B42

6.3K 614 38
                                    

CERMIN meja solek dipandang tanpa lepas. Riak wajahnya yang terpancar sedikit pun tidak menghentikan perbuatan merenung bias wajah sendiri. Cerita Laila tentang kelakuan Yaseer telah pun berlalu 3 hari lepas, tapi entah kenapa fikirannya pasti akan terarah ke situ semula bila dia bersendirian.

Yasmeen tiup rambut depan yang menutup sebahagian dahinya dengan tiupan yang kuat.

"Jangan macam-macam Meen. Kau tu tunang orang. Jangan nak terkesan sangat dengan kata-kata Laila. Mana tahu dia buat cerita aje kan?" Tutur Yasmeen dengan nada yakin. Sengaja mahu datangkan keyakinan diri terhadap hubungan pertunangannya dengan Umar.

Yasmeen angguk. Bias wajah yakinnya dipandang. Tangan digenggam rapat dan kepala diangguk laju.

"You have Umar yang berkali-kali ganda bagus daripada Yaseer. Baik, tak poyo, tak mulut lepas, sweet, romantik. Yes!" Yasmeen angguk laju. Keyakinan datang semula bila semua memorinya bersama Umar berlayar di minda.

Habis meyakinkan diri sendiri dan membuang segala perasaan yang mengocak ketenteraman hatinya, Yasmeen bangun dari duduk. Tudung hitam syria diambil dan disarung sekadarnya di kepala.

"Jom ambil Zeed!" Tutur Yasmeen. Kunci skuter yang ada di atas meja solek dicapai.

Baru kaki nak melangkah pergi, matanya terpandang langsir putih biliknya yang bergerak mengikut tiupan angin.

Yasmeen terhenti. Langsir putih yang berterbangan itu dia pandang.

'Agak-agak...' Kata hatinya mati sendiri. Air liur ditelan sebelum kaki melangkah perlahan menghampiri langsir itu.

Dah sampai di hadapan langsir yang dipasang menutup tingkap gelangsar biliknya, Yasmeen terus berhenti.

Debaran halus datang tiba-tiba.

'Yaseer ada ke?' Soal hati Yasmeen perlahan.

Langsir dipegang namun belum Yasmeen selak lagi. Hanya pegang, sambil dia berlawan dengan kata hatinya sendiri.

'Meen, you can't be wary. You're someone's fiance.'

Air liur ditelan.

'Aku tak terkesan. Cuma, dia tetap kawan aku walaupun dia cuba untuk tak macam tu.'

Debaran tadi terus hilang.

'Kau tahu yang kau tak boleh ada hati dengan dia kan?'

'Of course aku tahu. Aku dah move on. Dan perasaan aku dah lama mati. Bila mati, mana mungkin boleh hidup kembali kan?'

'Tapi...'

"I'm just checking. Kalau dia ada, tegur hai dan blah!" Mulut keluarkan bicara. Otak menang dalam perdebatan kecil ini.

Tanpa lengah, Yasmeen selak langsir putih biliknya dan terus, mukanya dapat merasa hembusan lembut angin menyentuh wajahnya.

Mata terpejam seketika sebelum ia kembali terbuka melihat hadapan. Melihat tingkap bilik Yaseer yang kosong tanpa ada tuannya yang berdiri di situ.

Yasmeen senyum.

"See, nothing to worry about. Aku tak kecewa pun bila dia takde. Takde rasa macam dulu pun." Kata-kata ditutur perlahan dengan nada bangga pada hatinya yang terlebih risau tadi.

Yasmeen tarik nafas dalam. Mata ikut terpejam. Bila nafas dihembus perlahan, perlahan-lahan juga matanya terbuka.

Dan bila dia pandang hadapan semula, ada figura Yaseer yang sedang merenungnya dari arah bertentangan.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now