B1

24K 1K 39
                                    

BUNYI bising yang terhasil oleh lemparan batu kerikil pada tingkap gelangsar bilik, mengejutkan Yasmeen dari lenanya. Dengan geram, selimut diselak kasar dan tuala dililit rapat pada kepalanya. Dengan mata yang masih belum terbuka, Yasmeen membuka tingkap gelangsar biliknya. Terus kesejukan subuh menyapa wajahnya.

"Woi."

Yasmeen mendengus geram mendengar suara itu. Suara anak jiran sebelah.

"Kau nak apa pagi-pagi ni, Yaseer? Aku mengantuk kau tahu?" Omel Yasmeen geram. Mata ditenyeh dengan malas sebelum tangan naik menutup mulut yang ternganga luas dek menguap.

Yaseer senyum sinis.

"Kau patut bersyukur aku baling batu ni awal-awal pagi macam ni." Ucap Yaseer. Dia menongkat dagu pada tingkap sambil mata masih terarah pada Yasmeen.

Yasmeen berdiri tegak. Satu tangan memegang kuat tuala pada bawah dagu sebagai ganti pin tudung. Kalau terbiar lepas, sia-sia aje mamat depan ni nampak anggota mahal dia.

"Apahal pulak?" Tanya Yasmeen tak berpuas hati.

"Kau lupa hari ni 1 Ramadhan? Mak ayah kau outstation, dan tiada siapa yang kejutkan kau. Mengenali kau selama hampir 17 tahun ni, aku dah masak dengan bunyi alarm yang bising, tapi tak ditutup sebab kau masih terbongkang tidur atas katil. Jadi, aku sebagai seorang jiran dan kawan yang sangat baik, kejutkan kau untuk bangun sahur." Panjang lebar Yaseer terangkan. Siap ada gaya penceramah di dalam TV pula tu! Di akhir katanya, ada senyuman bangga.

Mendengar setiap kata Yaseer, mata kuyu Yasmeen terus jadi segar. Dia menoleh pada jam di dinding dan terus, mulutnya menyebut, Allah!

"Kalau dah tahu, kenapa kau kejut aku lambat?! Aku ada lima belas minit aje untuk sahur! Yaseer tak guna!" Terus Yasmeen berlari ke ruang dapur tanpa tingkap gelangsar biliknya tidak ditutup.

Yaseer hanya menggeleng kecil dan mencebik.

"Sama-sama Nura Yasmeen." Dan terus dia tutup tingkap gelangsar biliknya.

"TIGA... Dua... Satu..." Yaseer pandang pintu rumah Yasmeen yang masih tertutup. Dan serentak dengan itu, Yasmeen keluar dari dalam rumah dengan nafas yang mengah. Lepas tu, Yasmeen kelam kabut pula tu cari kasut sekolahnya.

"Sangat selekeh di pagi Isnin ini. Macam biasa." Komen Yaseer sambil menggeleng kecil melihat Yasmeen yang menghampirinya.

Yasmeen membuka pintu pagar dan basikal yang ditolak bersamanya dibawa keluar. Pagar dikunci dan Yaseer dipandang.

"Apa hal pandang aku macam tu?" Tanya Yasmeen pelik. Dia belek dirinya. Baju bersih dan tak berkedut. Kasut hitamnya pun takde kesan lumpur. Tudung...

"Yes, tudung kau. Kau memang selekeh eh bab tudung ni. Cuba jadi macam Laila." Yaseer memuncungkan mulut kepada Laila yang baru sahaja menghampiri mereka dengan basikal ditolak bersamanya.

Yasmeen pandang Laila. Ternyata, penampilan Laila, jiran merangkap kawannya itu tidak menghampakan. Cantik, seperti selalu.

"Selamat pagi." Sapa Laila dengan senyuman manisnya.

Yaseer dan Yasmeen sama-sama tersenyum.

"Selamat pagi." Balas Yasmeen sebelum dia memandang Yaseer yang masih tersenyum pada Laila.

"Dia cantik, bolehlah. Alah... aku dah sedia selekeh, takde hal punya." Jawapan Yasmeen membuatkan Yaseer menoleh. Laila pun.

