B31

6.1K 626 30
                                    

YASMEEN masuk ke dalam bilik tidurnya. Beg diletakkan di atas meja terlebih dahulu sebelum dia labuhkan duduk di atas katil. Muka diraup perlahan sambil nafas berat dia helakan. Rasa penat sangat tadi. Luka di tapak tangan yang sudah kering dia pandang. Sekarang baru terasa pedihnya.

"Meen."

Yasmeen menoleh ke arah pintu. Ada Laila dan Nuqman di situ. Yasmeen tahu mereka ekori Yasmeen tadi.

Yasmeen hadiahkan senyum hambar.

"Kau kata kau okey, tapi ni apa?" Laila labuhkan duduk di sebelah Yasmeen. Tangan Yasmeen dibelek. Sesekali pandangan dia lemparkan kepada Nuqman yang sedang menghela nafas lemah.

"Apa dah jadi sebenarnya ni?" Nuqman menyoal. Dia duduk bersila di atas lantai, berhadapan dengan Yasmeen dan Laila.

"Layyin tu dia---"

"Takde apa-apa lah." Yasmeen memotong kata. Laila dihantar isyarat mata, tanda menyuruh Laila tidak bercakap apa-apa. Dia tidak mahu keburukan Layyin tersebar. Mesti gadis itu malu kalau Nuqman, salah seorang pelajar hot di sekolah tahu tentang perangai sebenarnya.

Nuqman berdecit.

"Apa ni tak nak cerita?" Dia merungut tak puas hati.

Yasmeen hanya geleng.

"Alah, biarlah. Takde apa." Yasmeen berkata malas.

Laila pandang Yasmeen. Nampak jelas sangat wajah Yasmeen sedih, penat dan kecewa. Gembira dah habis SPM takde langsung. Ini semua sebab Layyin!

Kasihan Yasmeen.

"Meen, kau boleh nangis. Aku ada kat sini. Nuqman pun ada. Kau boleh bersandar pada kitaorang." Bahu Yasmeen, Laila peluk dari tepi. Diusap perlahan bahu Yasmeen.

Yasmeen gelak kecil.

"Apa barang nak menangis? Lagi-lagi depan korang. Tak macho lah!" Sengaja suara dinadakan ceria. Dia tidak mahu simpati Laila mahupun Nuqman.

"Aku rasa lagi tak macho kalau kau tak nangis. Kau tahu kan kitaorang selalu ada dengan kau. Kitaorang ada." Nuqman pula memujuk. Dia tahu ego Yasmeen tinggi. Sangat tinggi. Dia tahu Yasmeen nak menangis sekarang ni.

Yasmeen gelak kuat. Laila dan Nuqman dipandang dengan senyumannya.

"No lah. Aku okey. Tak nak nangis pun. I'd expected things to become like this." Yasmeen tutur kata dengan tenang. Peha Laila ditepuk perlahan.

Laila pandang Yasmeen, risau.

"Aku ada. Kau boleh nangis." Laila memujuk lagi. Dia tidak mahu bila dia pulang sahaja nanti, Yasmeen hamburkan tangis seorang diri.

Yasmeen gelak.

"Ya Allah... Apa ni suruh orang nangis bila orang tak nak nangis ni?" Bahu Laila ditolak sambil kepala menggeleng kecil.

"Meen..." Nuqman pula bersuara.

"Aku tahu kau tak okey."

"Aku okey. Eh, korang baliklah. Aku nak mandi, aku nak makan dan aku nak tidur. Dah berapa hari aku kurang tidur sebab SPM." Yasmeen dah menghalau. Tak dihiraukan wajah masam dan tak puas hati Laila dan Nuqman.

"Apa ni, Meen?" Laila bertanya tak puas hati.

"Ya Allah, aku okey. Aku okey. Tak payah nak risau sangatlah. Korang balik ek? Lagipun aku nak packing barang sikit sekejap lagi."

Dahi Laila dan Nuqman berkerut.

"Pack barang? Kau nak pergi mana?" Laila dan Nuqman bertanya serentak.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now