B6

7K 772 25
                                    

OKEY. Allah kejut dia awal pagi ini tanpa bantuan jam loceng mahupun dengan bantuan anak jiran sebelah rumah yang meyakitkan, Yaseer. Ahmed Yaseer of course. Jadi, tak adalah dia perlu dengar bunyi bising alarm yang memekakkan telinga dan bunyi menjengkelkan yang terhasil dek lemparan batu kerikil Yaseer pada tingkap gelangsar biliknya.

Yasmeen menapak ke dapur. Dia keluarkan pek Spaghetti Bolognese yang dibeli di 7Eleven semalam dari peti sejuk. Membaca arahan di belakang pek, Yasmeen tahu dia perlu gunakan microwave.

"Nasib baik aku pandai guna microwave." Tersenyum Yasmeen. Kira okey apa, tak reti masak tapi reti guna microwave.

Pek Spaghetti Bolognese itu dimasukkan ke dalam microwave yang sudah meyala lampunya. Set masa 4 minit, tutup dan biar benda alah empat segi tu buat kerja dia. Dah siap, bisinglah dia.

"Air milo..." kata Yasmeen bila dia berfikir tentang minuman sahurnya. Tiba-tiba tekak nak minum air warna cekelat itu. Bubuh kiub ais, dan pergh. Sodap.

Tanpa lengah cawan diambil dan susu pekat dibawa keluar. Melampaulah kalau dia tak reti buat air. Itu sangat memalukan, okey. Dia tak reti masak aje.

Baru aje air panas nak dituang ke dalam cawan yang sudah diisi dengan susu pekat dan serbuk milo, telefon yang ada di dalam bilik berbunyi kuat.

Bukan bunyi alarm, tapi bunyi ada orang menelefon.

"Siapa pula telefon pagi-pagi buta ni?" Cerek elektrik diletak sebelum dia berlalu ke bilik.

Abi

Yasmeen senyum kecil. Terus dia gesek butang hijau ke kanan.

"Assalamualaikum, abi."

"Waalaikumsalam. Meen dah bangun?" Soal Encik Zulkifli sebaik sahaja salam anaknya disahut.

"Dah. Meen tengah buat makanan sahur."

"Masak ke?"

"Uish. Boleh kahwin lah kalau dah pandai masak!"

Yasmeen dan Encik Zulkifli sama-sama ketawa. Yasmeen dapat dengar juga suara uminya, Puan Zulin tertawa sama.

"Panaskan makanan aje. Meen beli instant food kat 7E." Yasmeen memberitahu apabila tawanya reda.

"Oh."

"Umi dengan abi balik malam ke petang hari ni?" Tanya Yasmeen. Dia bawa telefon ke dapur, mahu sambung buat air. Leka berbual, sahur ke mana, dia ke mana nanti.

"Sampai malam rasanya sebab kursus ni habis tengah hari sikit. Meen okey kan berbuka sorang-sorang hari ni?"

Yasmeen senyum.

"Okey aje. Lagipun Laila datang teman sekejap semalam. Takde hal."

Encik Zulkifli senyum.

"Adik tidur ek?" Tanya Yasmeen. Rindu pada adik bongsunya yang berusia 2 tahun itu. Tak sangka, dia dah tua macam ni pun dapat adik lagi. Hehehe.

"Takdelah. Dia sibuk bangun sahur sekali ni." Yasmeen senyum. Dapat dia bayangkan senyuman comel adik lelakinya itu. Mohd. Yazeed. Geram! Kalau ada depan mata, wajib digigit pipi tembam itu.

"Rindulah kat dia." Luah Yasmeen.

"Dia pun rindu juga. Tunjuk aje gambar Meen, mengekek ketawa."

Adoi... mata dah berair. Kecomelan Yazeed menyakitkan hatinya. Nak aje gigit!

"Dah lah. Bercerita pasal Yazeed, banjir pula rumah kat sana." Sakat Encik Zulkifli dan Yasmeen tarik muncung. Makin tarik muncung bila dengar suara Puan Zulin mengagah Yazeed dan budak tu pun gelak comel.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now