B40

6.6K 572 10
                                    

"Fine! Aku pun tak nak lah cakap dengan kau! Bukan kita jumpa lagi pun nanti!"

HUH! Kan dah cakap benda ini tak akan terjadi sebab mereka berjiran. Asal nak keluar pergi kerja aje, mesti nampak muka masing-masing. Yaseer biasa aje sebab dia tak pandang langsung muka anak Pak Cik Zulkifli ni, cuma Yasmeen lah trigged sikit bila nampak Yaseer menonong keluar selamba dengan superbike dia. Yasmeen memang tak boleh percaya.

"Geram betul! Kau kan dah clash dengan dia? Yang sibuk nak marah dan buat rebel kat aku kenapa?!" Ujar Yasmeen geram sambil kaki dia bawa ke Skuter Ego miliknya. Hadiah daripada Puan Zulin. Ehehe.

Nak aje dia mengadu pada Encik Tunang di Perak sana tapi syarat nak kahwin mereka, wajib mereka berdua turuti. Tak boleh berhubung langsung melainkan pada tempoh dua bulan terakhir. Itu pun bincang pasal barang hantaran aje. Yang lain seperti nak lepas rindu, diharamkan sama sekali. Haih! Terseksa jiwa ni.

"Biarlah terseksa sekarang. Nanti lepas kahwin baru ada rasa pengantin baru yang sebenar. Rindu tak habis walaupun dah ada depan mata." Itu kata-kata Puan Zulin ketika mengapa syarat itu perlu dia dan Umar patuhi.

"Masing-masing tengah darah manis. Serinya pun lain. Jadi, eloklah tak berjumpa langsung sepanjang tempoh setahun ni." Dan ini pula kata-kata mok mertue. Eh, bakal.

Yasmeen dan Umar hanya haih sahaja. Nak kahwin punya pasal.

Dah sampai di Art Cafe, Yasmeen parkirkan skuternya. Keningnya terjongket sedikit bila lihat motor Yaseer yang ada di kawasan berdekatan. Terus kepala terpusing-pusing mencari koordinat lelaki itu tapi tak dijumpai langsung.

Kemudian, baru dia sedar sesuatu. Selendang yang jatuh diselempangkan ke belakang, jengkel.

"Heh. Tak payah sibuk cari dia lah Meen! Macamlah dia nak bertegur sapa dengan kau bila kau jumpa dia nanti." Ujar Yasmeen dengan nada menyampah sebelum dia menghampiri premisnya. Kunci dibuka dan dia masuk ke dalam. Tanda Open belum lagi dipasang mandangkan dia tak kemas kafe lagi dan memandangkan Laila belum sampai.

Cef takde tak boleh woi. Yang utama dekat sini adalah kafe. Kena ingat tu.

Masa yang ada ini, Yasmeen gunakan untuk mengemas apa yang patut. Sapu sikit, bersihkan meja sikit, buang habuk sikit dan siap. Selepas dah siap, Yasmeen menapak ke bilik kacanya untuk melihat beberapa lukisan semalam yang belum diambil oleh pelanggan yang menempah.

Senyum lebar Yasmeen. Akhirnya, bakatnya dalam bidang Seni Lukisan ini dihargai orang dan membawa keuntungan untuknya.

Yasmeen ambil beberapa keping gambar yang telah siap terhasil untuk digantungkan pada dinding kaca supaya orang menoleh dua tiga kali dan masuk untuk melihat. Dan pastinya lukisan itu belum lagi dimiliki sesiapa.

Sudah siap menggantung, Yasmeen tangkap batang tubuh Laila yang sedang membetulkan bucu tudung bawalnya di hadapan sebuah kereta. Asal dapat cermin besar!

Laila melambai sebaik sahaja dia masuk ke dalam Art Cafe mereka. Pintu bilik kaca Yasmeen dibuka.

"Sorry, aku lambat." Ucap Laila sambil tersengih.

"It's okay. So... Hari ni punya breakfast set apa? Aku dah bawa keluar few packs of minced beef dan few packs of chicken. Lembutkan dulu." Kata Yasmeen seraya dia mengekori langkah Laila yang dah keluar dari bilik kacanya dan melangkah menuju ke ruang kaunter dan dapur.

"Great. Macam biasa lah. Telur dah cuci?" Soal Laila. Helmet diletakkan di atas kaunter dan apron dipakai. Sampai aje kena buat kerja terus.

"Belum. Aku cuci ek? Kau tulis today's menu on board dulu." Arah Yasmeen dan Laila hanya mengangguk.

Masing-masing buat kerja dengan diam tapi hanya untuk 10 minit pertama sahaja bila Laila tiba-tiba pecahkan kesunyian di antara mereka.

"Eh, Yaseer ada kat area ni ek? Tadi aku nampak superbike dia. Dan... Ha, sekarang pun ada lagi. Tak kerja ke mamat tu?" Soal Laila pelik. Sambil itu dia dah pacakkan board yang tertulis menu sarapan pada hari ini di tempat biasa.

Yasmeen julingkan mata.

"Manalah aku nak tahu. Kau ingat aku tinggal dengan dia ke?" Nada Yasmeen yang sedikit meluat itu dalam tak sedar telah menarik perhatian Laila.

Laila menghampiri Yasmeen perlahan-lahan. Muka dah tunjuk riak menarik.

"Lain macam aje bunyinya." Bau-bau penyiasat tak bertauliah dapat dihidu Yasmeen dengan mudah. Heh.

"Takde lain macam. Aku cakap benda betul apa. Kau ingat aku satu rumah dengan dia sampai aku boleh tahu dia pergi kerja atau tak?" Yasmeen geleng kepala.

Laila sengih.

"Manalah tahu kau tahu. Perbualan tingkap ke. Korang kan sebelah-sebelah aje rumah." Laila masih cuba mengorek. Dia dapat rasakan sesuatu yang lain terjadi di antara dua kawannya ini sejak tempoh hari yang Yaseer bagi Chocolate Ice pada Yasmeen tu. Sesuatu yang baik mungkin.

Yasmeen senyun sinis.

"Kau ingat ni zaman bercinta Sudin dengan Zaiton ke, nak berbual dekat tingkap?" Sedas Yasmeen beri.

"Korang bercinta ke?" Sedas juga Laila balas.

Terhenti terus tangan Yasmeen daripada membasuh telur ayam. Dia pandang Laila yang dah sengih lain macam.

"Kenapa kau jadi cef? Aku rasa sesuai jadi peguam, sebab kau pandai putar belitkan cerita." Air sabun dipercikkan kepada Laila sebaik sahaja dia habis memerli. Menjerit kecil Laila dibuatnya.

Laila gelak halus.

"Kau jangan main-main Meen. Ingat tunang tersayang kat Perak nun. Ada lagi sembilan bulan aje nak tamat tempoh setahun ni. Pejam celik, dah habis. Jangan berubah hati pulak." Pesan Laila penuh makna tersirat.

Yasmeen buat muka merepek.

'Well, dulu mungkin ya aku boleh jatuh suka kat Yaseer tapi tidak sekarang.'

"Nak berubah hati apa benda nya? I have no reason to fall to him and I've got a milion reason to fall hard on Umar. Beza kut dua orang tu." Dengan yakin Yasmeen menepis makna tersirat dalam kata-kata Laila tadi.

'Aku tak bodoh untuk kecewa dua kali kepada orang yang sama.'

Laila hanya mampu senyum sahaja.

"Jangan terlalu yakin, Meen."

Yasmeen buat tak endah. Apalah sangat kata-kata merapu Laila tu. Heh.


C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now