B90

6K 617 8
                                    

BEG pakaian Yasmeen, Yaseer bawa masuk ke dalam bilik tidur mereka. Yasmeen yang sedang terpaku di ruang tamu, dia biarkan sahaja dulu. Biarlah Yasmeen adapt dulu dengan 'realiti' dia sekarang. Yaseer kemudiannya keluar setelah sepuluh minit di dalam bilik tanpa melakukan apa-apa selain mengulang kembali kata-kata Doktor Faiz sebelum dia bawa Yasmeen pulang.

"Encik boleh bantu isteri encik untuk ingatkan zaman 21 dia. Cuma, saya harap encik tidak terlalu memaksa, takut ia akan memberi efek pada otaknya."

Dengan langkah yang disertakan dengan lafaz Bismillah, Yaseer menghampiri Yasmeen yang sedang berdiri di balkoni luar. Penuh berhati-hati Yaseer menuju balkoni. Namun, langkah terus mati bila dia berada betul-betul di hadapan pintu gelangsar.

Yasmeen yang sedang menikmati pemandangan luar itu dia perhati dalam diam. Sisi wajah Yasmeen ditelitinya walaupun tiada sebarang riak yang ditunjukkan Yasmeen.

"Meen." Yaseer memanggil. Badan dia sandarkan pada pintu gelangsar yang sedia terbuka dengan tangan naik berpeluk tubuh.

Yasmeen menoleh bila dia dengar Yaseer memanggil. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak. Hanya nampak kekeliruan sahaja. Itu pun sedikit sahaja yang terpancar pada mata kasar Yaseer.

"Kau okey?"

Jeda. Diam tanpa sebarang soalan. Sungguh, Yasmeen tak dapat nak jawab soalan itu. Okey kah dia bila bangun sahaja dari tidur panjangnya dengan title isteri? Isteri kepada Yaseer pula tu.

"Macam mana pula aku boleh kahwin dengan Yas? Bukan dia dengan Layyin ke?" Soal Yasmeen kehairanan. Laila dipandang penuh soalan.

Laila dan Nuqman berpandangan sesama sendiri. Nafas ditahan seketika sebelum dihembus perlahan. Sabar. Yasmeen back to seventeen, kan?

"Bukan dengan Layyin dah."

"Sejak bila? Cepatnya dorang clash. Baru empat bulan couple kan? Takkan dah clash, kut?" Yasmeen bertanya lagi. Kepala yang tidak gatal, digarunya perlahan.

Tak. Dapat. Brain.

"Dah dia kahwin dengan kau. Takkan nak couple dengan Layyin lagi kut?" Nuqman pula menjawab bila dia lihat Laila kehilangan kata.

Yasmeen diam. Takde langsung apa-apa memori tentang perkahwinanya dan Yaseer dalam ingatannya.

"Macam mana?"

"Dengan akad lah!" Nuqman laju membalas soalan hairan Yasmeen.

Yasmeen buat muka bila dia terima jawapan itu. Takde lah dia bengap sangat sampai tak tahu perkahwinan itu berlaku dengan akad. Apa lah... Janganlah nampak perlekehkan dia sangat!

Laila dengan pantas memukul lengan Nuqman. Geram betul! Orang tengah nak tolong kawan ingat ingatan dia semula, dia boleh pula main-main.

Nuqman sengih.

"Kau kat mana ni Meen? Tahun Yas couple dengan Layyin tu dah berlalu empat tahun lalu tahu tak? Takkan tak ingat?" Nuqman mencuba. Cakap straight aje, takde nak corner sini sana.

Yasmeen menggeleng perlahan. Sedih pula dia rasa sebab dia bukan lagi berusia tujuh belas tahun. Dia dua puluh satu. Dah masuk twenty-series rupanya!

"Haih... aku tak tahu lah." Jawab Yasmeen perlahan. Kepalanya tunduk memandang kaki sendiri. Stress pun ada sebab dia langsung tak ingat apa yang berlaku sekarang.

Yaseer angguk kecil.

"It's okay. We'll find a way. Slow-slow." Pujuk Yaseer. Dia tidak mahu lah perkara ini terlalu membebankan Yasmeen. Satu kerisauan pula bila ada side effect pada Yasmeen nanti.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now