B83

5.9K 568 38
                                    

SUDAH genap sebulan mereka tinggal berdua di bawah satu bumbung. Dan Yasmeen telah menjadi isteri yang serba-serbi hebat di mata seorang Yaseer. Dah duduk sebumbung berdua ini, makin banyak perangai baharu Yasmeen yang Yaseer dapat lihat. Buruk baik gadis itu pun makin lama makin terserlah. Pun begitu, Yaseer makin lama makin bahagia dan selesa dengan kehidupan mereka sekarang.

Tengok sahaja pagi ini. Dia celik aje mata, benda yang pertama dia lihat adalah wajah berseri Yasmeen yang basah dengan kesan wudhu'. Yasmeen mengajaknya untuk bangun menghidupkan malam. Walaupun masa tinggal setengah jam lagi sebelum menginjak ke waktu Subuh. Okey apa?

Dah habis qiyamullail bersama, baru aje dia nak tidur sekejap, azan Subuh dah kedengaran. Terus dia dipaksa Yasmeen untuk ke Surau. Bila diberi alasan mengantuk, laju aje mulut kecil itu membebel.

"Masa duduk serumah dengan abi, umi, mama, papa, mengantuk macam mana pun pergi surau juga! Ini... dah pindah, ngantuk tak boleh tahan dah? Macam tu, pindah baliklah rumah umi!"

Tu dia! Sekali dengan pakej ugutan! Yaseer yang memang dah impikan untuk hidup berdua dengan Yasmeen dari sejak tawaran mertuanya dahulu, terus ketar lutut dengar ugutan Yasmeen.

Rugi lah kalau pindah semula ke rumah umi abi, mahupun mama papa. Tak boleh nak berkelakuan bebas nanti. Semua nak kena cover. Tak syok! Yasmeen mungkin syok lah. Dia, tak sanggup!

Dah balik surau, buka pintu rumah, pasti dan pasti yang mula-mula sekali dia akan nampak adalah Yasmeen yang sedang vakum rumah mereka. Rajin tak rajin? Itu pun kerja terakhir dia sebelum pergi siapkan sarapan.

Sebab tu lah, dia tabik dengan makhluk Allah bernama perempuan ini. Macam-macam dia boleh buat. My kind of super woman!

"Meh, aku tolong sambung." Entah apa yang merasuk Yaseer, dia pergi menyerah diri menolong Yasmeen. Selalunya dia akan duduk tengok aje Yasmeen. Sambil tu cuba menggoda. Tapi selalunya godaan dia tak menjadi.

Ceh. Yasmeen hati batu.

Yasmeen yang dengar kata-kata Yaseer, terus berkerut dahi. Tak sempat dia nak buka mulut menyindir, Yaseer terlebih dahulu rampas perlahan vakum yang dipegang Yasmeen.

"Awak sihat ke tak?" Soal Yasmeen kepada Yaseer yang mula menyambung vakum.

Dahi dan leher Yaseer dipegang, mahu cek suhu.

Yaseer senyum. Dah dapat agak itu yang akan dikatakan Yasmeen.

"Sihat, honey hon." Jawab Yaseer.

Yasmeen garu dahi. Makin pelik dengan Yaseer. Senyum-senyum pula dia.

"Mesti ada benda tak kena ni. Bagitahu cepat! Awak buat salah apa?" Soal Yasmeen sambil mencekak pinggang.

Yaseer senyum lagi dan pandangan dihalakan kepada Yasmeen.

"Takde buat salah. Aku nak tolong. Kesian kat kau."

Yasmeen pandang Yaseer atas bawah pula kali ini.

"Pelik. Selalunya tak macam ni." Gumaman Yasmeen perlahan bagaimana pun sampai ke pendengaran Yaseer.

Terus vakum dimatikan dan terus tangan naik menarik lembut telinga Yasmeen. Yasmeen terkejut. Terus dia berkerut muka sambil sentuh sama telinganya yang ditarik Yaseer.

"Apa ni?"

Senyuman diukir.

"Aku nak tolong pun pelik ke?"

Yasmeen geleng. Sambil itu muka berkerut teruk dan tangan cuba merungkaikan tarikan Yaseer pada telinganya.

"Lepas lah! Saya nak buat sarapan awak!" Kata Yasmeen. Tangan Yaseer dipukul-pukul.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now