B93

5.5K 542 9
                                    

PAKAIAN kerja Yaseer, Yasmeen bawa keluar dari dalam almari. Begitu juga dengan singlet tidak berlengan milik lelaki itu. Dah hampir seminggu dia 'merasai' kehidupan rumah tangga bersama Yaseer. Kekok? Tipu lah kalau dia kata tidak. Elok-elok jadi kawan dia bergaduh mulut, tiba-tiba nak kena jadi kawan bersopan-santun pula. Sudah lah dia lost zero percent pasal perkahwinan ini semua. Sebab musabab dia boleh berkahwin dengan Yaseer pun masih lagi tergantung sepi dek kerana dia lari masuk bilik pada malam Yaseer ingin bercerita itu. Malu punya pasal.

Pintu bilik air yang dibuka Yaseer membawa pergi lamunan Yasmeen. Terus kaki Yasmeen bergerak menuju ke hujung katil, hendak betulkan cadar dan selimut yang masih belum rapi. Kerja Yaseer mengganggu tadi.

Yaseer yang hanya bertuala dia buat tidak endah. Walaupun dah seminggu pemandangan ini yang dia nampak, rasa debar tu masih lagi ada. Yang Yaseer ini pun satu! Banyak kali dia pesan, bawa singlet sekali masuk biar dada berketak sederhana lelaki itu tidak menyapa terus pandangannya. Tapi, biasalah. Yaseer being Yaseer. Mana nak dengar.

"Dah siapkan sarapan?" Soal Yaseer. Uniform jururawatnya masih belum dia sentuh. Sebaliknya, dia duduk di hujung katil sambil pandang Yasmeen yang sibuk merapikan katil. Tak. Nampak macam buat-buat sibuk aje.

Motif? Tengok pipi merah tu pun dah tahu. Tak tambah lagi dengan gerak tangan yang kekok itu. Ceh. Dah kenal sangat Yasmeen dia ni.

"Belum. Awak keluar nanti saya bakar ajelah roti tu." Balas Yasmeen. Kaki dah melangkah menuju ke bakul baju kotor. Nak cuci baju. Baru dia nak mencapai bakul baju kotor itu, Yaseer terlebih dahulu mengambilnya.

Yasmeen angkat wajah. Dan semerta, mata hanya dia fokus sepenuhnya pada wajah Yaseer sahaja. Tak berani nak tengok bawah.

Yaseer tahan gelak. Itu... tak berani nak tengok badan berketak dia lah ni. Pipi makin merah tu dah bagitahu semuanya.

"Hari ni abang tak nak makan roti bakar. Cepat lapar semula bila kat hospital. Dah lah kena buat rondaan." Yaseer mengadu. Bakul baju kotor itu dia letakkan di belakangnya.

Liur ditelan. Fokus pada wajah! Fokus pada wajah!

"Habis tu nak makan apa? Saya mana reti masak." Beritahu Yasmeen. Seminggu ini, dia acah-acah lah juga. Tapi, tak menjadi masakannya. Sekali hari tu aje tangan dan otak dia ingat skill masakan. Hari seterusnya, delivery atau nasi bungkus. Itu sahaja.

Yaseer tarik senyum senget. Sebelah tangan mencekak pinggang manakala sebelah tangan lagi bertemu dinding, mengepung Yasmeen separuh.

Yasmeen debar lain macam. Okey. Ini kali kedua dia dekat macam ni dengan Yaseer lepas kejadian kat dapur tu. Apasal kejadian ni datang semula?

"Errr..."

"Tak nak cuba ke, yang?" Tanya Yaseer sambil wajah dia rapatkan sedikit je Yasmeen.

Yasmeen mengundur setapak ke belakang sebab belakang dah ada dinding.

"L---lambat dah. Kalau nak c---cuba." Suara makin lama makin perlahan membalas bila wajah Yaseer makin lama makin mendekat.

"Ya ke?" Yaseer berbisik bila jarak mereka hanya terpisah dua inci sahaja. Hidung ni... nak bersentuh dah dengan hidung comel Yasmeen.

Yasmeen angguk dalam debar. Memang tak berani nak bercakap dah. Debar.

Diam. Dan diam ini sangat menyeksakan jantung dan perasaan Yasmeen. Sudahlah Yaseer tilik wajah dia tanpa lepas. Macam tak pernah tengok dia pula. Adoi... janganlah! Kita malu!

"Kalau tak sempat, abang 'makan' dahi ayang boleh?" Soalan Yaseer macam soalan KBAT dah bagi Yasmeen. Macam mana nak bagi jawapan? Soalan pun dia tak faham.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now