B82

5.6K 537 14
                                    

KAKI yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam kereta semerta berhenti bila matanya menangkap batang tubuh Umar di hadapan pagar rumah. Yasmeen tersentak sekejap. Sudah lama dia tidak nampak wajah Umar, wajah bekas tunangnya. Ia tidak seperti dahulu. Rambutnya sedikit panjang, begitu juga dengan jambangnya. Tidak terurus langsung. Layyin tidak menjaga Umar sebaiknya kah?

"Apa dia nak?" Soalan yang terpacul keluar dari mulut Yaseer, buat Yasmeen menoleh. Lelaki itu sudah berdiri di belakangnya. Dan semestinya, wajah itu tegang.

"Umar Rahman ke tu?" Puan Zulin bertanya pula. Wajahnya sedikit risau.

"Haah. Emmm... Meen jumpa dia sekejap boleh? Lepas tu, baru kita gerak." Yasmeen meminta keizinan. Ditatap satu persatu wajah berhampiran dengannya. Umi. Abi. Yaseer.

Puan Zulin hanya tunjuk isyarat mata ke arah Yaseer. Dalam diam cuba memberitahu keizinan siapakah yang sepatutnya Yasmeen minta.

Yasmeen kemam bibir. Mengerti dengan bahasa isyarat Puan Zulin. Terus dia pandang Yaseer yang memandang terus ke hadapan. Memandang Umar di pagar rumah.

"Awak sa---"

"Kau still contact dia lagi?" Tanya Yaseer, memotong terus percakapan Yasmeen. Dia langsung tidak alihkan pandangan.

Cemburu. Ya. Itu yang dia rasa. Apa lagi bekas tunang Yasmeen itu mahu kan? Bahagia ajelah diam-diam dengan Layyin. Itu pun susah ke?

Yasmeen pantas menggeleng kecil. Bibir bawah digigit lembut. Dia mulai nampak riak tidak senang Yaseer. Adoi... janganlah sebab ini, tercetusnya pergaduhan di antara mereka.

"Tak. Kan saya dah cakap, saya dah block dia. Awak lupa?"

Yaseer pandang Yasmeen, cuba mencari kejujuran dalam mata cantik Yasmeen.

"Tolong. Jangan ragui saya." Pinta Yasmeen. Sedikit kecewa dengan riak Yaseer.

Yaseer helakan nafas lemah. Dia pandang wajah Yasmeen sepenuhnya.

"Habis tu... kenapa dia datang sini? Dia nak apa?" Tanya Yaseer, sedikit terdesak. Tidak peduli dengan keruntuhan egonya sendiri. Siapa aje yang tak tercabar bila berhadapan dengan situasi begini. Ego, bukan kepentingan dia sekarang.

Yasmeen tarik senyum kecil.

"Sayang I don't even know why he's here. Sebab tu saya nak minta izin pergi jumpa dia. Boleh?" Pinta Yasmeen lembut. Terpaksa gunakan sayang. Ewww. Geli tahu tak? Walau dia dah beri seluruh dirinya buat Yaseer, title BFF tu masih lagi terngiang-ngiang dalam kepala tau.

Apa kau tak geli panggil kawan baik kau yang lelaki sayang? Oh. Sangatlah tidak beruntung nasib dirinya dan Laila.

Yaseer senyum sinis. Baru sekarang nak panggil sayang. Terdesak sangat nak jumpa Umar gamaknya. Cemburu makin membesar.

Riak wajah Yaseer yang sinis, Yasmeen boleh baca sepintas lalu. Adalah tu benda buruk dia nak fikirkan. Entah-entah pasal panggilan 'sayang' tadi.

"Awak jangan nak fikir bukan-bukan, ya? Kalau saya pergi jumpa, masalah selesai dengan aman. Kalau awak yang jumpa, mahu seorang masuk hospital, seorang lagi masuk balai polis. Sanggup tinggal saya?" Terang Yasmeen. Walaupun ayat terakhir itu agak menggelikan, dia buat tidak peduli aje.

Yaseer diam. Wajah Yasmeen ditatap lama sebelum lambat-lambat dia angguk kepala. Itu pun nak tak nak. Dan itu pun terjadi bila Puan Zulin ketuk cermin kereta dari dalam. Haih.

"Thanks. It won't be long. I promise." Yasmeen senyum dan Yaseer sekali lagi terpaksa mengangguk dalam keterpaksaan.

"Masuk kereta ek?" Pesan Yasmeen sebelum dia melangkah ke arah Umar yang masih setia menanti.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now