B12

6.4K 642 11
                                    

6:50 PETANG, Yasmeen ambil keputusan untuk pulang ke rumah. Ada 30 minit waktu berbaki sebelum dia boleh berbuka puasa. Tujuan dia balik tak lain dan tak bukan sebab nak mandi dan tukar baju sebabnya baju kurung pink ni dah berbau asap. Dengan dia-dia sekali dah bau asap. Kalau tak mandi dan tak tukar pakaian, mahu orang tak dapat beza mana asap, mana Yasmeen. Dan untuk mengelakkan perkara itu, pulang dan mandilah.

Yasmeen dah siap mandi. Jam dikerling dan waktu menunjukkan sudah jam 7.15 malam. Tanpa lengah, jubah kosong berwarna kelabu gelap dia sarungkan ke badan. Tudung pula, dia lebih selesa memakai tudung Syria hitam dengan anak tudung berwarna kelabu.

"Haih... dah lari daripada bau asap, kau nak jadi warna asap pula ke, Meen?" Yasmeen mengeluh sendiri. Tapi, biarkan aje. Malas mahu tukar baju. Lagipun, ini ajelah baju yang paling simple yang boleh dia pakai. Nak pergi iftar rumah bakal suami... eh? Maksud dia, rumah jiran aje. Eleh.

Yasmeen pandang tingkap. Oh, tak bertutup lagi. Terus kaki dibawa menghampiri tingkap. Bila selak langsir untuk lihat halaman rumah Yaseer, lain pula yang dia lihat.

Yaseer. Lelaki itu sedang menopang dagu di tingkap biliknya. Yasmeen perasan kening lelaki itu ternaik sikit bila tengok dia.

"Kau tak reti nak pergi khemah ke? Nak berbuka dah ni." Tegur Yasmeen. Tak jadi nak tutup tingkap gelangsar.

Yaseer tarik senyum sinis.

'Sangat charming.'

"And look who's talking." Perli Yaseer.

Yasmeen julingkan mata.

"Aku nak turun lah ni. Tak nampak ke, tingkap belum tutup ni. Cepat turun!" Arah Yasmeen. Dan tanpa sempat dia mendengar balasan Yaseer, tingkap gelangsarnya ditarik dan ditutup kemudian dia kunci.

Yasmeen terus berlari anak keluar dari bilik. Kalau lambat, lambat pula sampai ke rumah Yaseer. Bila lambat sampai, kalau azan dah dilaungkan, lambat pula dia berbuka. Kan sunnahnya cepatkan berbuka bila sudah masuk waktu.

Pagar dikunci dan selipar Crocs disarungkan. Tanpa lengah selepas itu, Yasmeen terus menapak ke rumah sebelah yang tak sampai dua meter pun dari rumahnya.

"Meen, sini!" Yasmeen nampak Laila yang sudah melambai dari bawah khemah.

Laila dihampiri. Senyum Yasmeen bila duduk di sebelah Laila dan Dina.

"Pandai pilih port. Berangin ni!" Yasmeen cuit bahu Laila dan Laila hanya kibaskan hujung tudungnya. Acah-acah flip hair gituw.

"Well, ni Putri Laila. Kerabat diraja walaupun palsu, mana boleh tahan panas. Kipas kena ada!"

Yasmeen mengangguk, iyakan aje.

"Mana umi aku? Aku nak ambil Zeed. Nanti susah pula umi aku nak berbuka." Mata Yasmeen melilau mencari kelibat Puan Zulin dalam kawasan khemah yang dah penuh dengan tetamu ini.

"Berapa ramai pak cik, mak cik jemput ni sampai tenggelam batang tubuh umi aku?" Soal Yasmeen, terkejut dengan keramaian tetamu. Patutlah pasang sampai 2 khemah! Ini pun tak masuk yang dalam rumah lagi!

Mata Laila melilau memandang sekeliling.

"Entah. Ramailah kot. Alah, macam tak biasa dengan pak cik dan mak cik."

Dalam hati, Yasmeen mengiakan. Mama dan papa Yaseer, Puan Yusnita dan Encik Yusuf memang rajin buat majlis makan-makan begini. Dua kali setahun. Sekali untuk iftar, sekali untuk rumah terbuka. Kata mereka, buat begini boleh berkumpul dengan sanak-saudara dan kenalan lama.

Iyalah. Orang mampu, buat ajelah.

"Eh... aku pergi cari umi aku sekejap." Yasmeen meminta diri setelah menerima anggukan kecil daripada Laila.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now