B59

6.5K 599 28
                                    

SELEPAS seronok melepak di dusun buah-buahan Tok Wan selama satu jam, Yasmeen dan Yaseer ambil keputusan untuk ke sungai seperti yang disuruh Tok Wan. Nak ke sungai, masing-masing ambil inisiatif jalan kaki sahaja. Maklumlah, perut dah penuh dengan pelbagai jenis buah-buahan. Jalan kaki lah sebagai senaman. Lagipun, tempat pembonceng dah ada satu beg besar buah yang dibawa pulang untuk Tok Wan.

Seiring dengan menolak basikal, masing-masing berjalan lambat. Macam kura-kura lambatnya! Entah bila akan sampai ke sungai. Tapi, dalam berjalan lambat itu, baik Yasmeen dan Yaseer, masing-masing tak keluarkan suara pun. Hanya jalan bersebelahan sambil lihat kiri kanan yang kebanyakannya adalah pokok-pokok getah.

Yaseer dalam diam senyum bila lihat kaki mereka yang melangkah dengan rentak yang sama. Kebetulan atau jodoh? Hehehe.

Yasmeen pula hanya menatap indahnya pemandangan walaupun apa yang menyapanya adalah pokok getah sahaja. Tapi, ia sangat cantik. Semua pokok tersusun dengan lurus serta berjarak sama.

"Ambil gambar saya boleh?" Pinta Yasmeen bila dia rasa dia perlu simpan apa yang dia lihat sekarang dalam telefon juga.

Yaseer macam 'ha?' sekejap sebab Yasmeen tiba-tiba sahaja bersuara. Hilang sudah suasana senyap di antara mereka yang pada pendapat Yaseer ia sangat romantik. Hehehe.

"Boleh tak?" Tanya Yasmeen ingin kepastian. Yaseer yang sudah berhenti berjalan dipandang kosong. Nampaklah muka konfius kat situ.

"Tangkap gambar?" Yasmeen angguk mengiakan.

"Boleh, boleh." Yaseer terima sahaja. Penongkat basikal dia tolak ke bawah sementara tunggu Yasmeen meraba poket seluar tracksuit untuk cari telefon. Tapi bila dia dah siap menongkat basikal pun, Yasmeen dok meraba-raba lagi poket seluat sendiri.

"Mana telefon?" Soal Yaseer. "Tak bawak?" Sambungnya lagi bila tengok muka berkerut Yasmeen.

Yasmeen pukul dahi perlahan sambil mata tertutup rapat. Tangan dijatuhkan dan dia pandang Yaseer dengan riak kecewa.

"Telefon tertinggal atas katil!" Adunya.

Yaseer cuma geleng kecil sahaja sebelum dia tarik keluar telefon dari poket seluar. Ada baiknya juga Yasmeen tertinggal telefon. Adalah gambar baru Yasmeen yang hanya dia aje ada dalam telefon ni. Hehehe.

"Nak ambil gambar kat mana?" Soal Yaseer. Aplikasi Kamera dia buka. Tukar mode ke kamera belakang dan dia bersedia halakan ke arah Yasmeen.

Yasmeen tarik sengih. Suka dengan sifat dermawan Yaseer yang tiba-tiba.

"Sini!" Yasmeen dah berlari-lari anak ke seberang jalan, bertentangan dengan tempat berdirinya Yaseer. Dia pose gila comel!

Senyum lebar nampak gigi dengan eye smile. Lepastu tangan di angkat separas kepala membentuk tanda 'peace'.

Yaseer senyum. Alahai isteri. Comel betullah awak ni. Geram!

"Sedia?" Yasmeen angguk.

"Satu... dua... tiga..."

Kachak!

Yaseer senyum sendiri bila lihat hasil gambar yang dia tangkap. Bolehlah buat Wallpaper atau Screen Lock.

"Cantik tak?" Tanya Yasmeen sambil berlari-lari anak ke arah Yaseer. Dia tarik sedikit tangan Yaseer yang sedang memegang telefon untuk lihat gambarnya.

"Woah. Skill tak berubah ek?" Puji Yasmeen. Suka dengan hasil gambar itu. Sesuailah dengan Yaseer yang dahulunya merupakan Pemgerusi Kelab Fotografi sekolah.

Yaseer senyum pandang Yasmeen.

"Skill memang tak berubah, still cantik. Tapi kau tahu apa yang lagi cantik selain skill tangkap gambar aku?" Tanya Yaseer. Mata tak lepas pandang Yasmeen dari sisi.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now