B9

6.5K 667 11
                                    

DAHI yang tidak gatal digaru. Penat dah dia terjenguk-jenguk memandang luar, nak menunjukkan lama dah dia buat perbuatan yang memang takkan memanjangkan lehernya langsung. Tapi, batang tubuh lelaki yang sedang duduk di meja bulat sambil bermain telefon, tidak juga mahu pergi.

"Dia ni tak pergi terawih ke?" Soal Laila.

Dina yang sedari tadi duduk di hadapan TV, menonton filem Taiwan lakonan Darren Wang menoleh dengan menyampah kepada Laila.

"Kak ngah... Kau pergi ajelah. Yang kau terjenguk-jenguk kat situ nak dekat setengah jam buat apa?" Tegur Dina. Rambut separas dadanya disentuh rimas.

Laila menoleh lalu mencebik.

"Dia nak ajak aku terawih kau tahu tak?" Beritahu Laila. Kepala kembali menjenguk ke meja bulat dan Nuqman masih di situ. Mentang-mentanglah orang kat sini semua dah tahu yang dia dan Nuqman berkawan baik, selamba badak aje lepak lama-lama kat situ.

"Dah tu? Pergi ajelah."

Laila menyampah.

"Kau memang takde kesedaran. Dah puasa yang kelima dan kau cakap macam tak tahu aku tengah period!" Sebal Laila dengan perangai Dina.

Dina jongket bahu.

"Bagi aje lah tahu kau period. Senang. Tak payah lah abang ngah tunggu lama-lama kat situ." Dina berkata selamba. Darren Wang yang kacak ditatapnya semula.

Mata Laila membulat mendengar gelaran Nuqman yang baru disebut Dina. Terus dia menghampiri Dina dan bahu gadis itu dipukul kuat. Mengaduh tak mengaduh, ada Laila kisah.

"Abang ngah pasu kau!" Tak elok main kepala. Jadi tukarkan aje perkataan kepala dengan apa-apa perkataan.

Dina menjeling tak puas hati sambil menggosok bahunya yang pedih. Malas mahu membalas sebab nak merajuk.

Laila cebik melihat tingkah bisu Dina.

"Sikit, sikit merajuk."

Dina buat derk. Sakit di hati itu lebih lagi kamu tahu enggak?

Malas memujuk, Laila kembali menjenguk. Mengeluh lagi bila Nuqman masih di situ.

Haih... memang tak dapat tidak kena keluar jugalah ni.

Tudung disarung begitu juga dengan cardigan labuhnya. Pintu dibuka dan masa tu Nuqman menoleh. Degup laju sekejap tengok killer smile Nuqman.

'Hensem melebih tak sah.'

Selipar disarung dan Nuqman didekati. Nak bagi alasan apalah kali ni.

"Pahal?" Selamba menyoal Nuqman yang dah berdiri di hadapannya.

"Terawih jom?"

Laila pandang Nuqman sambil garu leher. Masa ni lah leher nak gatal.

"Terawih? Tak lambat sangat ke weh sekarang? Aku solat kat rumah aje lah." Alasan diberikan. Memang tak lah kan dia nak bagitahu hal period dia tu.

Nuqman senyum manis.

"Tak lambat. Awal lagi. Aku kira, selalunya sekarang baru rakaat keempat atau kelima. Jadi, jom lah. Ada lebih kurang 16 rakaat lagi. Tak masuk witir lagi."

Hujah panjang Nuqman membuatkan Laila telan air liur sendiri. Terkebil-kebil matanya memandang Nuqman.

"Err..."

Nuqman jongketkan kening. Acah Ziana Zain.

"Kenapa?"

Laila berdecit.

"Kau pergilah dulu. Nanti aku pergi dengan Dina." Alasan kedua. Bantai ajelah asalkan dia tak pergi.

Nuqman pandang Laila. Nak senyum juga dia dengan helah Laila. Macam-macam alasan gadis ini beri. Dia pun dah lali nak terima macam tu aje.

"Lol, Laila."

