BAB 40

121 16 0
                                    

      Selesai sahaja kelas hari ini, kami berlima bersepakat untuk meluangkan masa bersama-sama. Awalnya aku menolak kerana ingin pulang awal ke rumah sebelum oppa-oppaku. Aku cuba untuk mengelak bertembung dengan mereka berlima untuk memberi ruang kepada mereka.

        Lagipun, hubungan kami semakin dingin disebabkan peristiwa yang berlaku dan dalam pada masa yang sama, aku ingin menjaga hati aku daripada terus dicemuh dengan kata-kata kasar mereka kerana aku takut perasaan itu bertukar menjadi benci.

      Sebenarnya, ini adalah cadangan keempat-empat bffku kononnya sebagai ucapan tahniah atas kejayaan kami melepasi audition yang diadakan dalam kelas tadi. Nak ke tak nak memang aku terpaksa bersetuju sahaja dengan cadnagn mereka.

       Jadi, sekarang kami bergerak ke I'Park Mall kerana ia adalah shopping mall yang paling dekat dengan sekolah. Kami berlima menaiki kereta Youngdoo disebabkan dia sahaja yang membawa kereta hari ni.

      Sampai sahaja di I'Park Mall, kami hanya berjalan-jalan sekadar untuk mencuci mata. Kami memasuki dari sebuah outlet ke outlet yang lain untuk menghabiskan masa. Setiap langkah kami dipenuhi dengan gelak ketawa. Apabila dah merasa penat dan lapar, kami singgah ke kedai makan yang ada di sini untuk mengisi perut, menghilangkan penat serta dahaga kami.

      'Young tak sangka, princess punya suara sangat memukau. Terkejut tau kitorang dengar' kata Youngdoo membuatkan aku malu.

       'Haah la Iu! Tak sangka chinggu saya ni ada suara yang sangat merdu dan paling saya terkejut penerimaan classmates kita tu.. Perghh yang tu saya sangka' tambah Jihyo pula menyokong kata-kata Youngdoo.

      'Kalau Woo tahu, dah lama dh woo suruh princess nyanyi tahu tak' kata-kata Minwoo sambil memandang tunak kepadaku dan aku lihat Minjae turut mengangguk-nganggukkan kepalanya.

       Minjae agak pelik hari ni. Dari tadi aku merasakan pandangannya kepadaku agak lain dan kadangkala, jantungku turut berdegup mungkin disebabkan malu asyik ditenng dari tadi. 'Ah! Iu, jangan nak perasan sudah. Entah-entah Min pandang lain tapi kau pulak perasan benda lain' kataku sambil mengetuk kepalaku.

     Tiba-tiba terasa tanganku yang sedang elok mengetuk kepala dipegang oleh Minjae. Aku memandangnya dan aku turut memandang ke arah chinggu-chingguku yang memandang pelik ke arah kami berdua. Minjae seakan-akan ingin berkata sesuatu namun apabila pekerja membawa makanan kami membuatkan fokus kami teralih kepada makanan. Well, finally. Eating time. Kami dengan berselera menjamu selera.

     Selesai makan, kami ke gelanggang ais. Jihyo punya pasal yang mengheret kami semua ke sini. Katanya dah lama tak berais skating, dengan mimik mukanya yang terlalu comel membuatkan aku turut mengangguk bersetuju dengan cadangannya walaupun aku tidak begitu mahir dengan benda ini.

     Aku cuba memakai kasut yang dikhaskan untuk bermain di gelanggang tersebut, namun tidak berjaya. 'Aduh! Macammana nak pakai benda alah ni', aku merenung kasut yang berada di tanganku dan sebelah lagi di kakiku namun tidak lagi berjaya aku pakai.

     Dalam aku terkial-kial, seseorang mendekatiku dan duduk mencangkung di hadapanku. Aku memandang tuan empunya tangan, dan aku lihat Youngdoo yang sedang memakaikanku kasut sambil memperkemaskan ikatan tali kasutku. Apabila selesai, dia bangun sambil menarik tanganku agar berdiri dan menggosok lembut rambutku. Aku tersenyum dengan kelakuannya.

    Aku mencari-cari kelibat chinggu-chingguku yang lain dan apabila mengetahui kedudukan mereka, aku dengan perlahan-lahan menuju ke arah mereka. Namun, belum sempat aku bergerak jauh, tubuhku dilanggar oleh seseorang membuatkan aku hampir jatuh,

    Aku hanya memejam mata menunggu rasa sakit itu datang, namun tak pula aku rasa. Aku membuka mataku dan aku dapat melihat dengan jelas wajah Minjae yang sedang erat memelukku. Patutlah aku tak rasa sakit rupanya ada orang yang sambut. Kami bertentangan mata buat seketika dan masing-masing hanyut dalam pandangan masing-masing. Aku tidak tahu apa yang aku rasakan sekarang namun aku cuba endahkan rasa itu.

   Suara orang meminta maaf membuatkan kami berdua tersentak dan dia dengan cepat mengangkat aku agar berdiri dengan selesa sebelum melepaskan pegangannya. Woo, Young dan Jihyo mara ke arah kami sambil mampamerkan riak risau.

     Aku memandang ke arah suara tersebut dan aku melihat seorang kanak-kanak kecil , sedang bermain dengan jari sambil meminta maaf kerana tidak sengaja melanggarku. Melihatkan itu, aku mendekatinya sambil menggosok lembut kepadanya sebelum mengangguk.

  Dia terus mengucup lembut pipiku dan bergerak semula ke arah keluarganya selepas mendengar kata-kataku. Aku tidak sedar, tingkah kami diperhatikan oleh semua chingguku. Mereka senang dengan tingkahku.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now