B94

5.6K 475 20
                                    

SEPERTI yang Yaseer janjikan. Mereka akan bergerak pergi ke Art Cafe pada hari ini. Kata Yaseer, dia mahu Yasmeen luangkan masa-masanya di situ kerana itu adalah tempat kegemaran Yasmeen. Art Cafe dia kan? Jadi, mungkin sedikit sebanyak memori Yasmeen akan pulang. Mereka ikhtiar, sambil itu tak lupa juga untuk berdoa.

Saat Yasmeen menapak masuk ke dalam Art Cafe itu, sungguh dia rasa lain macam. Dia rasa perasaan rindu yang bersangatan dengan kafe berwarna pastel itu. Walhal, ini baru kali pertama dia datang selepas pulang dari hospital beberapa hari yang lalu.

"Meen! Ya Allah! Kau datang?" Yasmeen pandang kaunter bila dengar suara Laila yang teruja. Dia senyum bila nampak Laila dah berlari anak mendapatkan dia.

"Welcome back, my artist!" Laila dakap erat tubuh Yasmeen. Rindu dia bergunung tinggi. Seminggu ini, dia memang sibuk uruskan kafe memandangkan kafe ini makin terkenal.

Yasmeen hanya senyum sebelum pelukan dileraikan.

"Kenapa datang tak bagitahu?" Laila menyoal sambil pandang Yasmeen dan Yaseer bergilir-gilir. Senyum dia memang tak lekang dari bibir.

Yaseer senyum senget. "Surprise?"

Mendengarkan jawapan itu, Laila mencebik. Menyampah sangat! Yasmeen yang masih pandang sekeliling kafe dia pandang.

"Ha! Kalau kau nak tahu, inilah kafe kita yang aku ceritakan tu! Cantikkan? Semua ini,melainkan dapur dengan kaunter, kau yang pilih tau interior design dia." Cerita Laila. Dia bagitahu lah memandangkan Yasmeen tak ingat apa-apa.

Yasmeen hanya angguk. Suka? Mestilah! Rindu dia yang tak pasti kenapa dah membuak-buak hebat. Lagi-lagi bila nampak satu bilik kaca yang sedikit penuh dengan barang-barang lukisan.

"Itu bilik apa?" Tanya Yasmeen. Entah kenapa dia rasa sebak semacam. Gembira pun ada bila tengok bilik kaca itu.

Laila dan Yaseer saling berpandangan sebelum mereka sama-sama pandang bilik kerja Yasmeen itu.

"It's your work room, ayang." Yaseer memberitahu sambil bahu mengusap lembut bahu Yasmeen yang dia peluk dari tepi. Dia nampak perasaan sebak Yasmeen. Mungkin hati kecil gadis itu merasai sesuatu. Entah.

"My work room?" Laila dipandang meminta kepastian dan bersungguh Laila angguk sebagai jawapan.

"Ini kan art cafe? Aku chef kafe ni, dan kau artist kafe ni. While aku masak kat dapur, kau mesti sibuk siapkan lukisan-lukisan tempahan dalam bilik kaca tu." Yasmeen khusyuk mendengar. Dan tika dia mendengar itu, entah kenapa samar-samar bayangan dia melukis di dalam bilik itu muncul. Lukisan bunga merah. Samar-samar ia datang sebelum ia hilang terus.

Apa ni? Bayangan apa tu?

"Asalnya, kau nak buka kelas seni. Mengajar. Tapi, tak mendapat sambutan sangat. Last-last, Nuqman cadangkan kau buat macam street artist buat. Melukis pastu jual." Laila beritahu lagi.

Dan sumpah, suara Nuqman yang mencadangkan itu seperti kata Laila tadi terngiang-ngiang dalam kepalanya. Yasmeen bingung.

"So... it's work. Kau dapat teruskan bakat kau, dan aku dapat teruskan bakat aku." Laila senyum. Dia pandang Yasmeen yang tak lepas memandang bilik kaca itu.

"Ayang?" Yaseer menegur bila dia perasan Yasmeen senyap sahaja.

Yasmeen pandang Yaseer. "Ya?"

"Are you okay?" Soal Yaseer, sedikit risau. Apasal muka Yasmeen macam nak menangis ni?

Yasmeen senyum. Suara Nuqman yang seakan-akan berdengung di telinganya tadi dah hilang entah ke mana. Mungkin itu kah memori dua puluh satu dia?

Entah.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now