B21

6.3K 648 39
                                    

1 SYAWAL, finally it's coming! Lepas siap solat raya di masjid secara berjemaah, terus mereka kembali ke rumah. Juadah raya yang telah pun dimasak oleh Puan Zulin dibantu oleh Encik Zulkifli dan dirinya, Yasmeen hidangkan di meja makan. Maklumlah, lepas ini, banjirlah rumah ini dengan tetamu yang datang.

Kalau tanya balik raya ataupun tidak, jawapannya adalah balik. Tapi, bukan pada raya pertama. Besok, raya kedua baru balik kampung umi dan abi yang terletak di Perak.

"Meen, dah siap hidang ke?" Suara Puan Zulin kedengaran dari tingkat atas.

"Dah," Yasmeen menjerit membalas bersama dia membawa hidangan terakhir iaitu lemang ke meja makan.

"Air jangan lupa buat! Kuih raya tu, bawa keluar!" Yasmeen senyum aje dengar arahan Puan Zulin.

"Jangan risau, semua dah siap!" Balas Yasmeen. Dia memang dah siap awal-awal biar uminya itu dapat bersiap dengan selesa di atas. Mana nak siapkan abi lagi, Yazeed lagi.

Yasmeen menghampiri cermin besar yang digantung di dinding ruang tamu. Ditilik penampilannya. Puas hati jugalah dengan jubah yang dipakainya ini. Ini kali pertama kut dia pakai sepersalinan jubah untuk hari raya. Not bad.

"Amboi, cantiknya anak umi!" Yasmeen menoleh sambil tersenyum bila dengar pujian Puan Zulin.

Puan Zulin bersama Yazeed yang didukung dipandang.

"Umi lagi cantik." Puji Yasmeen seraya Yazeed diambil dari dukungan Puan Zulin.

"Abi mana?"

"Sini." Yasmeen senyum bila lihat Encik Zulkifli yang segak baru turun dari tingkat atas.

"Hensem tak, abi?" Songkok di kepala, Encik Zulkifli betulkan tempat letaknya. Senyuman manis ditarik menghiasi bibirnya.

"Mestilah hensem. Buah hati umi, kan?" Sakat Yasmeen sambil dia menyiku perlahan Puan Zulin yang tersenyum malu. Alahai! Acah sangat!

"Memandai aje kamu." Puan Yasmeen dah tutup mulut, gelak sopan. Bila buat macam tu, teringat pula dia kepada Thariq.

"Jom, buat ritual raya."

Semua angguk dan bergerak menuju ke ruang tamu. Puan Zulin dan Encik Zulkifli ambil tempat di sofa manakala Yazeed, Yasmeen letakkan di tengah-tengah mereka. Dah set-up cantik, Yasmeen melutut di hadapan Puan Zulin. Tangan yang dihulur untuk bersalam, Puan Zulin sambut.

"Selamat hari raya, maaf zahir dan batin, umi. Meen minta maaf atas segala kesalahan Meen sama ada yang sengaja atau yang tidak sengaja. Kosong-kosong." Ucap Yasmeen seraya dia menunduk mencium tangan tua Puan Zulin.

"Umi pun, minta maaf atas kekurangan umi jaga Meen selama hari ni. Kosong-kosong." Badan Yasmeen ditarik ke dalam pelukan.

Yasmeen senyum dan berlalu ke Encik Zulkifli. Perkara yang sama dia lakukan sebelum abinya itu menariknya ke dalam pelukan. Dan akhir sekali, kepada Si Kecil, Yazeed. Seronok budak tu bila digomol oleh semua orang.

"Okay, time for the picture!" Suara teruja Encik Zulkifli kedengaran bersama sebuah kamera telah dipasang di hadapan mereka.

Pose dan klik!

Cukup tiga kali, mereka berhenti. Itu pun sebab dah ada orang beri salam, kalau tak, takkan berhenti rasanya.

"Masuk, masuk!" Puan Zulin riuh menjemput keluarga Yaseer masuk ke dalam rumah. Yasmeen di sebelah hanya senyum dan bersalaman dengan mereka.

"Bakal menantu, umi." Bisik Puan Zulin perlahan kepada Yasmeen dengan kenyitan mata bila Yaseer berjalan masuk dari pagar rumah.

"Selamat hari raya, mak cik." Yaseer senyum.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now