B27

5.4K 613 69
                                    

TELEFON yang berdering kuat mengejutkan Yasmeen dari lenanya. Dengan geram, telefon yang masih belum berhenti berdering di meja lampu dicapai. Tanpa melihat nama si pemanggil, terus Yasmeen gesek butang hijau ke sebelah kanan. Letak telefon di telinga sebelum bantal peluk dipeluk erat.

"Hello..." suara serak-serak basah Yasmeen menyambut panggilan yang masuk. Peduli lah siapa pun yang menelefon.

"Meen! Finally! Kau baru bangun tidur ke apa? Dah berapa kali aku telefon, baru sekarang nak berangkat!" Suara bingit Yaseer yang membebel buatkan Yasmeen tolak jatuh telefon dari telinganya.

Muka dah masam mencuka, tak puas hati. Hilang terus mamainya. Dengan geram, Yasmeen bangun dari pembaringan dan duduk bersandar di kepala katil. Telefon yang jatuh tadi dia ambil dan bawa ke telinga semula.

"Kau ni bisinglah pagi-pagi. Nak apa?!" Marah Yasmeen. Rambut yang sedikit serabai disikat guna jari.

"Mana aku tak bising kalau aku call kau banyak kali masuk mail box aje! Kau baru bangun ke apa?!" Yaseer marah. Dia pandang tingkap Yasmeen yang masih tertutup rapat.

Yasmeen garu kepala. Menyampah betul dia dengan perangai Yaseer ni!

"Nak apa call aku? Kacau aje..." Yasmeen turun dari katil. Dengan telefon dikepit dia antara bahu dan telinga, Yasmeen rapikan cadar, selimut serta bantalnya.

"Kau kena datang rumah aku! Kau kena tolong aku!"

Dahi Yasmeen berkerut. Jam di dinding dipandang. Baru pukul 8.49 pagi.

"Apahal pulak aku kena pergi rumah kau? Aku banyak kerja lagi nak kena buat seperti kemas rumah. Kau tahu kan umi dengan abi aku out station lagi." Yasmeen berlaku ke tandas. Muka dibelek seketika di cermin.

Yaseer berdecit geram.

"Datang ajelah! Kau kena datang cepat! Urgent! Kau tak datang, siap kau!" Belum sempat Yasmeen nak membalas, Yaseer dah putuskan talian. Duk berhello hello lah Yasmeen di situ.

"Hish!" Telefon diletak geram di sebelah sinki. Cermin dipandang. Nampak riak geram dia di situ.

"Dah lah ganggu ketenangan aku di pagi hari ni. Pastu senang-senang aje mengarah orang suruh pergi rumah dia!" Omel Yasmeen sendiri.

Berus gigi dicapai begitu juga ubat gigi jenama Colgate. Dipicit sedikit ubat gigi biar menempel di atas berus gigi.

"Asal urgent aje aku. Asal aku aje urgent!" Yasmeen sambung mengomel sebelum giginya digosok geram.

Yasmeen ludah ke dalam sinki dan berkumur.

"Mentang-mentang dah dapat Layyin. Aku masa susah aje kau cari. Itu pun bila betul-betul susah. Kalau tak..." Yasmeen mendengus geram.

Ya. Rancangan dia, Laila dan Nuqman nak rapatkan Yaseer dan Layyin berjalan lancar sampai bercouple dah budak berdua tu. Sudah hampir 2 bulan pun bercinta. Rapatnya tak sampai sebulan pun. Kerja jadi senang sebab masing-masing suka di antara satu sama lain.

Dan mereka berdua bercinta pun, tak ramai yang tahu. Hanya mereka bertiga, Jannah dan Shadan. Bagi pihak Layyin, dia tak pasti ada yang tahu atau tidak. Tak mahu kecoh-kecoh sebelum SPM katanya.

Sejak bercouple ini, Yaseer dah jarang luangkan masa dengan mereka. Sikit-sikit Layyin. Mujur Yasmeen dah sedia awal-awal dengan keadaan ini.

Yasmeen yang baru nak cuci muka dengan pencuci muka yang telah dia picit pada tapak tangan, berhenti melakukan perbuatan itu bila telefonnya sekali lagi berdering kuat.

Yaseer

"Aarghh!!! Geramnya aku!" Yasmeen menjerit kegeraman. Rasa nak campak aje telefon dalam lubang jamban lepas tu flush. Tapi memikirkan dia mungkin akan menyesal, Yasmeen cuma percikkan air sahaja pada skrin telefon.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now