B98

5.7K 552 33
                                    

WAJAH dalam tenang namun nampak teruja Yasmeen, Yaseer pandang tak lepas. Hatinya ikut turut senang dengan keadaan Yasmeen begini. Dan sumpah, jantungnya tak henti-henti berdegup berbeza rentak sedari mereka di jeti lagi. Entah kenapa, dia rasa seperti jatuh cinta kali pertama dengan Yasmeen. Senyum Yasmeen. Tawa Yasmeen. Semua itu bagai kali pertama dia lihat. Lihat dan terus jatuh cinta. Sudahlah seri Yasmeen lain semacam hari ini.

"Tengok air dia, abang!" Yaseer angguk sahaja bila dengar ajakan Yasmeen. Tak pandang air laut, tapi pandang Yasmeen. Seolah-olah kejernihan air tu ada sepenuhnya pada wajah bujur sirih Yasmeen.

Yasmeen senyum, buat Yaseer tarik senyum juga. Diri dia sekarang ini, dah macam copy cat Yasmeen. Dan dia pasti, mesti ramai penumpang bot ini yang perasan. Tengok sahajalah pasangan di belakangnya ini. Yang perempuan tak habis-habis memuji betapa romantiknya dia kepada si lelaki. Habis cemberut lelaki itu dibuatnya.

Yaseer raup muka dan tundukkan kepala. Sungguh ini gila. Lagi gila daripada waktu mula-mula mereka berhoneymoon di sini kali pertama dahulu. Yaseer rasa semua ini macam kali yang pertama pula.

Haiyo. Terseksa jantung, tersekat nafas, tergoncang perasaan.

Masa menunduk, Yaseer nampak tangan Yasmeen. Entah kenapa jantung berentak lain pula. Air liur ditelan payah. Dan lutut menggigil bila idea menggenggam erat tangan Yasmeen muncul dalam benaknya.

Yaseer jadi gabra. Yasmeen dia curi-curi lihat. Nak tengok line clear atu tidak. Dan masa itu juga, tangan dia dah teragak-agak nak menyentuh tangan Yasmeen.

'Damn, Yas! Sejak bila kau gabra ni?' Yaseer menyoal dalam hati.

Sumpah Yaseer rasa tangan dia berpeluh hebat sekarang. Nampak tak gabra tu macam mana? Padahal sebelum ini, selamba aje dia tarik masuk tangan Yasmeen ke dalam genggamannya.

Yasmeen menoleh dan masa itu juga Yaseer bawa tangannya yang teragak-agak tadi mengusap leher. Dalam hati menyumpah perbuatan sendiri. Apa benda lah...

"Tu... tu kan Pulau Rawa?" Soal Yasmeen. Jelas nada terujanya di situ.

Yaseer pandang hadapan dan jelas bentuk pulau itu dapat dilihatnya. Tulisan RAWA yang ada pada dinding pulau itu pun, Yaseer nampak. Nak dekat sampai lah tu. Mungkin lagi sepuluh minit aje lagi.

Yasmeen menoleh semula memandang laut dan memandang pemandangan di hadapannya. Dan Yaseer, dia kembali semula memandang tangan Yasmeen.

Tangan kembali teragak-agak bergerak. Dah hulur, tarik semula. Nak sentuh dah, tarik semula. Sumpah dia berdebar macam ini kali pertama pula.

Dalam dia sedang 'berusaha' itu, terasa bahunya dicuit perlahan dari arah belakang. Terus menoleh Yaseer dibuatnya. Nak tengok, siapa yang ganggu 'usaha' dia sekarang ini.

Bro tempat duduk belakang.

Berkerut dahi Yaseer bila nampak senyuman mengejek bro itu. Okey. Apa pasal pulak mamat ni? Tak habis merajuk dengan pasangan dia lagi ke?

Yaseer nampak lelaki itu mendekat, semacam hendak berbisik. Makin pelik Yaseer dibuatnya. Nak menjauh, tapi lelaki itu pantas menghalang dan menggamitnya supaya mendekat. Okey. Nak ajak jadi geng kunyit ke apa? Nauzubillah!

"Tak payah takut-takut. Genggam aje tangan dia." Mendengarkan bisikan lelaki itu, perlahan-lahan Yaseer rasa pipinya berbahang. Damn! Abang tu nampak! Walaweh! Malu gua kata!

"Kau nak pegang tangan aje. Bukan nak kiss pun! Kalau kiss aku faham lah!" Sambung lelaki itu, masih dengan nada berbisik. Sebelum dia menjauh, sempat juga bahunya ditepuk dua tiga kali. Konon bagi semangat mungkin.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now