Dahi Laila berkerut. Nuqman dipandang pelik.

"Apasal lol tetiba pulak?"

Nuqman gelak kecil seraya menggeleng perlahan.

"Tak disangkal lagi. Otak kau sangat kreatif."

"Kau merepek apa?" Ayat cover dari Laila sebab dia rasa... Nuqman macam dah tahu aje. Telan air satu kali.

"Susah sangat ke kau nak cakap yang kau period? Tak payah lah otak tu nak bekerja keras keluarkan alasan yang kreatif dan boleh diterima oleh akal aku."

Terkebil-kebil mata Laila yang sudah bulat memandang Nuqman. Muka pun dah terasa panas. Malu! Mana dia nak sorokkan muka sekarang? Nak jadi burung unta boleh?

Nuqman gelak kecil. Gelak kacak juga sebenarnya.

"Ish! Tak payahlah gelak!" Laila geram.

"Kau memang nak kantoikan aku kan? Lepas tu, boleh lah gelakkan aku, kan?" Marah Laila.

Nuqman senyum sinis.

"Bukan nak kantoikan lah. Aku nak tengok banyak mana waktu yang kau nak ambil sebelum kau cakap perkara yang sebenar." Tutur Nuqman. Tangan dibawa masuk ke dalam poket sambil mata memandang Laila.

Laila cebik.

"Blah lah. Ayat macam Bahasa Melayu dapat 90%!"

Nuqman hamburkan tawa.

"Macam-macam lah kau. Ni sampai bila kau off?"

Laila jeling Nuqman.

"Perlu ke tanya?"

"Perlulah. Nanti dah suci, aku dengan Meen dan Yas boleh datang ambil kau. Kita pergi terawih sama-sama naik basikal. Baru syok." Nuqman sengih.

Laila dah malu. Sibuk aje.

"Lima. Mungkin dua hari lagi aku boleh sembahyang semula." Beritahu Laila, acah biasa. Acah tak malu. Dalam hati, ya Allah! Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui.

Nuqman menggangguk faham.

"Okey. Lagi dua hari, aku datang semula. Maksud aku, aku dengan yang lain datang semula."

Laila angguk sambil garu dahi. Mata Nuqman seboleh mungkin dia elak.

"Tak yah malu lah. Normal kan benda ni? Buat chill sudah." Nuqman memujuk dalam pada masa yang sama, berusaha menghilangkan rasa malu Laila.

"Eleh. Eh, dah lah. Pergi. Tak pasal-pasal kau sempat solat 10 rakaat aje nanti, termasuk witir. Pergi." Laila menghalau. Dia dah bergerak ke pagar besar dan selak dibukanya. Lepas tu acah-acah menjadi pelayan di situ.

Nuqman senyum dan turutkan aje kata-kata Laila. Dia menapak keluar dari halaman rumah Laila. Pintu pagar pun dia yang selakkan. Laila tak sempat nak buat.

'Gentleman konon.'

"Nak makanan moreh tak?" Tanya Nuqman. Basikal sudah dinaikinya. Cuma tak dikayuh aje lagi.

"Thanks, but no, thanks." Senyum kecil di situ.

"Orait. Esok cuti. Jumpa petang lah. Kau teman aku pergi bazaar ek?" Pelawa Nuqman. Dia memandang Laila yang sedang berfikir.

"Tengoklah. Aku tak janji." Laila pegang pagar besi dan Nuqman dipandang dengan riak kosong.

"Okey. Kalau jadi, WhatsApp aku. Nanti aku informkan pada Yas dengan Meen."

Laila mengangguk dan Nuqman terus mengayuh pergi.

"Dah, dah lah tu. Abang ngah dah pergi jauh dah tu." Suara Dina menyentakkan lamunan Laila.

Laila geram. Terus dia berlari mendapatkan Dina yang dah berlari masuk ke dalam rumah dengan gelak kuat.

"Abang ngah selipar kau!!!"

Nampaknya, Dina tak serik kena penangan di bahu tadi.

#Pray_for_Putri_Dina

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now