B36

6.3K 561 9
                                    

SARAPAN pada pagi itu tenang seperti biasa. Ada berbual sikit, ada gurau sikit. Cuma yang lain sikit pada hari ini adalah pertanyaan Encik Zulkifli tentang perancangannya selepas ini. Nak buat apa selepas habis belajar dan meronda satu KL.

Yasmeen diam dan berfikir. Rancangan hidupnya telah dia atur sedari dahulu lagi.

"Meen ingat, Meen nak buka art class. Abi rasa okey tak?" Yasmeen meminta pendapat. Dia tahu, nak buka kelas bukanlah satu perkara yang mudah. Modal yang perlu dikeluarkan banyak. Mana nak beli barang melukis lagi, nak promosikan kelasnya lagi. Semua itu pakai kertas yang bernilai. Duit senang kata.

Encik Zulkifli pandang Yasmeen.

"Nak buat art class?"

Yasmeen angguk.

"Haah. Bolehlah Meen ajar sikit-sikit sementara nak tunggu lukisan Meen terjual sikit-sikit." Balas Yasmeen. Air oren diteguknya perlahan sambil menunggu jawapan abinya.

"Meen nak buka kelas di mana?" Puan Zulin bertanya setelah dia hanya diam mendengar perbualan tadi.

"Meen ada perasan ada premis kosong yang nak dijual sebelah 7Eleven tu. Meen ingat nak beli dan buka kelas dekat situ ajelah." Jawab Yasmeen pantas. Walaupun dua minggu ini dia hanya keluar berjalan, jangan ingat dia tak pernah fikir tentang perancangan kerjayanya.

Encik Zulkifli dan Puan Zulin berpandangan sesama sendiri. Sedikit runsing dengan rancangan Yasmeen.

"Berapa harganya?"

Yasmeen senyum dengar pertanyaan Encik Zulkifli. Jelas Encik Zulkifli sedikit risau tentang perancangannya.

"Abi jangan risau. Hal duit, Meen dah kumpul dari dulu lagi. Dari zaman belajar. Tapi, kalau tak cukup, Meen nak minta pinjam sikitlah. Hehehehe." Yasmeen sengih. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

Encik Zulkifli senyum kecil.

"Bukan abi risaukan pasal duit. Yang tu, selagi mana abi boleh tolong, abi tolong. Cuma, abi takut tak mendapat sambutan aje." Encik Zulkifli luahkan kerisauannya.

"Haah. Ada ke orang yang nak belajar seni?" Tambah Puan Zulin pula.

"Eh, belum cuba, belum tahu. Umi, dekat kolej Meen belajar tu, ramai aje ambil bidang yang sama dengan Meen. Dekat sekolah dulu pun, kelab Seni ramai ahli tau! Mesti ada punya." Yasmeen yakinkan Encik Zulkifli dan Puan Zulin. Jangan dipandang remeh seni ni.

Encik Zulkifli dan Puan Zulin diam.

"Jadi, Meen nekad lah ni?"

Soalan Encik Zulkifli, Yasmeen sambut dengan anggukan penuh yakin.

"Kalau pun tak jadi, Meen boleh buat combination. Art and cafe maybe." Yasmeen keluarkan perancangan lainnya. Tak jadi plan A, plan B mesti ada. Itu baru bijak!

Encik Zulkifli angguk dan senyum. Bersungguh betul dia lihat Yasmeen. Darah seni mengalir dalam pembuluh darahnya. Sama macam Puan Zulin! Tak pernah putus asa dalam mengejar cita-cita.

"Atau mungkin, umi boleh letak design umi kat situ. Haaaa, jadilah art and boutique." Kening dijongketkan sekali dua. Plan C!

Puan Zulin gelak sahaja sebelum dia berlalu ke dapur dengan pinggan-pinggan kotor.

"Banyaklah kamu." Suara Puan Zulin kedengaran di sebalik dinding dapur.

Encik Zulkifli dan Yasmeen hanya senyum kecil.

"Okey. Abi sokong Meen. Tapi, antara cafe dan boutique tu, abi rasa abi lagi suka cafe." Encik Zulkifli hirup teh sedikit demi sedikit. Wajah Yasmeen yang tersenyum dipandang.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now