B8

6.8K 700 15
                                    

NURA YASMEEN, atau kata Yaseer 'Budak Banyak Makan'. Sebab tu lah sekarang, jam 8:24 malam, Yasmeen kembali ke meja dan di hadapannya ada sepinggan penuh popiah basah. Hasil tangkapan di bazaar ditemani Puan Zulin dan Yazeed petang tadi.

Menggeleng Puan Zulin yang baru masuk ke dapur apabila pandangannya jatuh pada Yasmeen yang sedang bersila di atas kerusi makan.

"Makan lagi?"

Yasmeen menoleh sambil sengih. Kunyahan ditelan sebelum dia mulakan bicara dengan Puan Zulin yang sedang membancuh susu Yazeed.

"Sedap sangat. Tadi, masa Meen tengah tadarrus, terbayang-bayang popiah basah ni."

Puan Zulin tarik senyum.

"Sedap, makanlah. Jangan jadikan alasan tak nak pergi terawih pula nanti." Botol susu Yazeed digoncang perlahan.

Yasmeen sengih seraya menggeleng.

"Meen pergi punya. Kalau tak pergi. Tu..." Berhenti sekejap. Air diteguk perlahan. "Pengawas tak cukup kat sekolah tu membebel." Sambung Yasmeen.

Puan Zulin mengerutkan dahi. Rasanya ini pertama kali dia dengar gelaran seperti ini daripada Yasmeen.

"Pengawas tak cukup kat sekolah?"

Yasmeen angguk. Dia gigit suku popiah basah.

"Siapa?"

"Yaseer lah. Siapa lagi." Jawab Yasmeen bosan. Apalah... takkan itu pun tak cam?

Puan Zulin gelak kecil. "Lah... nama baru ke? Masa tu tak silap umi, Meen gelarkan dia 'Budak Terlebih Hormon Tua'. Ni, lain pula?"

Yasmeen senyum sinis.

"Yaseer mana cukup dengan satu gelaran aje. Kenalah banyak, umi. Baru syiok menyebut!" Ibu jari diangkat tinggi sambil bibir tarik senyum sinis.

'Dapat tahu ke dia... naya aku!'

Puan Zulin senyum. Dia berdiri di sebelah Yasmeen dan badannya ditunduk sedikit. Yasmeen pelik bila tiba-tiba Puan Zulin buat gaya hendak berbisik. Apa kes?

"Gelaran 'Cinta Tersimpan Jauh di Sudut Hati' ada?"

"Uhuk! Uhuk!" Tersembur terus popiah basah yang baru aje selamat mendarat masuk ke dalam mulut. Dah membazir.

"Hahaha!" Puan Zulin gelak jahat. Menyakat anak gadisnya yang seorang ini memang seronok.

Yasmeen teguk air dengan wajah yang berkerut tidak puas hati. Merah sikit pun ada sebab malu.

"Umi! Apa tu? Merepek!" Menggeleng laju kepala Yasmeen. Geli pula dia dengar gelaran Yaseer yang direka Puan Zulin tadi. Tak disangkallah dia suka Yaseer, crush 5 tahun dia tu. Tapi, dia tak adalah nak gedik sangat bubuh nama-nama gitu.

"Sangat ewww." Sambung Yasmeen. Mulut dilap bagi bersih. Popiah yang keluar macam serpihan bom yang meletup dari mulutnya dibersihkan.

Puan Zulin. Dia menyondol lembut bahu Yasmeen.

"Ewww tu lah yang Meen suka." Dan Puan Zulin berlalu pergi. Macam dia tak tahu aje rahsia hati si anak. Hehehe. DNA penyiasat Yasmeen ambil daripada dia okey!

"Tak lah umi!" Menjerit sikit Yasmeen dengan nada tak puas hati. Makin tak puas hati bila dengar suara tawa Puan Zulin yang dah ada di tingkat atas rumah.

'Merepek! Tapi, umi tahu ke?'

Yasmeen berfikir seketika sebelum bahu dijongket perlahan. Malas mahu ambil tahu sama ada Puan Zulin tahu atau tidak. Kalau umi mahu menyakat, acah move on aje lah. Senang.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now