B75

5.9K 577 25
                                    

BARU sahaja Yasmeen ingin lelapkan mata di belakang badan Yaseer, motorbike yang ditunggang mereka tiba-tiba makin perlahan sebelum terus berhenti dan tidak bergerak lagi. Mata Yasmeen yang pada mulanya kuyu dek rasa kantuk dan sejuk, mula segar-bugar. Pelukan yang dipaksa Yaseer pada pinggang lelaki itu dileraikan sebelum badan ditegakkannya.

"Kenapa ni?" Tanya Yasmeen kehairanan. Tolong jangan cakap yang motorbike ini rosak kat tengah-tengah alam ni. Dah lah sekarang pukul satu pagi! Mana nak cari bengkel yang beroperasi waktu macam ni?

Yaseer tanggalkan helmet dan motor dia tongkatkan sebelum dia turun dari motorbike itu. Yasmeen yang memandangnya pelik, dipandang kembali.

"Kita dah sampai." Jawab Yaseer sebelum helmet yang masih Yasmeen pakai ditanggalkan dengan penuh cermat.

Berkerut terus dahi Yasmeen mendengarnya. Sejurus selepas Yaseer tanggalkan helmet, terus kepala dipusingkan ke kiri dan ke kanan.

"Sampai mana? Rumah? Cepatnya!" Terkejut. Yalah. Dia rasa, motor baru sahaja bergerak. Dia pun tak sempat tidur lagi. Tiba-tiba Yaseer kata dah sampai.

Yaseer ambil bagpack yang dipakai Yasmeen sebelum dia menggalasnya. Tangan dihulurkan kemudiannya tanda menyuruh Yasmeen turun dari motorbike sekali gus berniat untuk menolong dan menggenggam erat tangan itu.

Eh?

Yasmeen yang masih kebingungan hanya menurut. Dia menyambut huluran tangan Yaseer dan turun dari motorbike itu. Dan Yaseer, bila Yasmeen sambut sahaja huluran tangannya, terus dia senyum kecil dan genggam erat tangan itu. Sempat juga dia usap lembut kekura tangan Yasmeen dengan ibu jarinya.

 Sempat juga dia usap lembut kekura tangan Yasmeen dengan ibu jarinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sampai di mana ni?" Tanya Yasmeen lagi. Kepala pandang kiri kanan. Baru perasan mereka berada di kawasan hotel. Entah apa nama hotel ini, dia pun tak tahu.

"Bila masa awak masuk kawasan hotel ni? Dan kenapa kita ada kat kawasan hotel?" Tanya Yasmeen bersama langkah yang mulai diatur bersama.

Baru perasan. Yaseer masih genggam erat tangannya. Baru nak lepaskan, Yaseer dah menghalang dengan eratkan lagi genggaman mereka dan berdecit sedikit. Ceh.

"Kan dah lewat malam ni." Jawab Yaseer tenang. Pintu hotel ditolak dan laluan diberikan kepada Yasmeen dahulu sebelum dia masuk. Be gentleman? Yes, please.

Yasmeen senyum sinis dengar jawaban Yaseer.

"Sebab siapa juga kena bertolak malam macam ni. Dah lewat malam ni, diri sendiri juga yang susah." Perli. Perli. Perli. Biar Yaseer panas!

Yaseer buat derk sahaja. Malas mahu memperpanjangkan isu 'bertolak malam'. Nanti, lain pula yang jadi.

Kaunter receptionist dihampiri. Di situ, ada petugas perempuan yang sedang bertugas. Nampak sahaja Yaseer dan Yasmeen, terus petugas itu senyum dan angkatkan tangan penuh sopan.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now