B50

7.1K 731 38
                                    

"APA ni?" Soal Yaseer kebingungan. Mata jatuh pada kotak-kotak bermacam-macam saiz yang berbalut cantik. Punggung dihenyakkan di atas katil, sambil mata tidak lepas memandang. Bilik Yasmeen dah serupa bilik stor rumahnya!

Yasmeen sengih dan dia kembali ambil tempat di atas lantai. Yaseer dipandang polos.

"Hadiah kahwin." Balas Yasmeen pendek. Mata tertacap pada setiap kotak yang terang-terangan ada tertulis 'YASMEEN&UMAR'. Wajah Yaseer tak dipandang langsung.

Kening Yaseer terjongket sedikit mendengar balasan Yasmeen. Terus mata membaca juga. 'YASMEEN&UMAR'.

Cemburu datang tiba-tiba.

"Orang hantar?" Soal Yaseer, dingin. Dan masing-masing sedar perubahan suara Yaseer.

"Haah. Yang tak dapat hantar, diaorang pos. Yang datang masa tu, umi baru bagitahu pagi tadi." Balas Yasmeen. Mahu berpuluh juga hadiah yabg diterimanya. Baru rasa diri ini agak popular. Hik hik.

Yaseer angguk.

"Pastu, nak buka sama-sama ke?" Soal Yaseer walau sebenarnya bukan itu yang dia mahukan. Bagai mencurahkan garam ke luka! Pedih nanti! Tengok nama 'YASMEEN&UMAR' sahaja dah pedih. Bayangkan nak buka hadiah mereka dan baca kad. Uishh! Tempahan sakit paling 'sedap'!

"Takde maknalah. Saya nak pos semula barang-barang ni pada si pengirim. Hadiah tak jadi kahwin, takkan nak ambil pula?" Balas Yasmeen bersahaja.

Yaseer seperti terdengar sesuatu. Sesuatu yang buat dia jadi geli perut sebab kelakar.

"Apa kau cakap tadi? Saya?" Bibir dah tarik sengih. Macam sopan sangatlah pulak!

Yasmeen menjeling. Dah boleh agak riaksi lelaki ini. Dan sungguh, ianya masih tidak mengecewakan. Masih menjengkelkan seperti dahulu.

"Shut up, man. Umi dan mama dah cuci ak--- saya kaw-kaw tahu tak pagi tadi! Dipaksa dan terpaksa." Nada sebal kedengaran bila Yasmeen memberi jawapan.

Yaseer simpan senyum. Macam best aje gaya sopan tu.

"Ke kau nak aku cakap macam ni? Kalau kau tak redha dengan saya-awak tu, aku boleh aje tukar. Dengan berbesar hati." Yasmeen kenyitkan mata sambil bibir tarik sengih.

Yaseer beriak biasa.

"Aku tak cakap aku tak redha pun."

Mendengarkan jawapan Yaseer, Yasmeen mencebik tanda menyampah. Jadi, dia memang terpaksa dan dipaksa tukar panggilan. Dem!

"Dari pukul berapa buat semua ni?" Soal Yaseer secara langsung mengubah topik kembali kepada asal.

"Tengah hari tadi sebab pagi, saya singgah kafe sekejap." Balas Yasmeen. Tangan mula menulis kembali alamat di ruang yang tersedia.

Yaseer angguk. Jeda antara mereka. Yasmeen dengan kerjanya, dan Yaseer dengan Yasmeen, memandang gadis itu tanpa henti. Entah Yasmeen perasan ataupun tidak, Yaseer tak mahu ambil peduli.

"Meen." Yaseer bersuara perlahan.

"Hmm."

"Kau masih berhubung dengan Umar?" Semerta tangan yang sedang menulis terhenti.

Diam tanpa jawapan sebelum Yasmeen angkat muka pandang Yaseer.

"Kenapa?" Pendek soalan Yasmeen.

"Saje." Pendek juga balasan Yaseer.

Yasmeen alihkan pandangan dan nafas lemah dihembus perlahan. Bibir dikemam rapat, seperti dia akan tahu arah tuju perbualan pada waktu senja hari ini.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now