BAB 49

133 11 4
                                    

           Aku terus menunduk sambil bermain dengan jari-jariku. Aku tahu yang mereka akan memarahiku kerana sibuk mencampuri urusan mereka. Namun, aku buat begitu kerana aku risaukan mereka dan yang paling penting aku sayangkan mereka seperti keluarga aku sendiri.

        Aku menunggu kata-kata yang akan meluncur keluar dari mulut mereka. Tapi, aku dikejutkan dengan sesuatu yang tidak dijangka. Mereka memegang tanganku sambil meggosok lembut kepalaku sebelum memelukku erat. Aku cuba untuk mencerna apa yang berlaku tapi tidak dapat.

          Aku cuba untuk bertindak tetapi aku terlalu keliru sehingga membuatkan tubuhku dan otakku tidak dapat mentafsir dengan cepat. Aku hanya mendengar esakan, terima kasih dan permintaan maaf dari kesemua oppaku dan ajaibnya aku hanya berdiam diri. Hatiku berbelah bahagi. Segala layanan mereka dan perbuatan mereka kepadaku selama ini menerjah ingatanku. Hatiku menjadi sakit dengan semua itu tapi sebelah lagi keliru.

         'Oppa semua minta maaf kerana selama ini layan adik dengan buruk. Walaupun bermacam-macam yang oppa telah lakukan, adik tetap selamatkan kami sehingga adik terbaring di sini. Terima kasih adik dan kami minta maaf atas perbuatan kami selama ini' kata Sunjae oppa yang mewakili semua oppa-oppaku yang lain sambil tangannya belum lepas dari memelukku.

      'Kenapa mereka meminta maaf kepadaku? Adakah mereka hanya mengucapkan semua ini kerana rasa bersalah? Dan sejak bila mereka menganggap aku adik? Kalau semua ini mereka buat kerana rasa bersalah, aku tidak menginginkannya. Hati aku akan semakin sakit.

     Aku hanya memandang kosong ke arah mereka sambil mengeluarkan kata-kata yang membuatkan semua orang terkedu. 'kenapa oppa semua minta maaf? Adakah oppa semua buat semua ini sebab rasa bersalah? Dan Iu nak tanya sejak bila oppa menganggap Iu sebagai adik ha? Kalaulah semua tu sebab rasa bersalah, Iu tak nak semua tu. Oppa tak payah risau, Iu tak minta oppa balas balik semua tu.

        Aku terus mengalihkan pandanganku daripada mereka. Aku cuba menghiraukan kehadiran mereka. Namun, mendengarkan ucapan maaf asyik meniti di bibir mereka dan penjelasan mereka membuatkan hatiku tersentuh.

     'Tak adik, oppa ikhlas anggap adik sebagai one of our family. Oppa semua sedar bahawa selama ini oppa kejam terhadap adik. Oppa semua janji akan jaga adik macam nyawa kami sendiri. Tapi adik, tolong maafkan kami semua. Kami tahu yang kami terlalu kejam dan jahat. Adik hukumlah kami macam mana sekalipun asalkan adik maafkan kami dan terima kami balik' kata Kihyun oppa pula.

       Tanpa sempat aku membuka suara, sekali lagi aku dikejutkan dengan tingkah oppa-oppaku di mana mereka semua melutut sambil menekup muka menahan tangis. Melihatkan itu, aku semakin sebak dan perlahan-lahan aku menuruni katil menuju ke arah mereka. Kemudian, aku terus memeluk kesemua mereka sambil berkali-kali mengatakan bahawa aku akan sentiasa memaafkan mereka.

        Ya! Aku tidak boleh memarahi mereka terlalu lama kerana tidak boleh dinafikan aku sangat sayangkan mereka. Dalam kami tenggelam dengan tangisan masing-masing, kami tidak sedar dua pasang mata memerhatikan tingkah kami dengan senyuman. 'Akhirnya, keluarga kita dah lengkap' kata omma dan appa serentak sebelum sama-sama menyertai adegan peluk-memeluk antara kami.

        Suara ketawa memenuhi ruang bilik dan kegembiraan milik kami. Aku harap semua ini akan kekal dan aku akan dapat tetap bersama mereka walau apa pun yang berlaku.


Hai semua..nah new chapter for today. Cerita dah jadi apa pun sis tak tahu. Sis nak habiskan dalam beberapa bab lagi and dah boleh fokus kepada cerita sis yang baru. Anyway hope enjoy.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now