B64

6.1K 615 50
                                    

DARI jauh, Umar hanya pandang pasangan berbaju putih gading yang sibuk melayan tetamu dengan hati yang berkecamuk. Patah hati melihat setiap senyuman yang diukirkan Yasmeen kepada Yaseer dan setiap tetamu yang hadir.

Bergerak-gerak halkumnya menahan seribu satu rasa. Mata dikalihkan bila dia nampak betapa mesranya Yasmeen melayan Yaseer. Bergelak tawa. Memukul manja. Ketawa bersama. Dia tak sanggup tengok dah. Stereng dipegang kejap dengan mata yang rapat ditutup.

Layyin hanya memerhati perilaku Umar. Dari tadi, masing-masing hanya menahan rasa hati. Melihat kekasih lama bermesraan sesama sendiri sedang mereka menahan seribu duka dalam hati.

"Tak nak turun ke?" Soal Layyin setelah lama dia berdiam diri. Datang dari jauh, tapi nak tengok aje. Tak mencabar langsung patah hati suaminya ini.

Umar jeling Layyin sekilas. Jawapan langsung tidak diberikan.

"Kalau awak drive jauh-jauh semata-mata nak tengok aje, baik tak payah datang sini. Tengok kat instagram aje. Senang." Perli Layyin. Tangan dibawa memeluk tubuh sendiri sambil pandangan dibuang di luar tingkap.

Umar tahan aje perasaan geramnya.

"Siapa suruh ikut? Ada saya ajak awak tadi? Takde kan?" Perli Umar pula. Memang ini pun tujuan dia. Datang nak tengok sahaja. Takde nak turun, tanya 'awak bahagia ke, Meen?' atau mengucapkan tahniah.

Layyin ketap gigi. Ada aje dia kena hentam semula. Tak pernah nak cakap elok-elok.

"Okey. Memandangkan tujuan kita lain-lain, saya turun ya? Saya ikut bukan sebab nak tengok dan jadi pengecut macam awak!" Tutur Layyin penuh geram. Tali pinggang keledar yang dipakai dicabut kasar sebelum beg tangan yang berada di tempat duduk belakang diambilnya.

Umar terkejut dengan tindakan Layyin yang seperti mahu turub dari kereta. Pantas pergelangan tangan Layyin dipegang kejap.

"Apa ni?! Sakitlah!" Adu Layyin dengan muka yang berkerut. Terbantut terus nak keluar dari perut kereta.

"Awak nak buat apa, hah?" Tanya Umar dengan wajah tegang.

Layyin beriak biasa. Tak terkesan dengan riak wajah Umar yang satu itu. Hari-hari dah tengok. Jadi imun.

"Nak keluar hadiri majlis." Jawab Layyin selamba sebelum dia merentap kasar tangannya daripada genggaman Umar. Terlepas, terus dia buka pintu dan keluar.

"Layyin!" Umar menjerit kegeraman. Langkah Layyin yang sedang menapak ke khemah putih itu dipandang penuh geram.

"Damn!"

SENYUM yang menghiasi bibir terus mati sebaik sahaja mata Yasmeen menangkap satu figura perempuan berabaya kelabu menghampiri tempat dia berdiri sekarang.

Layyin.

Air liur ditelan payah. Mata hanya terarah pada wajah Layyin yang sedang mengukir senyuman sinis kepadanya.

"Hai. Assalamualaikum." Ucap Layyin berlakon mesra seraya dia membawa Yasmeen yang kaku itu ke dalam pelukannya.

Yasmeen julingkan mata. Menyampah dengan lakonan Layyin. Dari dulu sampai sekarang, nak berlakon aje kerjanya.

"Bahagia?" Tanya Layyin sinis sebaik sahaja pelukan mereka terlerai.

Yasmeen tayang senyum plastik. Memang datang dari jauh nak sakitkan hati orang ke macam mana?

"Siapa jemput ek?" Yasmeen jawab soalan Layyin dengan soalan memerli.

"Setahu aku, takde pula aku jemput mana-mana pelakon datang sini." Sambung Yasmeen lagi dengan senyuman manis yang penuh plastik sengaja dilemparkan.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now