B71

6K 562 22
                                    

KEPALA ditelengkan memandang ke sebelah kanannya. Senyuman terus terbentuk bila melihat wajah tenang Yasmeen yang sedang menikmati indahnya panorama dari atas puncak Gunung Panti ini. Terasa segala penat lelah yang dia tempuhi di dalam perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam ini, hilang begitu sahaja. Semuanya disebabkan keindahan pemandangan serta wajah suka Yasmeen. Sejak mereka tiba di puncak gunung ini sepuluh minit yang lalu, Yasmeen tidak bercakap langsung. Gadis itu hanya diam dan menikmati apa yang ada di hadapannya.

"So..." Yasmeen menoleh memandang Yaseer bila telinganya laju menangkap suara Yaseer.

Senyuman diukir buat lelaki itu.

"Do you like it?" Sambung Yaseer, bertanya. Kepala dah direhatkan pada lututnya, memandang gadis itu dari sisi yang lain.

"Like it? I love it!" Ujar Yasmeen teruja. Sedaya upaya dia tahan nada suara yang ingin menjerit kuat. Tak mahu lah tarik perhatian ramai.

Yaseer dalam sandarnya simpan senyum. Yasmeen yang melihat Yaseer yang tak lepas senyum dan memandangnya, turut membalas senyuman dan pandangan lelaki itu. Bagilah lelaki tu berdebar sikit, walaupun Yasmeen tak tahu berdebar ke tidak. Hihihi.

"Kau rasa apa sekarang?" Yaseer mulakan perbualan semula selepas mereka jeda seketika.

Yasmeen beriak seperti berfikir. Jari menari secara rawak di hujung dagu manakala mata dah bergerak tanpa arah. Berfikir sangat.

"Well, ia tak macam yang saya sangkakan. I thought it was bad, I mean like really bad! Tapi..." Jeda seketika. Pandangan ditalakan pada pemandangan hijau di depan mata.

"Lepas tengok semua ni, lepas hirup udara segar kat sini, ia sangat tenang. Dan..." suara sengaja Yasmeen leretkan tanpa memandang Yaseer.

Yaseer angkat kepala dari lutut tanpa putuskan pandangannya kepada Yasmeen.

"Dan?" Soalnya ingin tahu.

Yasmeen pandang Yaseer. Kali ini kepalanya pula disandarkan pada lutut sendiri, memandang Yaseer dari sisi lain.

"Ia sangat tenang juga bila ada awak kat sisi saya. Dari mula sampai sekarang." Jujur Yasmeen kata dengan nada lembut dan seikhlas yang mungkin. Dia mahu Yaseer tahu dia bukan nak buat pick-up line atau apa, tak dia hanya meluah rasa terima kasih sahaja.

Yaseer terkejut seketika. Tak sangka Yasmeen akan cakap macam itu. Apakah itu tanda yang gadis ini sudah mula menerimanya lebih dari seorang kawan?

"Ya?" Yaseer jatuhkan semula kepala pada lutut, ingin setentang dengan Yasmeen.

Yasmeen senyum dan kenyit dua-dua belah mata sekali, mengiakan pertanyaan Yaseer.

"Kenapa?" Hati dah berbunga suka. Apasal Yasmeen macam manja pula hari ini? Tak pernah pun macam ini sebelum ini.

"Kenapa, ya? Hmmm...." Pipi dikembungkan, buat Yaseer geram. Bunian dah sampuk Yasmeen ke, macam mana sebab dah tak macam Yasmeen dah yang ada kat depan dia sekarang.

"Sebab awak ada kat sisi saya la. Sepanjang kita kat kaki gunung tadi, sampai kita dah kat puncak ni. Awak sabar dengan saya, awak layan kerenah saya, awak bagi semangat kat saya, awak pujuk saya. Dah sampai atas ni, rasa tenanglah ingat balik apa yang awak dah buat tu." Terang Yasmeen panjang lebar. Sesekali mata dilarikan memandang seluruh wajah kacak Yaseer yang sedikit berpeluh.

Yaseer senyum. "It's my job."

Yasmeen senyum. Badan dia tegakkan sebelum sepaket wet tissue yang dibawa bersama, dikeluarkan dari poket.

"Dan ini, my job." Terus sehelai wet tissue itu dibawa keluar dan dibawa rapat ke wajah Yaseee untuk mengelap wajah berpeluh itu.

Yaseer terkedu bila terasa sentuhan penuh lembut dan berhati-hati Yasmeen. Jantung terus mengepam laju secara mendadak. Sungguh sentuhan Yasmeen yang sebegini boleh bikin dia panasaran.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now