B4

7.8K 838 25
                                    

LAILA berjalan menghampiri rumah Yasmeen. Loceng ditekan dan tidak perlu menunggu lama, Yasmeen sudah buka pintu rumahnya, menyarung selipar dan berlari anak menghampirinya yang sedang berdiri di hadapan pagar rumah. Laila senyum melihat senyuman Yasmeen.

"Kenapa datang malam-malam ni?" Tanya Yasmeen. "Nak pergi mana-mana ke?" Tanyanya lagi apabila lihat Laila dan basikalnya.

Laila angguk. "Aku dipaksa, kau tahu? Nuqman ajak aku pergi terawih."

Yasmeen berkerut pelik.

"Kau dah mandi wajib ke? Bukan baru 2 hari ke kau period?"

Laila buat muka bosan.

"Belumlah. Aku kan period hampir 7 hari. Mamat tu mana tahu aku ni tengah dikunjungi Miss P, jadi dia beria-ia ajak aku. Dari dekat bazaar lagi." Cerita Laila.

Yasmeen gelak kecil. Dapat dia bayangkan bagaimana bagaimana Nuqman memujuk rayu kemudian memaksa Laila untuk turut serta dalam terawih. Kalau tak beria-ia, takdelah Laila terpacak depan rumah dia ni.

"Lepas tu, kau setuju lah? Nak solat macam mana, tuanku?" Yasmeen acah-acah menundukkan badan gaya menyambut kedatangan seorang puteri.

Laila mencebik.

"Aku tak solat lah. Aku tolong buat moreh aje. Abah aku ada bagitahu ada ahli karyah surau buat moreh." Bagitahu Laila.

"Oh..." Yasmeen mengangguk.

"Jom lah. Nanti Nuqman datang sini, naya! Dia kata dia tunggu aku depan pagar surau tau!" Kata Laila sedikit jengkel. Menyampah lah tu kena paksa dek Nuqman.

Yasmeen senyum senget. "Korang ni... ada apa-apa ek? Tadi kat bazaar menghilang dua orang. Aku call, tup tup dah balik berdua dengan Nuqman. Sekarang, plan berdua pulak nak terawih." Yasmeen goyangkan jari telunjukknya di hadapan Laila sambil mata sudah mengecil dan bibir menguntum senyuman nakalnya.

Laila buat muka bosan.

"Takde apa-apa. Tapi, mamat tu biasalah. Dia nak buat ada apa-apa sejak kes aku terima confession Danyal minggu lepas." Beritahu Laila.

Yasmeen gelak.

"Jeles ke Nuqman dengan Danyal sampai nak berlakon kau dengan dia ada apa-apa?" Usik Yasmeen.

Nak tahu sesuatu tak? Laila sebenarnya suka Nuqman. Nuqman... dia tak pasti. Dan Laila, fikir Nura Yasmeen yang ada DNA detektif tak dapat tahulah... hehehe. Silap! Dia perhati aje Laila selama ni. Hahaha! Dan misteri terungkai dan ia betul! Buktinya, diari Laila yang dia terbaca tanpa sengaja. Lepas tu dia diam. Jahat? Tak, okey. Dia terbaca.

Kenapa Laila tak luahkan perasaannya?

Satu, hubungan persahabatan mereka yang terjalin sedari kecil.
Dua, kerana sebuah janji. Sebuah janji yang membuatkan Laila tidak berani meluahkan rasa.

'Kita kawan sampai bila-bila. Janji!'

'Siapa tak kawan sampai bila-bila, kita bukan kawan!'

Termasuklah Yasmeen sendiri.

'Kenapalah janji itu perlu mereka semua berdua buat?' Yasmeen dan Laila masing-masing bertanya pada diri sendiri.

"Manalah aku tahu." Laila berkata perlahan. "Eh, dahlah. Cepatlah siap. Nanti kau dah siap, kau pergi rumah aku, ek? Tiba-tiba nak terkucil pula." Tanpa menunggu jawapan Yasmeen, Laila menapak pergi. Basikalnya dibiarkan sahaja di hadapan rumah Yasmeen.

"Wei, basikal ni?" Laung Yasmeen.

Laila yang sudah kejauhan, menjerit membalas.

"Nanti aku ambil!"

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now