B16

6.1K 643 20
                                    

PEJAM, celik, pejam, celik, tinggal masa seminggu lagi sebelum tibanya Syawal dan berlalunya Ramadhan. Bila dah tinggal seminggu aje lagi ni, faham-fahamlah pelajar sekolah ke mana. Yang pasti bukan ke sekolah lah sebab sekolah dah ditutup bersempena dengan hari raya yang akan tiba nanti.

Nak raya ni, Yasmeen tak sediakan apa-apa persiapan pun lagi untuk menyambutnya. Baju tak beli, kuih tak buat, rumah tak kemas. Haih. Jadi, hari ini Yasmeen tekad untuk membuat kuih raya. Kalau ditangguh-tangguh, tak menjadi pula. Dah ada semangat ni, buat aje.

Resepi biskut raya yang paling mudah dia cari di internet. Scroll, scroll, scroll, jumpa lah sebuah resepi yang menarik bibirnya tersenyum.

Resepi biskut cornflakes madu.

"Uish... macam senang aje nak buat ni?" Tutur Yasmeen bila dia mula membaca resepi yang tertulis di sebuah blog online di internet.

"Okay... let's see ada bahan-bahan tak?" Yasmeen menghafal bahan-bahan biskut itu sepintas lalu sebelum dia menuju ke peti sejuk untuk melihat bahan. Tak cukup peti sejuk, beberapa kabinet yang menyimpan bahan masakan pun dia buka.

"Okey. Yang ada cuma madu." Madu yang dia jumpa di dalam peti sejuk tadi diletakkan di atas meja makan.

"Eh, Meen? Nak buat apa ni?" Puan Zulin yang baru sahaja selesai menunaikan Solat Dhuha bertanya kepada Yasmeen. Tiba-tiba sahaja terpacak di dapur dengan madu atas meja. Tak puasakah anak daranya yang seorang ini?

Yasmeen tarik sengih.

"Nak buat biskut raya."

"Hah?!" Menjerit terkejut sedikit Puan Zulin mendengar balasan jawapan Yasmeen. Dipandang atas, bawah, atas, bawah anak dara sunti di hadapannya ini.

Yasmeen buat muka bosan bila dia dipandang Macam tu. Dah tahu sangat apa maksud pandangan atas bawah Puan Zulin ni.

"Ya, umi. Meen tahu Meen tak pandai masak, tapi, Meen cuba kira okey apa? Daripada Meen tak cuba langsung." Tutur Yasmeen.

Puan Zulin angguk, bersetuju dengan kata-kata Yasmeen.

"Lagipun, nak cuba jugalah makan air tangan hasil sendiri selain maggi." Yasmeen sengih comel.

Puan Zulin gelak kecil.

"So, Meen nak buat biskut raya apa?" Soal Puan Zulin. "Mana tahu umi boleh tolong?"

Yasmeen terus menggeleng laju.

"Takpe, umi. Biar Meen settle kan pasal raya-raya ni semua. Umi jangan risau. Umi duduk goyang kaki aje. Memandangkan Meen cuti, Meen buat semua. Okey?"

"Termasuk masak berbuka?"

Mati terus senyuman semangat Yasmeen bila dengar soalan Puan Zulin. Puan Zulin yang sedang tersenyum dipandang dengan wajah yang masam mencuka.

"Meen kata pasal raya. Berbuka tu puasa lagi."

Puan Zulin ketawa kecil kemudian angguk.

"So, umi tak payah tolonglah buat biskut raya ni?" Soalan Puan Zulin, Yasmeen balas dengan gelengan penuh yakin.

"Serahkan pada anak dara umi yang dah besar ni." Bangga senyuman yang terukir pada bibir Yasmeen.

"Yalah. Bahan tak cukup kan? Meen tunggu umi ambil duit dalam bilik. Meen nak pergi dengan siapa ni?" Soal Puan Zulin. Dia tahu anaknya ini akan pergi dengan basikal sahaja ke 99 Speed Mart yang berdekatan untuk membeli barang. Memang Yasmeen tak suka nak menyusahkan dia dan suami kalau hendak ke kedai runcit moden itu.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now