B86

5.5K 549 5
                                    

YASEER dipaksa balik ke rumah oleh Puan Zulin dan Encik Zulkifli. Kata mertuanya itu, sudah lama dia di hospital. Sudahlah baju kerja nursenya tidak bertukar lagi. Makan malam pun belum. Mandi dan tidur apatah lagi. Pada mulanya dia enggan. Dia nak teman Yasmeen. Mana tahu, malam itu Yasmeen akan sedar dari komanya. Dia mahu, wajah yang pertama Yasmeen lihat sebaik sahaja sedarkan diri adalah wajahnya. Kena wajahnya! Dan dia pun nak jadi orang pertama yang lihat mata cantik Yasmeen terbuka.

Dia sudah pun sampai di hadapan unit kondominiumnya lebih sepuluh minit yang lalu. Tapi, hatinya terlalu lemah untuk melangkah masuk.

Yalah. Bukan ada sesiapa pun yang menyambutnya pulang. Hanya kegelapan rumah dan kesunyiannya sahaja.

Kepala dipanggung lemah. Bibir dikemam menghalang suara tangisannya terlepas keluar. Tangan yang mulanya hanya berada di sisi mula mencari dinding sebagai tempat bersandar.

"Selamat pulang, my male nurse!"

"Yas! Yas! Cantik tak baju saya pakai hari ni?"

"Welcome home, Mr. Kinky. Saya masak makanan kegemaran awak tau hari ni!"

"Yas... kita pergi makan kafe boleh tak malam ni? Heee."

Berputar tanpa henti setiap gerak dan kata Yasmeen dalam kepalanya bagai sebuah tayangan filem. Filem mereka berdua.

"Yasmeen." Seru Yaseer. Dia perlahan-lahan sudah jatuh terduduk di hadapan dinding sendiri. Sungguh dia tak mampu nak melangkah masuk. Dia tak nak kesunyian yang menyambutnya pulang.

"Tak sampai satu hari pun lagi..." Ucap Yaseer dalam sendunya. Air mata yang mengalir dia seka kasar. Namun, tiap kali dia seka, tiap kali itu juga air mata kembali mengalir membasahi pipinya sendiri.

Yaseer sedih. Dia bawa lututnya rapat ke dada sebelum dia sandarkan kepalanya di celahan lutut sendiri. Menangis lagi dia dengan senyap di situ. Sampai dia tak sedar Yusrah yang sudah keluar dari unit kondonya dan berdiri di hadapannya.

Yusrah tahan air mata. Sekarang bukan masa untuk dia menangis. Abangnya perlukan sokongan. Perlukan perhatian. Perlukan kekuatan. Kalau dia menangis, kalau semua orang menangis, mungkin Yaseer akan terus bersedih macam ni.

Bagai dejavu pula Yusrah rasa sekarang. Empat tahun lepas. Macam ini jugalah keadaan Yaseer.

Nafas lemah dihela. Sebelum dia duduk mencangkung di hadapan Yaseer, tubir mata yang basah dia lap.

"Abang Yas..." Seru Yusrah. Belakang badan Yaseer diusap perlahan, seakan memujuk. Seakan memberi harapan semua ini hanya sementara sahaja.

Yaseer angkat kepala sedikit. Dia intai sedikit Yusrah. Kelihatan Yusrah sedang tersenyum hambar kepada dirinya.

"Abang Yas, masuk jom? Yatee dan Yameen ada kat dalam. Kitorang teman Abang Yas ya?" Pujuk Yusrah. Dia hulurkan tangan kepada Yaseer.

Yaseer hanya pandang kosong huluran tangan Yusrah. Kemudian dia pandang Yusrah semula. Yusrah masih lagi di situ dengan senyuman hambarnya.

"Yah..."

Yusrah lebarkan sedikit senyumannya dan mengangguk kepalanya sedikit.

"Ya?"

Pandangan Yaseer kabur semula dengan air mata sendiri. Bibir pula dia dah rasa bergetar semacam. Petanda dia akan menangis lagi.

Haih. Sangatlah tidak jantan. Kalau Yasmeen ada... pasti dia sudah diejek nakal.

Membayangkan itu, Yaseer pejam mata, membiarkan air mata mengalir lagi.

Yusrah hanya pandang. Lengan Yaseer ditarik, membantu si abang untuk bangun dan menapak masuk ke dalam rumah. Yaseer hanya membiarkan. Dia dah tak ada daya nak menepis mahupun menghalang.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now