B30

6.4K 700 136
                                    

KERTAS terakhir dan yeay! Yasmeen dah boleh campak pencil box dan buku teks ke tepi. Tak payah baca buku dah sebab dah habis SPM! Tak payah nak tulis nota dah sebab dah habis SPM! Tak payah nak sendatkan otak dengan informasi sebab dah habis SPM! Sekarang tinggal part doa dan tawakkal aje. Hehehehe.

Dan, memandangkan dia dan Yaseer dah habis periksa, Laila dan Nuqman buat surprise datang sekolah nak ajak celebrate. Kononnya. Yasmeen appreciate usaha mereka. Best dan teruja Yasmeen dibuatnya. Tapi perasaan tu terus mati bila nampak Layyin terpacak sekali menunggu di hadapan pintu pagar sekali dengan Nuqman dan Laila.

Haih.

Yasmeen pandang Yaseer di sebelahnya. Tak rasa apa-apa bila dia nampak senyuman lebar Yaseer dan lambaian Yaseer kepada Layyin.

"Meen!" Laila dah berlari mendapatkannya. Yasmeen sengih aje. Yaseer, mestilah Layyin yang berlari kepadanya.

"Tahniah dah habis exam!" Lepas Nuqman habis berkata, terus pop-pop dilemparkan ke kaki, buat Yasmeen terlompat-lompat sambil menjerit di situ. Dah macam kera menari Yasmeen di situ.

Semua orang ketawa tengok Yasmeen kecuali Layyin. Of course. Takkan dia nak gelak kan, bila dia nampak Yaseer gelak sebab Yasmeen?

"Nuqman, janganlah!" Yasmeen hentak kaki ke tanah. Dia hampiri Nuqman kemudiannya dan tulang betis Nuqman disepak. Lepaskan kemarahan.

"Sakitlah!" Nuqman menyeringai kesakitan. Pun begitu, senyum tak lepas daripada bibirnya. Suka kot kena sepak.

"Eh, jomlah! Hari ni, aku dengan Nuqman belanja kauorang berdua orang KFC!" Laila berkata dengan teruja. Dia dah terlompat-lompat kecil di sebelah Nuqman.

Nuqman hanya pandang dengan gelengan kecil. Budak-budak sangat Putri Laila ni.

"Serious lah?" Yasmeen dan Yaseer berkata serentak. Dan itu buatkan Layyin tarik muka masam.

Laila dan Nuqman angguk.

"Jom!"

"Eh, tapi sebelum tu aku nak pergi tandas dulu. Yas, kau panggillah Zarith dengan Sara ikut kita sekali. Mesti best ramai-ramai." Yasmeen memberi usul dan usulnya diterima baik oleh semua orang.

Layyin tarik senyum.

"Betul tu. Nanti, Umar dengan Thariq pun datang. Saya ajak dorang join sekali tadi. Ramai-ramai baru meriah." Layyin bersuara dengan nada ceria.

Semua mata tumpu pada Layyin. Hanya Yaseer dan Nuqman sahaja tersenyum manakala Yasmeen dan Laila beriak biasa.

"Ha... apa-apalah. Man, kau lah panggil. Aku nak pergi tandas sekejap. Nanti kita jumpa dekat depan pintu pagar ek?" Yasmeen dah berundur ke belakang. Dia dah tak tahan ni.

"Nak ikut!" Laila mengekori dan kemudian mereka berlari-lari anak ke tandas berdua.

"Aku pergi panggil Zarith dengan Sara kejap. Korang pergilah tunggu depan pagar dulu." Nuqman berlalu pergi tanpa menunggu balasan daripada Yaseer dan Layyin.

Yaseer pandang Layyin yang memandang Nuqman pergi.

"Jom, awak." Kata Yaseer dengan senyuman manis.

"Saya pun nak pergi tandas. Awak pergi dulu, boleh?" Layyin senyum comel.

"Boleh aje untuk awak. Saya pergi dulu ya?" Layyin mengangguk dengan gaya malu sambil melambai kepada Yaseer yang dah bergerak ke pintu pagar sekolah.

Melihat Yaseer pergi, senyuman comel Layyin terus bertukar menjadi senyuman sinis. Arah Yasmeen dan Laila tuju tadi dia pandang.

"Aku akan pastikan rancangan ni berjaya." Dan dia mula bergerak menuju ke tandas juga.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now