B47

7.2K 743 50
                                    

SUBUH menjengah. Dan sumpah, Yasmeen rasa sangat teruk dari semua aspek. Fizikal dan mental. Bila tilik muka di cermin, Yasmeen tak sangka itu dia. Wajah kusamnya kembali malah ianya lebih teruk! Dengan mata sembab, bibir kering, eye bag berlapis-lapis. Haih... mana Nura Yasmeen yang cantik nak on the way pergi masjid semalam?!

Dan mental... of course. Tempoh 1 hari 1 malam masih belum dapat mengubati luka parah di hatinya hatta dengan bantuan sokongan dan nasihat dari orang sekeliling sekali pun. Sedihnya kali ini mungkin agak lama untuk disembuhkan. Yalah... berlaku pada hari yang sepatutnya meraikan senyum tawa dia gembira kut?!

Cuba juga dia pujuk hati bahawa dia bertuah kerana dapat mengahwini crush zaman sekolah dahulu. Tapi, hei hati! Zaman tu dah berlalu. Dia dah move on sehabis mungkin. Perasaan suka hanya sebagai seorang kawan tu dah tak datang semula. Mana mungkin ia boleh kembali dalam tempoh 60 saat, ketika Yaseer mengangkat akad! Suka Yaseer dahulu masa 12 tahun. Ambil masa yang lama kut baru nak timbul perasaan tu.

Huh!

Yasmeen pejamkan mata. Tak mampu dah nak tengok bias wajah sendiri di cermin.

Segera Yasmeen ambil getah rambut yang tersangkut elok pada pergelangan tangannya. Lalu, rambut separas lengannya disanggul gaya messy bun.

Pencuci muka dipicit sedikit pada tangan sebelum dilumur lembut pada wajahnya tatkala ia sudah dicampur dengan sedikit air. Dah habis lumur, wajah dibilas.

Yasmeen angkat muka. Bias wajahnya diperhati sekali lagi. Puas hati sikit bila nampak kulit mukanya lembut dan lembab.

Lip balm diambil dan dioles pada bibirnya sedikit. Cukuplah nampak bibirnya lembab dan bersinar sedikit.

Dah puas hati, walaupun sedikit, Yasmeen keluar dari bilik air. Kain tuala kecil khusus untuk muka yang tersidai elok pada penyangkut Yasmeen ambil. Wajah dan leher yang basah dilap sebelum dia sangkut semula tuala kecil itu di tempatnya.

Yasmeen tarik nafas sebelum dia bergerak ke katil semula. Tubuhnya yang terasa letih, dibaringkan di atas katil yang kosong itu.

Yasmeen pandang pintu.

Entah ke mana Yaseer menghilang. Lepas lelaki itu kejutkan dia untuk solat Subuh -walhal dia tengah 'full moon'- terus dia tak nampak dah ke mana. Tapi masa bangun, dia ada perasan penampilan Yaseer yang sudah siap berbaju melayu.

'Ke masjid mungkin.' Hati membuat kesimpulan ringkas.

Mata jadi mengantuk. Mungkin kerana sedihnya hati dia sekarang. Itu yang cepat sahaja mengantuk. Mahu lari dari realiti menyedihkan ini.

Mata dipejamkan sedang sel-sel otaknya berhubung dengan pantas.

'Kenapa dalam ramai-ramai perempuan, Layyin yang boleh jadi pengantinnya?'

'Memang sengaja atau kebetulan sahaja?'

'Takkanlah perangai dia yang mahu kepada semua lelaki tu tak berhenti lagi kut? Dah besar kan?'

'Yaseer...'

Mata dibuka memandang siling putih yang kosong.

'Kenapa dia yang jadi pengantin lelaki?'

'Atas alasan apa?'

Bibir bawah digigit perlahan.

'Bukan ke dia marah aku lagi? Buktinya langsung tak bertegur sapa melainkan sedikit. Dalam tempoh empat tahun ni, aku rasa tak sampai sepuluh kali kami bersembang. Ke lima kali?'

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now