B19

5.9K 640 23
                                    

SUMPAH riuh meja makan panjang ini bila empat keluarga berkumpul sekali. Keluarga Yasmeen, keluarga Yaseer, keluarga Laila dan keluarga Nuqman. Memang menyumbang kepada keriuhan restoran yang mereka kunjungi ini. Sudahlah memang ramai pengunjung yang datang untuk iftar sekali. Tahanlah telinga. Adat perut penuh sudah.

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut senang hati!

Tak perlu fikir benda lain.

Yasmeen ambil tempat duduk bersebelahan dengan Laila. Yazeed dibawa duduk sekali supaya Puan Zulin dan Encik Zulkifli senang untuk berbuka puasa. Lagipun, biar aje dia yang jaga sebab sepanjang sesi membeli-belah tadi, Yazeed dengan Puan Zulin dan Encik Zulkifli sahaja. Tukar shif lah senang kata.

"Ba... ba... ba..." Yazeed yang tiba-tiba riuh menarik perhatian Yasmeen. Adiknya yang sibuk melompat-lompat di atas kerusi bayi sambil mulut bising mengekek ketawa dipandang.

"Hei, kenapa ni?" Soal Yasmeen. Matanya melihat tempat arah pandang Yazeed dan tahulah dia kenapa Yazeed eksaited semacam.

"Abang Yas." Ucap Yasmeen sambil pipi tembam Yazeed dicuit berkali-kali.

Yazeed gelak.

Yasmeen geleng kepala. Yaseer yang seronok melayan Yazeed dari tempat duduk berhadapan dengannya dipandang.

"Kau ni... mandrem apa kat adik aku sampai eksaited dia bila nampak kau?" Tak puas hati dan cemburu sebab Yaseer dapat perhatian Yazeed dan Yazeed ambil perhatian Yaseer daripada dia.

Eh?

Yaseer hambur gelak kacak.

'Okay. Aku dah tahu mandrem apa yang kau guna. Aku pun eksaited.'

Pandangan dialihkan. Takut kalau pandang lama-lama, jatuh teroks lagi. Dah lah dia sorang aje yang suka Yaseer. Yaseer suka Layyin.

"Yazeed!" Agah Yaseer. Buku menu yang baru sampai digunakan untuk bermain boo-chak dengan Yazeed. Makin galak budak kecil tu.

"Amboi,  sukanya!" Laila yang baru tiba dari tandas menegur Yazeed yang sedang seronok mengekek ketawa. Pipi tembam itu dicuitnya.

"Pergi mana?" Nuqman yang sedari tadi diam dengan telefon bertanya kepada Laila yang baru tiba.

Yasmeen pandang Nuqman, lepas tu pandang Laila.

'Aku rasa, Nuqman ni pun suka lah dekat Laila.' DNA detektif mula keluar dari dirinya. Nak kena siasat nanti ni!

"Tandas. Eh, dah order ke?" Tanya Laila. Buku menu yang ada di hadapan Nuqman ditarik menghampirinya.

"Elders yang order. Kita order air aje." Balas Yasmeen.

"Oh..." Laila mengangguk. Bahagian minuman dia buka dan dengan diam dia memilih minumannya nanti.

"Meen." Encik Zulkifli yang memanggil.

"Nak air apa?" Soalnya kemudian.

"Emmm... bagi tembikai laici satu."

"Dua." Yaseer yang bersuara dipandang. Lelaki itu sedang memandangnya juga tanpa riak.

"Tembikai laici dua. Laila, Nuqman? Yang lain...? Dina, Farhah? Yusrah, Yatee? Order air kat abang ni." Encik Zulkifli bersuara. Diarahnya pelayan untuk menghampiri mereka agar order dapat diambil.

Yasmeen hanya diam bila mereka diambil order. Yazeed di sebelah dilayan dengan senyuman. Dan tiba-tiba telefonnya berdering kuat, menarik perhatian beberapa orang di sekeliling. Maksud beberapa orang di sini ialah Laila, Yaseer dan Nuqman. Semua sibuk nak tahu siapa yang call waktu nak dekat berbuka ni.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now