B20

6.4K 635 63
                                    

YASEER kejap-kejap pandang Yasmeen yang sedang tekun membuat kuih raya di hadapannya. Sejak 45 minit yang lalu, Yasmeen hanya diam dan buat kerja, buat kuih raya. Dia yang datang nak membantu pun dilayan endah tak endah sahaja. Tak tahulah apa masalah Yasmeen ni.

"Err..." Yaseer sengaja nak pancing Yasmeen, tapi tak jalan. Kepala digaru.

"Meen, are you okay?" Soal Yaseer. Sumpah dia tak selesa dengan Yasmeen versi senyap macam gini. Tak keruan tiba-tiba.

"Okay." Itu sahaja balasan yang Yaseee terima daripada Yasmeen. Itu pun pendek dan perlahan sahaja.

'What with this unusual feelings?' Yaseer bingung dengan perasaannya yang tiba-tiba tidak betah ini. Tak dapat tengok Yasmeen, tak dapat dengar suara Yasmeen.

"Kau... period ek?"

Mendengar soalan Yaseer, Yasmeen terus angkat pandangan. Matanya mencerlung tajam memandang Yaseer yang berada di hadapannya.

"Err... I guess, that look is no." Yaseer garu dahi.

Yasmeen tekun kembali kepada kerjanya. Malas mahu melayan Yaseer yang menyibuk di hadapannya sekarang. Mood nak crush dan over excited dengan Yaseer takde hari ni. Mungkin sebab hal semalam. Memang nampak macam okey, tapi lepas tu parah juga dia menangis.

Lepas terawih semalam, Yaseer tiba-tiba ajak dia berbicara di jendela bilik masing-masing. Pada mulanya Yasmeen malas tapi disebabkan Yaseer tu gedik merayu, dan hati dia pun mudah cair dengan pujukan rayu tahap low class Yaseer, akhirnya Yasmeen setuju aje.

Kerana crush, aku relakan.

Tingkap gelangsar dibuka dan tidak jauh di hadapannya, ada Yaseee yang sedang menunggu.

"Tangkap." Arah Yaseer serentak dengan dia melemparkan sebungkus besar Jacker. Yasmeen's favourite junk food.

"Thanks. Apahal kau ni? Tiba-tiba ajak aku 'face time' dengan kau ni." Yasmeen bertanya sambil tangan laju mengoyakkan bungkusan Jacker.

Yaseer pandang Yasmeen yang masih bertelekung. Dia tak tahu kenapa, tapi dia suka sangat tengok Yasmeen dalam telekung putihnya. Nampak suci sangat minah selebet ni.

"Well, aku nak tanya kau something, pasal perempuan." Yaseer perhatikan riak Yasmeen, dan seperti dia sudah sangka, Yasmeen biasa aje.

Somehow, Yaseer kecewa. Tak tahu kenapa.

"Pasal perempuan ek? Kenapa?" Tanya Yasmeen. Beberapa keping Jacker dah selamat masuk ke dalam mulutnya.

"Hmmm... tak. Ini lebih kepada pertanyaan tentang crush."

Yasmeen jongket kening.

"You're crushing on someone?" Soal Yasmeen, berpura-pura tidak tahu tentang crush Yaseer. Agaknya dah 'kantoi' dua hari lepas masa iftar ramai-ramai tu, baru Yaseer nak buka mulut.

'Aku tahu dululah, Yas.'

Yaseer malu-malu angguk dan reaksi itu sangat mengguris hati Yasmeen.

Yaseer pandang Yasmeen yang beriak selamba di hadapannya.

"Kau? Ada crushing on someone?" Yaseer menyoal ingin tahu. Rasanya, inilah kali pertama dia dan Yasmeen berbual tentang hal begini. Love life, walaupun masih bersekolah. Takpe kut. Beberapa bulan aje lagi yang tinggal.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now