B41

6K 617 27
                                    

YASMEEN bawa beberapa lukisan yang sudah siap dilukis keluar dari bilik kacanya. Waktu itu, pelanggan tidaklah terlalu ramai. Jadi bolehlah dia gantung lukisan-lukisan yang tidak bertuan itu. Mana tahu ada yang berkenan. Tapi, dia boleh kata apa yang dia buat ini hanya sekadar alasan sahaja. Alasan untuk lihat seorang pelanggan yang buat dia letakkan berus lukisan dia dan keluar acah-acah mahu gantung lukisan.

Pelanggan itu adalah Ahmed Yaseer bin Yusuf.

Ya. Tahniah untuk lelaki yang menyepi selama empat tahun tu dan tiba-tiba muncul selamba di dalam Art Cafe ni untuk kali kedua.

Melalui meja yang diduduki Yaseer dan Nuqman, Yasmeen buat tak endah walhal dalam hati rasa beria nak duduk sekali dalam perbincangan rancak dua sahabat itu. Kalau lah dia tak fikir yang Yaseer mungkin akan berlalu pergi, dah lama dia duduk sekali.

'Haih... Bila lah kau nak bercakap semula dengan aku ni, Yas.' Yasmeen jadi mengeluh sendiri saat dia sibuk menggantung gambar di ruang dinding yang kosong.

Yasmeen tahan hati bila dengar gelak tawa Yaseer.

'Dengan orang lain, boleh gelak. Dengan aku, kau lari.' Yasmeen cebik bibir seraya gambar kedua dia gantung.

"Baik tak payah datang kalau seksa perasaan aku macam ni." Omel Yasmeen perlahan. Kepala dipanggung seketika sebelum dia dongak memandang lukisan sendiri.

4 sahabat.

Itu tajuk yang dia berikan. Sebabnya, sewaktu sedang melukis, fikirannya sarat menayang semula memori zaman sekolah.

Yasmeen jadi sebek tiba-tiba. Berbeza betul dulu dan sekarang. Dulu dekat tak jauh. Sekarang, dekat tapi jauh.

Haih.

Yasmeen helakan nafas sebelum dia pusing badan, hendak menapak masuk ke dalam bilik kacanya. Mahu meluah perasaan di atas kain kanvas. Namun, badan yang sudah dipusingkan kaku tiba-tiba bila menangkap batang tubuh Yaseer di sebuah meja di hadapannya.

Telan air liur bila pandangan mata mereka yang Yasmeen kira bertembung tanpa sengaja masih belum putus.

'Sejak bila pula berubah tempat ni?'

'Mana Nuqman?'

'Kenapa kau pandang aku?'

Pelagai jenis soalan yang muncul di benaknya namun tak terluah di mulutnya. Entah kenapa jadi kaku tiba-tiba.

"Ehem." Sudahnya Yasmeen berdeham, cuba untuk hilangkan kejanggalan yang dia rasa. Tapi bila pandang Yaseer, lelaki itu macam tak rasa apa yang dia rasa.

"Well... This is awkward." Tutur Yasmeen, cukup hanya dia dan Yaseer sahaja yang mendengar.

Yasmeen pandang Yaseer. Muncul satu persoalan.

"Tak benci ke pandang aku lama-lama?" Yasmeen bertanya dari jauh, tak berganjak langsung dari tempatnya tadi. Entahlah. Otak dah set kalau datang mendekat, Yaseer akan menjauh sebab memang itu yang selalu Yaseer buat.

Yaseer diam, tak menjawab.

"Dah tak marah aku?" Soal Yasmeen. Bila dia fikir semula hal 4 tahun lalu, sumpah dia rasa mereka ini bodoh. Bodoh sebab bergaduh atas sebab macam ni. Sebab itu lah dia cuba berbaik semula. Tapi, Yaseer masih dalam kebodohannya.

Sorry, not sorry.

Yaseer sekali diam, tak menjawab. Melihatkan itu, Yasmeen mahu cuba nasib. Nasib apa? Nasib untuk mendekati Yaseer. Kononnya mahu cakap dari hati ke hati. Tiberrr.

Namun, tak sampai tiga langkah dia mara, Yaseer dah angkat punggung dahulu, meninggalkan Yasmeen dengan langkah tak sampainya.

