jimin oppa melihat ke arahku dengan pandangan yang risau? Arghhh mungkin aku silap.


Hai readers. enjoy the next update. Tetiba rasa rajin nak tulis new chapter untuk readers sekalian. n enjoy jugak iu new video blooming.hehe.serius best

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now