B51

6.6K 632 26
                                    

MUKA disorokkan di sebalik lengan. Suasana riuh-rendah di dalam kafe langsung tidak diendahkan Yasmeen. Laila yang sedang sibuk 'berperang' di dapur dengan bantuan dua orang pekerja baru mereka juga tidak Yasmeen endahkan. Dia hanya mahu duduk bersendirian di dalam dunianya buat seketika.

Lama dia berkeadaan begitu sebelum dia bangun dari duduknya dan mengatur langkah ke bilik kacanya. Dia mahu meluah perasaan di atas kain kanvas yang masih kosong.

Duduk di atas bangku, berus cat yang sudah dicelup dengan acrylic paint mula dilarikan di atas kain kanvas. Fikiran melayang jauh pada kejadian 2 pagi tadi.

Yaseer. Dia. Umar.

"I'm her husband." Yaseer memberitahu dengan nada selamba. Matanya tak lepas memandang Umar yang jelas terkaku mendengar bait katanya.

Yasmeen menunduk ke bawah. Tak sanggup rasanya nak lihat riak wajah Umar. Pasti wajah lelaki itu menunjukkan 1001 riak negatif.

"Ap--- apa?" Umar cuba bersuara walaupun payah.

Yasmeen yang mendengar dah gigit bibir bawah. Jari-jemarinya yang berada di dalam tautan jemari Yaseer dipandang.

Sekarang, semua dah tersingkap. Statusnya dah tersingkap. Dan tak mungkin rancangan Umar dapat diturutinya walaupun dia bersangatan mahu.

"Aku suami dia. Dan dia isteri aku. Kami dah bernikah secara sah." Yaseer beritahu lagi.

Yasmeen dapat rasakan genggaman erat Yaseer pada jemarinya setiap kali mulut lelaki itu tenang melontar kata.

Umar menggeleng perlahan. Mulutnya dah keluarkan ketawa sinis. Wajah Yaseer dan Yasmeen dipandang silih berganti. Dan setiap kali itu juga, ketawa sinisnya keluar.

"Kau bergurau kan? Yasmeen belum kahwin." Umar bertanya. Yasmeen yang masih menunduk dipandang.

"Kan? Yasmeen..."

Yasmeen angkat muka bila dia dipanggil Umar. Sedaya boleh dia tahan air mata yang mahu mengalir jatuh.

"No, Umar. Saya betul-betul dah berkahwin dengan Yaseer." Beritahu Yasmeen. Dia lepaskan tautan jari mereka dan cincin emas yang tersarung cantik pada jari manisnya ditayangkan kepada Umar.

Umar terpana. Dia lihat tangan Yasmeen yang masih berinai merah. Dia lihat cincin yang tersarung cantik di jari manis gadis itu. Dan dia lihat Yaseer genggam erat tangan gadis itu semula.

Dan setiap kali itu, hatinya retak seribu.

"Tak, awak tak kahwin. Awak janji awak akan tunggu saya tempoh hari, Yasmeen. Awak dah janji!" Suara Umar sedikit meninggi. Dia genggam erat pagar di hadapannya. Kalau tidak berkunci, pasti dan pasti dia dah serbu masuk dan peluk gadis kesayangannya itu.

Yasmeen geleng.

"Saya tak janji. Saya cuma kata hmm."

Umar geleng lagi. Rambut diraup kasar, dengan wajah jelas tunjuk wajah tidak percaya.

"No. This can't be happen! You're going to marry me, Nura Yasmeen!" Umar memandang tajam Yasmeen yang berwajah sayu jauh di hadapannya.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now