Terkebil-kebil Yasmeen dibuatnya. Okey. Kalau Yaseer bangun, pergi duduk semula di meja dia dan Nuqman tadi okey. Ini tidak! Lelaki itu terus menonong keluar dari Art Cafe tanpa menoleh lagi. Siap pakai helmet awal-awal lagi tu!

Yasmeen hela nafas sinisnya. Mulut menghembus kuat bucu tudung bawalnya. Bibir pula tarik senyuman sinis.

"Sakit tuh di sini, di dalam hatiku!" Tutur Yasmeen dengan tangan yang dah naik mencekak pinggang sendiri.

Yaseer yang dah duduk di atas motorbikenya, bersedia untuk menunggang pergi, Yasmeen pandang.

"Kau ingat aku nak cakap sangat dengan kau ke?! Poyo tu dari dulu sampai sekarang tak berubah pun walaupun muka tu makin hensem!" Luah Yasmeen sendiri, sedikit menjerit. Tak peduli dengan pandangan pengunjung Art Cafe.

"Mengaku dia hensem nampak?" Suara sinis Laila menangkap pendengaran Yasmeen. Segera dia menoleh memandang Laila yang sedang tersengih di kaunter.

"Hensem muka aje tak guna kalau mulut tu penuh dengan 'emas'!" Bebel Yasmeen. Dia melangkah menghampiri Laila. Apron dibuka dan dia hempas kuat di atas meja kaunter.

"Panas hati! Apa aku ni batak sangat nak bersembang dengan dia?"

Laila hamburkan tawa kecil.

"Kau dah tahu dia macam tu dengan kau, yang pergi tegur apa pasal?" Soal Laila. Tangan naik melambai pelanggan yang baru keluar dari Art Cafe.

Yasmeen menjeling Laila.

"Habis yang dia tenung aku apa hal? Bukan nak ajak bersembang ke?" Sindir Yasmeen.

Laila tongkat dagu.

"Dia kan memang macam tu dari dulu."

Jawapan Laila undang kerutan di dahi licin Yasmeen. Tak faham dengan jawapan Laila.

"Apa maksud kau dengan 'memang macam tu dari dulu?'" Soal Yasmeen. Jengkel sedikit dengan senyuman sinis Laila. Lempang laju-laju baru tahu!

"Takkan tak perasan kut?"

"What?" Dua tangan diangkat separas bahu, tanda tidak dapat menangkap maksud tersirat Laila.

"Macam dulu. Bila kau tak pandang dia, dia akan pandang kau. Bila kau sibuk bersembang dan bergurau dengan Nuqman, dia akan pandang kau. Lagi-lagi bila kau gelak. Rasanya kalau tak sebab kau nak menoleh pandang dia, kompem dia sambung pandang kau lagi." Cerita baru yang Laila sampaikan ini buat Yasmeen teguk air liur dan berdebar.

"Kau biar betul? Motif dia pandang macam tu?" Yasmeen menyoal. Masa macam ni lah tiba-tiba nak berdebar. Entah-entah, Laila tipu aje.

Laila angguk.

"Tak percaya?"

Yasmeen pantas mengangguk.

"Kenapa?" Soal Laila.

"Well, we all know macam mana Yaseer suka gila kat Layyin, sampai tak pedulikan perempuan lain kat sekolah tu. Dan kau boleh tanya aku kenapa?" Yasmeen memberi jawapan.

"Well, aku rasa kau aje kot yang tahu benda yang tak betul macam tu. Aku dan Nuqman tak rasa macam tu sebab kitaorang memang selalu nampak dia macam tu."

Yasmeen kerutkan dahi.

"You know... Things like stealing glances to you is a common thing for us to see, back then."

Yasmeen jatuhkan tangan dari kaunter.

"Somehow kitaorang fikir, Layyin atau Yasmeen yang Yas suka sebenarnya?"

Yasmeen berdebar tiba-tiba.

"Man pernah cakap yang Yas ada tanya pasal crush. Tapi, kau tahulah Man hati batu tu. Mana nak tahu. So, dia suruh Yas tanya kau. And guess what?"

Yasmeen pandang Laila.

"What?"

"In the room fulls of people..."

"Kau mesti cari dia dulu..."

Kata-kata dia dahulu terhadap Yaseer menjengah kembali ke kotak memorinya.

"And since then,"

Yasmeen tak tahu tebakannya betul atau tidak. Tapi, dia harap tebakannya ini tak betul.

'Please jangan cakap yang...'

"Kau yang dia cari dulu."

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now