Yasmeen angkat kening dua kali sebelum basikal dinaikinya.

"Tak payah banyak bunyi, jom pergi sekolah." Yasmeen mula mengayuh basikalnya perlahan-lahan sebelum kayuhan lambat bertukar kepada kelajuan sederhana.

Yaseer dan Laila mengekori dari belakang. Mereka berbual ceria seperti biasa, meninggalkan Yasmeen yang mengayuh di hadapan 'berbual' seorang diri.

Yasmeen sesekali menoleh belakang apabila mendengar gelak tawa mereka. Adoi lah dua kawan baiknya ini. Tak nampak macam kawan baik! Nampak macam couple, tahu.

Selepas hampir 4 minit mengayuh basikal sendirian, Nuqman datang mengayuh basikal di sebelahnya. Yasmeen yang pada mulanya tidak perasan akan kehadiran Nuqman, mula tersenyum apabila melihat kawan baiknya itu di sebelah.

Yes. Mereka empat sekawan.

Nura Yasmeen.
Ahmed Yaseer.
Putri Laila.
Mohd. An-Nuqman.

Berkawan sedari dalam perut lagi kerana mereka semua berjiran dan ibu bapa mereka pula rapat antara satu sama lain.

"Kau dah sihat ke belum? Boleh puasa?" Tanya Yasmeen, memulakan perbualan di antara dia dan Nuqman.

Nuqman lepaskan gelak. "Weh, kau ingat aku lembik ke? Demam sikit tak nak puasa macam kau? Sorry sikit eh. Ni Mohd. An-Nuqman lah. Tak goyanglah."

Yasmeen mencebik mendengar jawapan penuh riak Nuqman. Mujur juga dapat ditahan perasaan meluatnya. Walau dah banyak kali dengar ayat riak Nuqman seperti ini, tetap juga meluat tu kadang-kadang datang. Haih... bila nak hilang?

"Kau... riak! Allah tarik nikmat sihat tu, buat kau tak dapat puasa selama-lamanya, baru kau tahu! Baru sedar yang kau tu lemah. Jangan main-main!" Yasmeen sengaja mengacah Nuqman membuatkan lelaki itu menjerit tidak puas hati.

"Janganlah! Kau pagi-pagi Isnin ni, pergi doa bukan-bukan. Buatnya jadi betul-betul... "

"Padanlah muka. Siapa suruh riak sangat!" Yasmeen mengekek ketawa.

"Nura Yasmeen!!!" Nuqman seru namanya sambil itu lelaki itu mengacah untuk melanggar basikalnya.

"Janganlah, Man!" Yasmeen marah. Kayuhan dilakukan untuk mengelak daripada Nuqman yang ingin melanggarnya.

Nuqman tersengih suka bila berjaya menakut-nakutkan Yasmeen. Mendengar Yasmeen menjerit kegeraman, memang kepakarannya. Dan kepakaran Yaseer juga.

Yaseer hanya pandang Yasmeen dan Nuqman dari belakang sambil menggeleng kecil. Laila pula dah tersenyum dan ketawa perlahan.

"Comel lah dorang tu." Ucap Laila.

Yaseer buat muka. "Comel? Comel apa benda kalau dah besar panjang macam ni masih lagi keanak-anakan."

"Daripada kau... acah jadi matured sangat daripada umur. Bosan kitorang." Ejek Laila.

"Eh.. lagi okey daripada jadi macam budak-budak."

Laila geleng kepala perlahan.

"Susahlah deal dengan 'orang besar' macam kau. Baik aku jadi budak-budak. Bye, pak cik!" Sejurus itu, Laila terus mengayuh laju sehingga sampai kepada Yasmeen dan Nuqman yang sedang berseronok di hadapan.

Bila gabung aje budak bertiga itu, terus jadi riuh.

Yaseer geleng. Tapi, selepas itu dia tersenyum kecil melihat telatah kawan-kawannya lagi-lagi telatah... dia. Terlalu menarik untuk dipandang.

*Nah. Ganti DEALER yang telah kepupusan idea. Thank you for the comments and vote.

Support BFF guys.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now