B3

8.4K 820 24
                                    

BALIK rumah, tanpa menukar uniform sekolah, Yasmeen terus tidur sampailah azan Asar berkumandang. Itu pun dia terjaga daripada tidur sebab telefon pintar dia banyak kali berbunyi. Sangat mengganggu. Entah siapa yang menelefon, dia pun tak tahu. Si pemanggil pun satu. Kalau dah tak berangkat, tak perlulah nak telefon lagi. Kan dah mengganggu kedamaian seorang Nura Yasmeen.

Yasmeen masih mamai. Namun segar terus matanya bila telefon pintarnya sekali lagi berdering kuat. Dengan rengusan kuat, panggilan itu dijawabnya.

"Kau tidur memang tak ingat dunia."

Yasmeen mencebik bila dengan suara si pemanggil. Meh nak bagitahu. Dalam dunia ni, yang paling tak boleh tengok dia tidur adalah Ahmed Yaseer. Diulangi. AHMED YASEER! Asal Yasmeen nak tidur, pasti lelaki itu datang mengganggu. Itulah... Inilah... menyampah!

"Aku yang tidur, kau yang panas apahal?" Balas Yasmeen. Dia menguap besar. Tudung disarung dan dia bergerak ke tingkap gelangsar biliknya. Bila langsir dia selak dan tingkap gelangsar itu dibuka, bam! Yaseer dengan telefonnya ada di situ.

"Kau nak apa? Kau lah yang telefon aku ek?" Panggilan dimatikan dan Yasmeen berbual terus dengan Yaseer face-to-face.

Yaseer pandang Yasmeen sambil menggeleng kecil bila lihat Yasmeen dengan selamba menguap besar.

"Kadang-kadang aku tertanya-tanya. Betulkah Nura Yasmeen ini seorang perempuan?"

Yasmeen terus menjeling tajam Yaseer. Haih... kenapalah 17 tahun ni, dia berjiran dengan lelaki ini. Dan kenapalah bilik dia berhadapan juga dengan bilik lelaki ini.

"Hari ini aku tertanya-tanya. Kenapa kau ada kat sini ek? Tak kena kurung ke dengan kawan-kawan kau? Kan Ramadhan?"

Kali ini, giliran Yaseer pula yang menjeling Yasmeen tajam. Badan aje kecil. Mulut... orang kata apa? Kecil-kecil cili padi!

"Kau dah solat Asar ke belum?" Tanya Yaseer walaupun jawapannya sudah dia tahu. Terang lagi bersuluh!

Yasmeen menggeleng. Yaseer dipandang malas.

"Bila kau nak solat? Dah nak pukul 5 ni... pergi solat." Arah Yaseer dengan aura pengawasnya.

Yasmeen dengan malas mengangguk. Dia baru hendak berpaling pergi, tapi bila Yaseer memanggilnya, dia kembali memandang lelaki itu.

"Apa?" Tanya Yasmeen.

"Lepas solat, mandi. Siap-siap kita pergi bazaar Ramadhan." Kata Yaseer. Dia pandang Yasmeen dengan pandangan kosong. Dan Yasmeen pun sama, pandang dia dengan pandangan kosong.

"Aku malas." Balasan Yasmeen membuatkan Yaseer menggeleng laju.

"Takde. Mak kau telefon suruh kau pergi beli makanan bazaar. Bagus mak kau tu. Ingat juga anak dia yang tak reti masak ni."

Yasmeen berpura-pura menguap sebelum dia berpaling meninggalkan Yaseer. Langsir dia tutup rapat dan dia buat pekak aje dengan Yaseer yang sedang menyeru namanya. Telefon sudah dia silent awal-awal sebab dia tahu, Yaseer akan hubungi dia.

Telefon di atas katil menyala dan Yasmeen hanya mencebik. Kan betul, Yaseer telefon.

"Jangan harap aku nak jawab. Kerja nak memerli aku aje." Omel Yasmeen sebelum dia berlalu pergi ke tandas.

Kena bersihkan diri dan solat. Selepas itu bersiap untuk ke bazaar Ramadhan. Kena ikut jugalah, sebab nak makan apa kalau dia tak reti masak. Mahu mereput kelaparan dia dalam rumah ni.

BAZAAR Ramadhan sesak dengan manusia. Biasalah tu. Lebih kurang macam pasar malam. Sesak juga dengan pengunjung. Yang bezanya, di pasar malam, orang yang tiada adab boleh makan dan minum sambil berjalan. Di bazaar, beradab atau tidak, berjalan bawak air ajelah. No more drinking and eating, guys. Hahaha.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now