B54

6.7K 623 20
                                    

ENJIN motor dimatikan. Setelah hampir lima jam berada di atas jalan, Alhamdulillah mereka berdua selamat sampai ke destinasi. Rumah Tok Wan! Yeay! Tapi, nak turun dari motor dan beri salam panjang untuk beritahu Tok Wan kedatangan mereka, Yaseer tak dapat lakukan. Sebabnya....

Yaseer pandang pinggangnya yang dipeluk kemas oleh Yasmeen yang sedang nyenyak tidur. Tersenyum dia melihat keadaan itu. Sudahlah elok sahaja kepala Yasmeen yang masih bersarung helmet melekap rapat di belakang badannya.

Semua ini buatkan pergerakan dia terbatas. Yaseer cuba mengejut tapi apa yang dia dapat adalah pelukan yang makin erat pada pinggangnya.

"Tidur tak ingat dunia" Kutuk Yaseer perlahan sambil bibir tarik senyum kecil.

"Meen!" Belakang tangan Yasmeen diusap perlahan dalam cubaan mengejutkan gadis itu. Tapi, dengan cara macam tu, rasanya dia makin mendodoikan Yasmeen. Buktinya, Yasmeen ambil kedudukan selesa dalam memeluknya pula.

Yaseer berkira-kira antara mahu terus mengejutkan Yasmeen atau menggendong gadis itu ke dalam rumah.

Dalam dia berfikir membuat keputusan, suara Tok Wan kedengaran di muka pintu. Yaseer terus membuka helmet dan tersenyum.

"Meen dengan laki dia ke tu?" Tegur Tok Wan separuh menjerit di tangga rumah.

Yaseer senyum sambil melambai.

"Pasai apa tak masuk? Tak panas ke?" Tanya Tok Wan. Wanita berusia itu sudah siap-siap menyarung selipar lantas menghampiri dia dan Yasmeen.

"Meen tidur lah Tok Wan." Jawab Yaseer, separuh berbisik sebab dia tak mahu ganggu lena Yasmeen.

Huluran tangan untuk bersalaman dengan Tok Wan, Yaseer sambut sebelum dia dan Tok Wan sama-sama memandang ke arah Yasmeen.

"Em. Kamu baling bom kat dia pun, tak kan jaga punya. Lagi-lagi bila penat macam ni. Gendong ajelah naik atas." Kata Tok Wan sambil menggeleng kecil. Sudah faham sangat dengan fiil cucunya yang seorang ini.

"Yalah." Balas Yaseer.

Dengan penuh hati-hati, dia turun dari motor dahulu dibantu dengan Tok Wan yang memegang Yasmeen dari belakang. Memang betul tak terjaga gadis itu. Pelukan pun makin ketat!

"MashaAllah! Teruk betul!" Komen Tok Wan bila lihat keadaan Yasmeen sebegitu.

"Dia penat tu Tok Wan. Biar saya gendong. Tok Wan tolong Yas ek?" Pinta Yaseer dan Tok Wan mengangguk.

Penuh bersusah payah mereka berdua mahu alihkan Yasmeen dari motor untuk digendong Yaseer. Mujur juga motorbike tak terbalik!

"Haih, penat Tok Wan! Lekaih masuk rumah. Bawak masuk budak bertuah ni. Biar Tok Wan pergi buat air." Tutur Tok Wan setelah Yasmeen berjaya digendong.

"Baik Tok Wan." Yaseer akur. Dia mula berjalan mengekori Tok Wan yang sudah mara beberapa langkah ke hadapan.

Yaseer sengaja mahu berlama-lama dalam keadaan begini. Kepala Yasmeen terlentok cantik pada bahunya dengan lengan gadis itu memeluk bahunya. Tambah lagi dengan hembusan nafas halus Yasmeen yang menyapa pipinya lembut. Bukan selalu dapat momen emas begini.

"Bahayalah kau ni." Ujar Yaseer perlahan, seolah-olah dia berbicara dengan Yasmeen.

"Tidur gaya kau ni... kalau aku buat apa-apa pun boleh tau!" Yaseer gelak di hujung kata-katanya sendiri.

Yaseer kerling melihat wajah Yasmeen. Dan semerta, jantungnya berdegup laju. Sama degupannya pada malam 'bicara tingkap' mereka tentang topik crush.

"Meen, kadang-kadang aku tak boleh deny lah."

"Deny apa?"

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now