B38

5.8K 615 26
                                    

YASMEEN khusyuk dengan lukisannya. Tak pandang kiri kanan langsung walaupun dia tahu ada beberapa pasang mata yang sedang memandangnya tika itu. Pelanggannya, semestinya. Dia pun sudah biasa dengan keadaan begini sejak Art Cafe miliknya dan Laila beroperasi lebih kurang dua bulan yang lalu. Dia urus bahagian Art dan Laila urus bahagian Cafe.

Alhamdulillah, sambutan pada mulanya lebih tertumpu kepada menu yang disediakan mereka, iaitu Street Food. Yasmeen yang mulanya nak tunggu orang datang daftar untuk Kelas Seni yang dianjurkannya naik bosan pula sebabnya memang takde siapa yang datang! Huh!

Tapi, Nuqman bijak memberi cadangan bila dia luahkan masalah yang satu itu. Apa kes nama Art Cafe tapi takde siapa pun nak ke Art?

"Apa kata kau buat macam pelukis jalanan tu? Kau tunjukkan apa yang kau belajar kat kolej tu depan orang ramai."

Yasmeen pada mulanya macam, "Tak nak lah! Malu!" tapi Laila dan Nuqman paksa juga. Dan paksaan mereka terhadap Yasmeen itu berjaya sebab ramai pelanggan yang tertarik.

Dan disebabkan cara itu lebih menarik perhatian pelanggan, Yasmeen teruskan sahaja konsep 'pelukis jalanan' dan Kelas Seninya terkubur buat seketika. Manalah tahu nanti ada juga yang nak datang belajar, kan?

Laila senyum sahaja melihat Yasmeen yang dapat curahkan minatnya dengan melukis kepada setiap pelanggan mereka. Pelanggan pun macam-macam permintaan! Nak minta lukis bunga lah, pemandangan lah, muka sendirilah. Yasmeen pun ikut sahaja. Dan semestinya, bagi setiap lukisan ada bayarannya. Hanya RM20 untuk setiap khidmat yang diambil Yasmeen.

"Okey, dah siap!" Yasmeen bergerak ke meja pelanggan yang mengambil khidmat lukisannya tadi. Dengan senyuman lebar dan puas, dia tunjukkan hasil lukisannya.

"Wah, cantiknya! Memang sebiji dengan apa yang ada dalam gambar!" Penuh teruja pelanggan itu melihat hasil lukisan Yasmeen.

"Terima kasih. Saya bungkuskan. Cik boleh ambil dan bayar di kaunter, ya?" Kata Yasmeen penuh ramah. Lukisan bertukar tangan dan Yasmeen bergerak masuk ke dalam pejabat kecil mereka untuk membungkus lukisan tadi. Sudah siap, dia keluar.

"Laila... Choclate Ice satu. Aku haus seh." Yasmeen memesan minuman sebelum dia terbaring lesu di sebuah meja. Apa? Ingat melukis tidak penat ke?

Tak lama menunggu, Chocolate Ice sudah siap. Servis mereka tip top tau! Yasmeen tanpa lengah sedut minuman kegemarannya itu. Sekali sedut, Chocolate Ice dah berbaki setengah gelas.

"Uish... Penat betul melukis." Tegur Laila. Yasmeen yang dah menyandar pada dinding dengan muka mengantuknya dipandang.

"Penatlah. Penat otak. Nak kena fokus betul-betul." Balas Yasmeen.

"Tapi, kau rasa kepuasan kan? Kira berbaloi lah penat kau tu." Ujar Laila, memujuk dalam diam.

Yasmeen tarik sengih. Suasana kembali sepi. Peluang itu, Yasmeen ambil dengan melihat segenap ruang kafe mereka. Tenang aje sebabnya semua putih. Meja aje warna coklat kayu. Mural di dinding yang berwarna pastel menambahkan lagi rasa tenang itu.

"Tak sangka, dah tiga bulan bisnes kita ni beroperasi." Yasmeen pecahkan kesunyian di antaranya dan Laila.

Laila hanya angguk.

"Tapi, yang aku peliknya, takde pulak Nuqman datang ek sejak kita punya kafe ni buka? Mana mamat tu pergi?" Soal Yasmeen kehairanan. Laila dipandang tanda dia mahukan jawapan.

"Entah. Aku dah banyak kali ajak. Dia kata nantilah. Bila nanti dia tu nak habis aku pun tak tahu. Yas pun tak datang jugak." Laila kerling Yasmeen sedikit bila dia sebut nama Yaseer.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now