B60

7.1K 578 15
                                    

ZOHOR tadi, keluarga Yasmeen dan keluarga Yaseer selamat sampai di rumah Tok Wan. Laila dan Nuqman pun. Alhamdulillah. Dan bila dah sampai, dah berkumpul, memang meriah lah! Terasa rumah Tok Wan ni macam tengah sambut Hari Raya Aidilfitri pula.

"Tambah ya, jangan malu-malu!" Suara Tok Wan kedengaran teruja. Senyuman dari tadi tak lekang.

"Tak malu lah, Tok Wan!" Balas Yatee selamba dengan sengihan lebar. Terhenti sekejap perbuatan dia nak menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Yang lain, bila dengar balasan Yatee terus letuskan tawa. Padahal tak ada yang lawak pun bagi Yasmeen. Tapi, biasa lah. Nama pun berkumpul. Sekecil-kecil perkara pun boleh jadi lawak dan kelakar.

Sedang Yasmeen seronok melihat semua orang yang sedang riuh di meja makan, tiba-tiba dia rasa ada tangan memeluk erat pinggangnya dari tepi. Terus kaku Yasmeen dibuatnya.

"Makan cepat dan makan banyak sikit. Kau dah kurus." Bisikan Yaseer muncul di telinga kanan. Buat Yasmeen telan air liur.

Terasa pinggangnya diusap. Sambil itu, dia lihat Yaseer yang sedang cedokkan beberapa jenis lauk ke dalam pinggannya.

Oh. Seronok sangat tengok orang, sampai dia baru perasan yang dia masih belum menjamah sesuap nasi pun sedari tadi.

Yasmeen pandang Yaseer. Dan Yaseer pun pandang Yasmeen. Yasmeen kerutkan dahi dan Yaseer beriak selamba.

"Apa?" Soal Yaseer.

Yasmeen terus angkat tangan mahu meleraikan pelukan Yaseer di pinggangnya dan Yaseer semacam boleh membaca gerak tangannya. Ingatkan nak lepaskanlah rupanya... dia makin ketatkan lagi pelukan, buat Yasmeen nak melompat masa tu juga!

"Amboi, seronoknya pengantin baru ni." Suara Puan Zulin yang mengusik membuatkan semua mata tertumpu pada Yasmeen dan Yaseer.

"Kat sini pun nak main peluk-peluk." Tambah Puan Yusnita diikuti dengan senyum nakal tersungging di bibir. Yang lain pun.

Yaseer hanya sengih sebelum dia longgarkan pelukan. Yasmeen pula terus ambil kesempatan menolak tangan Yaseer dari terus-menerus berada pada pinggangnya.

Buat malu aje bila semua dah nampak!

"Takpe lah. Dorang rindu lagi kut tu. Tadi kan kat ruang yang tamu berpisah sekejap." Encik Zulkifli pula mengusik. Dan sumpah Yasmeen dapat rasa betapa hangatnya wajah dia sekarang.

Dah kenapa semua orang pakat nak menyakat ni?!

"Lagipun, mungkin ni fasa nak biasakan hubungan sebab lepas kenduri nak pergi honeymoon. Kan?" Kata-kata Encik Zulkifli buatkan Yasmeen tersedak air. Terbatuk-batuk kecil dia si situ.

Yaseer yang melihat, pantas mengambil tisu dan terus dia lap bawah dagu serta sekeliling mulut Yasmeen. Belakang gadis itu pun dia usap perlahan.

"Uuuuuu~" Siulan nakal berbunyi oleh anak-anak muda yang ada di meja makan. Tak cukup siulan nakal, pandangan nakal dan sengihan nakal pun turut dilemparkan juga.

Yasmeen malu. Dia tepis perlahan tangan Yaseer sebelum dia ambil tisu dan lap mulut sendiri. Sambil itu, sempat lagi dia hadiahkan jelingan maut kepada Yaseer yang beriak selamba itu.

'Tak malu ke dia ni, orang tengok?' Getus hati kecil Yasmeen.

"Tersedak terus." Usik Puan Yusnita.

Yasmeen gigit bibir bawah.

"So, dah plan ke nak pergi honeymoon kat mana?" Laila bertanya sambil jongketkan kening sekali dua. Ya Allah... andai gadis itu di sebelahnya, memang dia sumbat-sumbatkan aje sambal tempoyak dalam mulut kepoci Laila. Geram!

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now