B35

6.3K 604 44
                                    

SELEPAS habis berbual di telefon dengan sebuah hospital yang memanggilnya untuk ditemuduga, Yaseer turun ke bawah. Rasanya semua dah tunggu di bawah untuk makan malam bersama.

"Ha, Yas. Mari duduk." Encik Yusuf yang menyedari kehadiran Yaseer di anak tangga terus memanggil anaknya itu. Yaseer tanpa lengah terus menghampiri dan tempat kosong di sebelah Yatee diambil.

"Nak nasi banyak ke sikit?" Yatee bertanya memandangkan mangkuk nasi berhampiran dengannya.

Yaseer menghulurkan pinggan. "Satu senduk setengah." Jawab Yaseer.

Yatee ambil pinggan dan nasi dicedok. Sudah itu, pinggan diberi semula dan dia menyambung makan.

"Jadi, Yas. Ada yang panggil untuk temu duga?" Encik Yusuf bertanya. Semua hanya pasang telinga mendengar perbualan di antara dua beranak itu.

Yaseer habiskan kunyahan nasi di mulut sebelum dia angguk.

"Ada sebab masa tu Yas ada hantar resume dekat sebuah hospital ni. Tadi dia telefon, suruh datang lusa." Beritahu Yaseer.

"Kalau abang dapat, kiranya jadi nurse hot lah kan?" Yusrah menyampuk teruja. Yang lain hanya menggeleng sahaja.

"Hot ke, hit ke, bila dapat kerja tu nanti, jangan lupa diri pula! Yas tu nurse, bukan doktor. Ingat tu!" Puan Yusnita dah mula memberi peringatan. Sempat juga tu walaupun nasi di pinggan berbaki beberapa suap sahaja lagi.

"Takkan Yas nak lupa diri pula, ma." Yaseer senyum.

Puan Yusnita tarik senyum semacam.

"Faham ke maksud lupa diri mama kat sini?" Tanya Puan Yusnita.

"Sombong?" Yaseer meneka.

Puan Yusnita menggeleng laju. Yang lain sudah berkerut kerana jawapan salah Yaseer. Rasanya, dah betul dah jawapan Yaseer tu.

"Jaga kesihatan?" Yusrah cuba meneka.

Puan Yusnita diam.

"Boleh juga tu, tapi itu bukan jawapan yang mama nak."

"Kahwin?"

"Bingo!" Puan Yusnita bertepuk tangan bila Yatee dapat beri jawapan yang dia kehendaki. Semua dah pandang Yaseer dengan senyuman. Yaseer aje yang masam.

"Apa pula kahwin tiba-tiba ni?" Tanya Yaseer tidak puas hati. Air diteguk dengan malas. Adik-adiknya yang sedang sengih memandangnya dihadiahkan jelingan sahaja.

"Yalah, kahwin. Jangan kerja sampai lupa nak kahwin. Tengok Meen tu. Hujung minggu ni dah nak bertunang. Cukup setahun, kahwin. Yas pun kena macam tu lah! Tunang dan kahwin." Puan Yusnita dah mula membebel. Yameen yang tak sanggup nak dengar terus bangun dari meja makan. Tambahan pula, dia sudah selesai makan.

Yaseer diam. Lemah rasanya hati bila Puan Yusnita keluarkan topik Yasmeen nak bertunang dan berkahwin.

"Serius lah Kak Meen nak tunang dah, ma?" Soal Yatee. Yaseer yang kelihatan muram dipandang sekilas.

Puan Yusnita mengangguk.

"Cepat betul. Empat tahun tak balik KL. Lepas tu, baru seminggu balik, nak bertunang dah. Kak Meen belajar ke cari jodoh kat Perak tu?" Soal Yatee.

"Itu namanya, sambil menyelam minum air! Habis belajar dapat, jodoh pun dapat!" Sampuk Yusrah.

Puan Yusnita mengangguk setuju dengan kata-kata Yusrah. Encik Yusuf pun. Kemudian, kedua-duanya pandang Yaseer yang hanya senyap sedari tadi.

"Yas pun kenalah macam tu. Dekat U masa belajar, takde girlfriend ke?" Soalan cepumas daripada Puan Yusnita. Yaseer malas benar nak menjawab bila masuk bab girlfriend dan kahwin ini.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now