B13

6.2K 634 11
                                    

SELASA datang lagi selepas hari Isnin. Dan Selasa ini bersamaan dengan 9 Ramadhan untuk tahun ini, mengikut tahun Hijrah. Duh... Yasmeen rasa lambat betul kali ini nak berlalu pergi. Pejam, celik, pejam, celik, baru 9 Ramadhan. Tapi, kira okey apa. Masa bulan ni lah nak ragut kelebihan yang berlipat ganda. Nak banyak doa. Pintu syurga terbuka untuk 30 hari, dan pintu neraka ditutup juga. Kelebihan lah tu. Jadi, walaupun lambat berlalu, Yasmeen tetap juga tak lepas peluang untuk ragut kelebihan-kelebihan tersebut.

Okey, berbalik kepada hari Selasa semula. Kenapa hari Selasa? Sebab ia selepas hari Isnin dan cuba teka apa jadi hari Selasa ini?

Tet.

Yasmeen. Bangun. Lambat.

Hahaha. Gelakkan sikit untuk dia sebab dengan jayanya nama dia buat kali pertamanya dalam sejarah tahun ini, akan dicatit kerana lambat datang ke sekolah oleh pengawas bertugas.

Daim betul! Tak tahu lah macam mana boleh terlelap atas sejadah lepas Subuh. Sedar-sedar, dengar suara Puan Zulin yang dah membebel panjang sekarang dah 7.02 pagi.

Great. Mandi tak lagi, kemas buku tak lagi. Nasib baik dah gosok uniform sekolah siap-siap.

"Huh!" Yasmeen menghela nafas berat. Basikal baru sahaja siap dirantai dan dikunci. Tengok jam di tangan, waktu PnP dah pun bermula.

"Okey, first subjek hari ni..." Yasmeen cuba ingat semula jadual kelas 5Sains untuk hari Selasa.

"Pendidikan Islam." Terus tarik sengih panjang. Ini sebab dia suka Pendidikan Islam waktu Ramadhan. 25 minit pertama adalah waktu tadarrus di surau. Kemudian, baki 35 minit pula adalah waktu belajar.

"Maknanya, aku tak kena marah dengan Ustazah Rohaya! Yes!!!" Yasmeen dah buat lompatan kegirangan di tempat parking basikal. Tak cukup dengan lompat kecil, tangan pun dia depakan sekali. Dan sekarang, ia nampak seperti lompat Bintang.

"Ehem."

Terhenti terus lompat bintang Yasmeen bila telinganya dehaman satu suara garau.

'Great, Meen. Kau sendiri yang dah malukan diri kau.'

Perlahan-lahan, kepala menoleh untuk melihat siapa yang menegurnya.

'Mak ai... malaikat mana pulak ni?'

Kaku kejap Yasmeen bila lihat wajah seorang pelajar kacak yang tidak jauh daripadanya. Mana tahu pelajar? Sebab dia pakai uniform sekolah.

"Ya?" Dah habis kaku selama 10 saat, Yasmeen menyoal sebab dia ditegur dengan dehaman pendek lelaki itu tadi.

Kening berkerut bila lelaki itu tidak menjawab sebaliknya, lelaki itu memandang terus padanya. Ke... ada something kat belakang Yasmeen sampai tak berkelip lelaki itu memandang.

Yasmeen toleh belakangnya. Tak ada apa melainkan deretan basikal. Oh, dia nampak basikal Yaseer.

'Sikit-sikit Yas. Tolong jangan peka sangat dengan Yas, wahai otak dan hati.'

Yasmeen hela nafas kecil sebelum dia pandang pelajar lelaki tadi semula.

"Ya? Ada apa?"

"Hah?"

Yasmeen senyum sinis sedikit. Antara nampak, tak nampak.

"Awak deham tadi bukan semata-mata nak 'hah' kan saya, kan?" Tanya Yasmeen. Kunci basikal yang dipasang pada satu strip panjang, Yasmeen simpan dalam poket uniform kurung kuning cairnya.

Imbau kembali. Dia adalah pengawas perpustakaan. PSS.

"Oh, tak. Saya nak tanya, pejabat dekat mana ya?" Pelajar lelaki itu bertanya.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now