B32

6K 602 8
                                    

KENANGAN bersama Yaseer bermain tanpa henti dalam kepalanya, seperti tanpa hentinya tayar kereta bergerak menuju ke rumah Tok Wan di Perak.

Selepas selesai sahaja menjawab kertas Sejarah, Yasmeen terus berlari ke tandas. Tak dihiraukan panggilan Jannah mahupun Laila yang ingin menyapanya. Yang dihiraukan sekarang adalah air matanya yang mahu tumpah membasahi pipinya.

Dah sampai di tandas, Yasmeen tidak terus masuk malah dia ambil tempat di satu anak tangga. Muka disembamkan pada lutut sebelum tangisannya betul-betul pecah di situ. Mujur juga tandas yang berdekatan dengan tangga yang dia pilih untuk lepaskan rasa ni, tangga dan tandas yang jarang sekali digunakan para pelajar.

Lima minit dah berlalu dan dia masih menangis di situ. Sedih rasanya sekarang. Takut pun ada.

"Meen!!! Huh... huh..." suara Yaseer yang tercungap-cungap mencari nafas menarik Yasmeen untuk angkat muka.

Nampak Yaseer lagi dia nak menangis. Kenapa mamat ni ada masa dia tengah macam ni? Kompem muka dia sememeh gila sekarang. Huwaaa!!!

"Yas..." Yasmeen seka air matanya namun ia tak berhenti mengalir juga. Masih nak meleleh membasahi pipinya. Air hingus pun sama. Derhaka pada tuan badan semua ni!

Yaseer terus mencangkung di hadapan Yasmeen. Rautnya penuh risau melihat Yasmeen menangis tanpa henti. Kalau dia boleh seka air mata Yasmeen, dah lama dia buat.

"Kau kenapa ni?" Tanya Yaseer. Wajah merah Yasmeen dipandang. Nampak tak banyak mana gadis tu menangis sampai merah mukanya?

"Yas..." Yasmeen panggil Yaseer. Air mata meleleh lagi. Tak bolehlah dengar suara orang bertanya simpati sekarang. Kalau pun bukan Yaseer yang cakap, yang tanya, Yasmeen tetap akan menangis juga.

"Ya. Kenapa?" Yaseer keluarkan sapu tangannya. Air mata Yasmeen disekanya perlahan dan penuh berhati-hati.

Yasmeen biarkan sahaja. Bibir bawah digigit. Tengok muka risau Yaseer buat dia nak menangis lagi.

"Yas... paper tadi aku... aku tak perform..." Dah habis cakap, Yasmeen sembamkan kembali wajahnya rapat pada lutut. Bahu dah terhinjut-hinjut menangis.

Yaseer helakan nafas. Ingatkan apa lah tadi. Penat dia berlari nak dapatkan Yasmeen bila Laila dan Jannah bagitahu Yasmeen lari tadi.

"Lah... tu je ke? Menangis macam mati laki!" Kepala Yasmeen disekeh sebelum dia ambil duduk di sebelah Yasmeen.

Yasmeen angkat muka. Yaseer dipandang tidak puas hati.

"Memang! Impian aku nak dapat A untuk paper Sejarah dah mati!" Yasmeen berkata geram. Sapu tangan yang ada di tangan Yaseer dirampas dan air matanya dilap. Hidung yang berair pun dia hembus. Lantaklah depan Yaseer sekali pun.

Yaseer senyum nipis.

"Teruk sangat ke?"

Yasmeen angguk.

"Otak aku jammed. Macam mana ni Yas? Kalau tak lulus, aku kena repeat kan?" Yasmeen luahkan kerisauannya.

"Repeat ajelah." Senang Yaseer kata, tapi susah bagi Yasmeen yang mungkin kena hadap, dan mungkin juga tidak.

"Kau cakap senanglah. Aku bukan macam kau."

"Memanglah kau bukan macam aku. Kau perempuan, aku lelaki. Kau sememeh, aku hensem." Yaseer buat perbandingan antara mereka.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now