B85

5.5K 631 43
                                    

AIR liur ditelan payah. Nafas pun terasa sudah tidak teratur. Dadanya sesak dengan berbagai rasa. Kaki terasa lemah, tidak mampu menampung berat badannya sendiri. Fikirannya pula kosong. Yaseer betul-betul rasa dunianya kosong sekarang. Bagaimana dia nak jalankan kehidupan selepas ini? Tanpa ada Yasmeen di sisi? Mampukah dia?

Persoalan yang timbul dalam fikirannya itu dijawab terus dengan gelengan kecil yang makin lama menjadi gelengan laju. Sungguh dia tak dapat nak cerna apa yang sudah berlaku sekarang terhadap Yasmeen.

Koma.

Ya. Isteri kesayangannya, Nura Yasmeen sedang terlantar koma di hospital.

"Isteri encik mengalami hentakan yang sangat kuat di bahagian belakang kepalanya. Mujur ia tidak terkena pada urat yang ada pada belakang leher. Kalau tidak, mungkin isteri encik tidak dapat diselamatkan lagi."

Yaseer raup wajahnya kasar. Air mata mula keluar sedikit demi sedikit membasahi pipinya. Tak dapat nak berdiri lagi bila kata-kata Doktor Faiz berulang-ulang seperti kaset rosak dalam kepalanya. Terus dia labuhkan duduk di bangku berhadapan dengan wad Yasmeen.

"Yas... Yasmeen... Yasmeen dekat hospital. She's critical, Yas."

Rambut diramas dengan badan yang dah membongkok separuh. Tidak rasa langsung dia hendak lap air matanya yang makin berjujuran jatuh.

"Dia tak masuk kafe. Laila telefon pun dia tak angkat. Jadi, Laila pergi rumah korang sebab dia rasa tak sedap hati."

Yaseer tutup mata rapat-rapat. Tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan Yasmeen saat Laila menemuinya di rumah. Menurut kata Nuqman, Laila jumpa Yasmeen dalam keadaan Yasmeen sudah tidak sedarkan diri dengan kepala berlumuran darah serta pipi yang bengkak seperti ditampar.

Menurut Nuqman juga, Laila hampir pengsan melihat keadaan Yasmeen. Bayangkan kalau dia ada di situ. Tak tahu lah apa reaksi dia. Yang pasti pasti fikirannya kosong tak tahu nak berbuat apa.

"Siapa... siapa?" Tanya Yaseer. Dada yang terasa sesak ditepuk perlahan. Dia mahu jumpa Yasmeen, mahu lihat keadaan isterinya itu, tapi dia tak kuat. Tak kuat melihat kakunya tubuh Yasmeen terlantar di atas katil sahaja.

"Kami sudah berjaya keluarkan ketulan darah beku yang terkumpul di bahagian kepala isteri encik. Tapi, isteri encik..."

"Koma... tak sedarkan diri... macam mana aku nak handle ni, Tuhan?" Mata dipejam rapat sambil bibir bawah digigit kuat. Tak kesah jika ianya mengeluarkan darah sekalipun. Mungkin takkan rasa sakit kerana sakit lagi keadaan hati dan perasaannya sekarang.

Kepala dirapatkan pada lutut sendiri. Dia menangis di situ. Tak endah dengan pandangan yang lain. Apa mereka tahu? Mereka tak rasa seperti yang dia rasa.

"Yasmeen. My honey hon..."

Terasa bahunya disentuh oleh sepasang tangan, namun Yaseer tidak rasa hendak tegakkan badan dan menyapa pemilik tangan itu. Dia mahu sapa Yasmeen dan mahu sapaannya berbalas.

"Yas..." Suara Puan Yusnita menyapa gegendang telinganya. Dan terus, badannya ditegakkan. Dengan wajah yang basah dengan air mata sendiri, Yaseer halakan pandangan pada mamanya.

"Ma..."

Memang dia tak jumpa sesiapa pun lagi. Masa berlari ke sini pun, tiada siapa menunggu Yasmeen di dalam mahupun di luar wad isterinya itu.

"Ya, Yas." Puan Yusnita halakan pandangan simpati kepada Yaseer. Diusap lembut bahu si anak dengan harapan ia dapat memberikan Yaseer sedikit kekuatan.

Yaseer geleng. Air mata makin jatuh.

"Ma, Meen... Meen, ma." Adu Yaseer persis anak kecil. Peduli lah imejnya sebagai lelaki dewasa sekarang! Bila berhadapan dengan mama, mana mungkin dia dapat jadi lelaki dewasa.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now